Friday, 22 November 2013

INDAHNYA IMAN 3

  "...kehidupan bersahabat, pasti ada prinsip 'menerima' dan 'memberi'. Sama ada kita yang memberi dan sahabat kita menerima atau sebaliknya..."mata masih tidak lepas dari memandang naqib. Khusyuk.


  "...muhasabah balik diri kita. Selama kita bersahabat, kita lebih suka menjadi pemberi atau penerima. Berapa banyakkah pemberian yang telah kita buat?..." aduh. Sentap jap. Selama ini ada ke aku bagi Atif apa-apa? Macam tidak ada je. Parah aku ni. Muqri meraup muka.

  "...tapi, jangan kita bersahabat sebab nak pemberian dia aje. Bila dia dah tidak bagi kita apa-apa, kita tinggalkan dia. Jangan sekali-kali kita buat macam tu. Dalam sebuah persahabatan itu perlukan keikhlasan. Ikhlas semata-mata kerana Allah. Barulah halawatul ukhwah tu dirasa..." dia mengangguk. Bersahabat kerana Allah. Nota ditulis.

  "...ada sesiapa yang nak sambung pasal tajuk kita hari ini?" seorang- seorang adik usrah dipandang. Bukan ketandusan idea, cuma ingin membuka ruang kepada adik-adiknya meluahkan ilmu yang ada. Usrah seeloknya menggunakan kaedah soal jawab. Baru usrah tidak dirasakan terlalu hambar. Itu prinsip dan kaedahnya menjadi seorang naqib. Tangan dihalakan ke arah Amir. "Ya Amir. Silakan."

  Amir berdehem melegakan tekak. "Persediaan pun perlu dalam persahabatan. Kita kena mempersiapkan diri untuk jadi yang terbaik untuk sahabat kita. Tegur dia bila salah dan bersedia menerima teguran."

  Naqib mengangguk membenarkan apa yang Amir katakan. "Konklusi. Siapa nak bagi?"

  "Saya nak cuba, bang." Semua kepala menoleh ke arah Muqri. "Kesimpulan yang saya dapat, sebagai seorang sahabat yang baik kita jangan hanya mengharapkan sesuatu daripada persahabatan itu sebaliknya kita turut memberikan sesuatu."

  "Acceptable. Lain?"

  "Bersahabat hanya kerana Allah. Ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada dia dan hanya mengharapkan balasan Allah." Hafizi memberikan pendapat.

  "Tapi tidak salah kan kalau kita mengharapkan dia untuk membimbing kita ke arah kebaikan?" soalan Helmi membuatkan ahli usrah yang lain kembali berfikir. Kata tadi tidak mengharapkan apa-apa pastu nak dia bimbing kita pulak. Pening-pening. Muqri menggaru kepala.

  "Tidak salah kalau nak dia bimbing kita. Sebenarnya itu juga tugas sahabat. Amar makruf nahi mungkar. Macam yang Amir cakap tadi, bersedia untuk menegur dia bila salah dan bersedia menerima teguran. Tapi kita juga perlu ingat yang sahabat kita tu manusia biasa juga. Jangan terlalu salahkan dia kalau dia tidak mampu nak bimbing kita. Bimbingan itu pun sebenarnya daripada Allah juga kan? Jadi, mintalah bimbingan itu daripada Allah. In sha Allah, Allah akan hadirkan orang-orang yang boleh bimbing kita. Segalanya bertitik tolak kepada Allah juga." panjang lebar naqib menjelaskan.

  "Jadi, apa maksudnya kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabat dan hanya mengharapkan balasan Allah?" Naufal pula bertanya. 

  "Maksudnya, bila kita buat sesuatu untuk sahabat kita, kita tidak mengharapkan dia untuk balas balik perbuatan kita itu. Itulah yang dinamakan ikhlas. Faham semua?" semua mengangguk. "Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan suratul asr."

  Muqri melangkah ke dorm Atif di tingkat tiga. Nak share ngan Atif pasal benda ni. Pintu dorm diketuk. "Assalamu'alaikum. Atif ada?"

  "Atif? Dia dah balik rumah. Saya pun tak tau kenapa tp tadi ada orang kata dia pengsan. Muka dia pucat." Alif, junior tingkatan 2 menjawab.

  "Allah." Hanya itu yang mampu terluah di bibir Muqri. Dia pengsan? Macam mana aku tak tau ni. Macam mana aku boleh tak perasan muka dia pucat. Langkah diatur ke dorm. Lemah tidak bermaya saja gayanya. Tekak terasa berpasir. Saat badan direbahkan ke katil, terus air mata menitis laju. Ya Allah, jagakanlah sahabatku itu.



Friday, 13 September 2013

INDAHNYA IMAN 2(b)

Alif berusia 17 tahun. Dia mempunyai seorang ibu berusia 50 tahun dan seorg kakak. Kakak Alif telah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Setiap cuti semester, dia akan pulang ke rumah untk menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Namun, kepulanagn kakak ke rumah akan menimbulkan pentengkaran di antara kakak dan ibu hingga membuatkan Alif berasa tidak senang duduk. Ada saja masalah yg akan diutarakan. Masalah itu berpunca disebabkan sikap kakak yg sukar untk menerima kelemahan ibu.

     "Ibu ni! Susahnya ibu nak paham! Penat kakak cakap byk kali!"

 Ibu lebih senang berdiam tatkala menerima tempikan sebegitu. Jika ibu terlalu sedih, dia cuma akan berkurung di bilik. Alif yg sering melihat situasi ini berasa sedih terhadap perbuatan kakak kepada ibu. Namun, dia hanya mampu melihat kerana dia tiada lagi kekuatan untuk menegur kakaknya. Dia juga bimbang sekiranya kakak akan menjadi anak derhaka!

 Pada suatu hari, Alif telah membuat satu rancangan terhadap kakak dan ibunya. Dia menyuruh mereka keluar membeli-belah berdua. Di pasaraya, segala barang yang kakak inginkan ibu turuti. Betapa kasihnya ibu terhadap kakak biarpun kakak pernah menyakiti ibu.

     "Ibu selalu suruh ibu buat ni, buat tu! Penat tau tak! Alif tu buat apa je?!" kakak melepaskan geram dihati.
     "Kakak, kakak satu-satunya anak perempuan yg ibu ada. Alif tu lelaki, takkan nak harapkan dia buat kerja rumah," balas ibu lembut.

 Alif yg kekal menjadi pemerhati menggeleng lemah. Hatinya berombak geram. Kesal dgn sikap kakaknya itu. Fikir Alif, selepas mereka kembali dari membeli-belah, kakaknya akan insaf. Namun, harapannya musnah. Alif mendekati kakak. Ibu sudah masuk ke dalam bilik. Menenangkan diri agaknya. Alif memulakan bicara.

     "Kakak. Kenapa kakak marah ibu macam itu?" kakak hanya menundukkan kepala. "Kecik hati ibu. Kakak sedar x setiap kali kakak balik mesti gaduh dengan ibu. Kakak dah lupa ke ibu yg mengandungkan kakak sembilan bulan. Beli baju baru. Belanja kakak macam-macam. Kakak dah lupa ke?! Kakak, sedarlah. Ibu dah banyak berkorban untuk kakak. Banyak duit ibu belanjakan masa kakak masuk U tp senang-senang kakak marah ibu! Kakak x pikir ke perasan ibu?! Minta maaflah kat ibu, kak. Sebelum segalanya terlambat"

"Mesti kakak Alif x sempat mintak maaf kan? Sedihnya," potong Muqri.

"Ish kau ni. Cite x habis lg dah potong. Kakak sempat mintak maaf kat ibu. Sejak dari hari tu, kakak dah x marah-marah ibu dah. Happy ending," jelas Atif.

"Ohhh. So, tu je citenya?" Muqri mengangkat kening meminta kepastian.

"A'ah. Tu je. Apa yg aku nak smpaikan ialah hargailah ibu kita. Dia dah banyak berkorban sejak kita dalam perut smpai dah besar panjang macam skrg. Aku harap kau jgn marah-marah mak kau lg eah. Cuba paham masalah dia. Mungkin dia ada sbb x dpt hantar barang kau tu,"

"Insya-Allah. Terima kasih sbb sedarkan aku. Kau lah sahabat dunia akhirat aku. Uhibbukafillah,". Muqri dan Atif berpelukan.


Thursday, 15 August 2013

INDAHNYA IMAN 2

"Assalamu'alaikum, ibu. Ibu sihat?" Atif duduk dengan tangan menongkat ke dagu di kerusi hijau bersebelahan dgn 'public phone'.

"Muqri kena hantar bnd tu mggu ni lah! Tak kira! Ibu kena hantar juga bnd tu esk!" telefon dihempas. Atif tersentak.

"Kau ni kenapa, Muqri? Tetiba marah-marah. Siap hentak lg telefon tu. Klau ye pun jgnlah buat rosak harta sklh. Karang x pasal2 bebudak sume 'aim' kau sbb dah xde telefon nak 'call' mak bapak dorg." Atif cuba menyedarkan tindakan Muqri.

"Mak aku tu lah. Aku dah ckp elok2 aku nak bnd tu esk sbb nak hntr mggu ni. Hari ni dah hari Rabu, klau mak aku x dtg esk bila nak bgnya. Pastu die x phm plak. Tu yg aku hilang sabar tu."

"Kau nak dgr cite aku x? Pasal ibu bapa. Masalah cam kau hadapi gak lah".

"Bleh gak. Buat reda skit marah aku ni."

"Urm..tp mlm nnt kot. Time prep aku cite. Skrg takut x smpat sbb dah nak gi masjid."

"Ala kau ni. Buat suspen aku je. Mlm pun mlm lah. Jom naik, mandi. Waktu riadah dah hbs." Muqri melangkah ke tangga.

"Jom."


#######################################


"Seperti yg dijanjikan, aku dah ready nak dgr cite kau ni" kata Muqri sebaik saja melabuhkan punggung ke kerusi.

"Rilek dlu. Aku x ltk beg lg kot." beg Body Glove dilepaskan ke atas meja. Atif duduk berhadapan dgn Muqri. Mereka berpandangan.

"Xyah lah serius sgt kot. Lawak lah tgk mke kau. Serius sgt. Aku takut cite ni boring je tp ada iktibarlah yg kita bleh ambil" bibir Muqri mengoyak senyum.

"Kay, bismillahirrahmanirrahim" mula Atif.



*bersambung pada hari yg akan datang..^__^




Tuesday, 13 August 2013

INDAHNYA IMAN 1

Atif menatap langit. Baginya cara untuk dia tenang adalah dengan memandang langit. Kenapa pandang langit? Kalau dah jiwa kacau tu pegi lah solat ke, baca al-quran ke dekatkan diri dengan Allah. Tapi bagi dia memandang ke langit juga cara untuk dia ingat Allah. Sbb apa? Sebab langit tu kan salah satu ciptaan Allah. Jadi, x salah klau dia nak menikmati ciptaan Allah yg indah itu disamping meng'top-up' iman.

Jiwa dia resah. Resah dengan bnd yg dia sndiri x pasti. Dia sndiri bingung memikirkan apa penyebabnya. Bahunya disentuh. Muqri, kwn baiknya sedang bersila di sebelahnya di padang.

"Kenapa skrg ni kau suka termenung? Ada masalah ke? Ceritalah dgn aku?" soal Muqri.

"Takde apalah. Aku cuma nak dapatkan ketenangan je." Suasana kembali menjadi sunyi. Hanya kedengaran suara riang putera yg sdg bermain bola. 


"Muqri, jiwa aku x tenang la skrg. Aku x taulah apa sebabnya. Kau tolong aku cari jawapan." suara Atif memecah kebisuan di antara mereka. Matanya mula bergenang air mata. 

"Ofkos. Kau suruh je aku buat apa2 yg blh tlg kau. Kita kan sahabat."

"Terima kasih, Muqri. Uhibbukafillah." Mereka berpelukan.


##################################################


"Atif! Tengah buat apa tu?" jerit Muqri dari dorm sebelah.

"Aku tgh layan novel ni" mata Atif masih lagi berlari di helaian muka surat novel Tunas-HLovate. 

"Hish kau ni. Layan novel plak. Homework dh siap blum?"marah Muqri yg sudah berada di sisi katil Atif.

"Hehe. Blum lg. Xde mood lah." Atif masih lg menatap novel. 

"Esok sklh kot. Jomlah buat homework. Kita buat sesama eh. Homework aku pun byk lg x buat ni." ajak Muqri. 

"Yelah yelah". Atif menutup novel dan mengambil kerja rumahnya di dalam beg.


Kami berjalan beriringan menuju ke bilik prep. Nikmat bersahabat. Alhamdulillah, Allah kurniakan aku seorang sahabat yang sentiasa mengingatkan aku tentang Allah, tanggungjawab sebagai seorg pelajar. Kalau nak buat baik, buat sama-sama. Kalau nak buat jahat, saling ingat-mengingatkan. Ukhuwah di atas jalanNya akan sentiasa rasa manis. Biarpun dibadai angin tsunami, pasti dapat ditempuh dengan iman. Ukhuwah yg Allah telah tetapkan di antara aku dan Muqri. Indahnya! Terima kasih, ya Allah.



*sambungannya akan disambung lain kali. insyaAllah sblm habis cuti sklh..


Saturday, 27 July 2013

DOA SEORANG PENCARI CINTA


Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorg yg melabuhkan cintanya pada-MU
agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorg yg hatinya tertaut pada-Mu
agar tidak terjatuh aku dlm jurang cinta nafsu

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling daripada hati-Mu

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu,
rindukanlah aku pd seseorg yg merindui syahid di jalan-MU

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi keindahan bermunajat di sepertiga malam kepada-Mu

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jgn biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu

Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jgn biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki abadi hanya pada-Mu

amin..Ya Rabbal'alamin..

*doa seorg pencari cinta hakiki dan cinta yg berlandaskan kepada pencinta cinta itu sendiri



Thursday, 23 May 2013

CORETAN HIDUPKU..

 Aku tahu, diriku ini tidak seteguh Saidatina Fatimah. Menjaga hatinya hanya untuk insan yang telah ditakdirkan. Hatiku ini masih lemah. Lemah dalam khayalan dunia yang tampak sempurna. Namun, kehidupan yang benar-benar sempurna ialah kehidupan di akhirat atau lebih tepat lagi di syurga Allah.

 Hatiku ini mudah cair, rosak dengan angan-angan yang tidak berkesudahan. Angan-angan yang melalaikan. Angan-angan yang luarannya nampak indah. Angan-angan yang tidak berlandaskan syariat. Dan yang lebih parah lagi, angan-angan yg membawa kita jauh dan terus menjauhi Allah. Alangkah malangnya diriku kerna pernah melalui jalan angan-angan ini. Diriku hanyut dalam mimpi indah yg bersifat sementara. Tatkala aku mengimbas kembali saat itu, kecewa dan malu menerpa ke dalam jiwa.

 Namun, aku sedar bahawa itulah takdir yg telah ditentukan. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Melalui jalan inilah, aku mahu menuju ke syurga Allah. Keluarga dan teman menjadi pendorong untuk terus maju menggapai cita. Masa lampau dijadikan sempadan agar tiada lagi istilah 'pisang berbuah dua kali'.

 Diriku ini mempunyai sekeping hati yang mudah diketuk oleh insan bernama muslimin. Sedarlah wahai diri, diriku ini masih muda untuk memikirkan soal mereka. Aku sedar akan kesilapanku itu. Meskipun hati ini masih sukar untuk tertutup rapat dan akan terbuka apabila telah tiba masanya, aku akan tetap berusaha memasang pagar di dalamnya dengan pagar-pagar keimanan. Dengan keimanan inilah hatiku akan terus terpelihara.

 Pernah suatu ketika dulu hati ini pernah diisi dengan keimanan. Tatkala itu diri ini benar-benar memerlukan kekuatan dari Yang Maha Esa. Seluruh jiwaku diberikan hanya pada-Nya untuk mengubati jiwa yg terluka. Bersyukur terasa hati apabila ketenangan jiwa yg diminta tlh pun diberi. Ketenangan ini hadir besama iman dan keimanan inilah yg membawaku semakin dekat kepada-Nya. Terasa kemanisan dlm beribadah dan hidup ini terasa amat bermakna dgn niat hanya kerana Allah.

 Tapi, nikmat yg diberikan hny sementara. Hanya buat seketika aku dapat merasai manisnya iman itu. Sedihnya terasa hati apabila ianya berlaku begitu pantas. Terasa begitu sekejap, sekejap sgt peluang yg Allah berikan. Meskipun begitu, aku sedar bahawa aku jugalah punca nikmat itu hilang. Mungkin kerana ketenangan telah digapai, Allah telah pun dilupakan. Aku tahu aku telah berbuat silap. Aku tidak menghargai nikmat-Nya. Aku ini hanya manusia biasa yg mudah terlupa. 'Ampunkan aku, Ya Allah! Aku telah melupakan-Mu. Tariklah aku kembali ke dalam dakapan kasih dan cinta-Mu, Ya Allah.'

 Benarlah kata orang, mereka yg beriman dgn mereka yg tidak memiliki iman sgt berbeza. Aku sendiri dpt merasai kelainan sikapku di dua situasi ini. Tetapi, ini tidak bermakna sekarang aku tidak memiliki iman, cuma kini imanku lemah berbanding dulu di saat imanku lbh mantap drpd biasa. Aku tetap bersyukur kerana diberi peluang itu. Bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merasai nikmat-Nya walaupun hanya untuk seketika. Terima kasih, Ya Allah. Alhamdulillah...



Saturday, 9 February 2013

KESEDARAN..

Assalamu'alaikum..

lama x jmp. Ada something dlm hati ni sbb tu tetiba rse nak tls kat blog. Igt nak tls kat diary tp diary tggl kat asrama la. So, blog ni lah tmpt mencurahkan prsaan.

First of all.. bersyukur sgt sbb Allah beri kesedaran untk saya perbaharui azam/tekad saya yg tlh hilang. 
Pd hari jumaat (slmlm) Allah tlh menurunkan satu kesedaran dlm hati untk menjadi MUSLMAH SEJATI dgn cara yg x disangka-sangka. Tp Alhamdulillah saya dpt tafsirkan peristiwa itu dgn sebaiknya shgga saya mempunyai azam baru untk jadi lbh baik.

Sbnrnya..untk pengetahuan sume, saya adalah seorg pljr yg sgt over/mangat(semangat) dlm kls. Dlm sehari korg pasti akan dgr suara saya (klau korg dlm kls saya la). It means that, I like to shout and asking teachers about something. Plus, my place is at the back of the boys. 

Now, I feel that I was too cheap and not deserve to call a MUSLIMAH because of my bad behavior that is not to control my voice. I feel very BAD about that. Lg satu..saya dan sesetengah kwn saya dpt gelaran puteri plg bising dlm kelas yg diberikan oleh Ust. Syed Mohd Annas. Sgt terukkan smpai dpt gelaran tu. 

Rse cam nak nangis pun ada gak bila pikir blk perangai saya yg ntah apa2 ni. Mcm ni ke bdk Maahad. Mcm ni ke nak dpt pasangan yg baik. Impian nak dpt pasangan yg baik, soleh.. tp perangai sndiri pun mcm apa je.

So, Atifah. Jadilah wanita yg mahal. Jagalah suara dan tingkah laku. Jgn buat org lain menyampah dgn perlakuan kita. Igtlah wahai diri.

Ya Allah, berilah aku kekuatan dlm berubah untk mendekatkan diri kepadaMu. Jagalah hatiku, Ya Allah. Lindungilah aku drpd godaan-godaan yg blh mematikan azam aku, Ya Allah. Bantulah hambaMu, Ya Allah. Amin ya rabbal'alamin.






Sunday, 27 January 2013

HARGAILAH MASA..

Assalamu'alaikum..

dah lme x update blog. Maklumlah, dah sklh. Bila blk rmh pun mmg 'smpt' nak tls blog. Dgn h/w yg berlambak-lambak tu. Dah lah saya ni jenis ske tangguh keje(harap sikap ni dijadikan sempadan). 

Alhamdulillah, bln 1 ni dapat diharungi dgn baik walaupun kadang rse mcm nak menjerit je. Tp rsenya bln ni tenang skit lah even sibuk dgn bola baling and h/w yg setinggi gunung everest tu.

Tahun ni saya dpt perhatikan bahawa most form 2 tgh sebuk dgn mcm2 bnd. Dgn coral speaking lah, bola baling lah, bola jaringlah, hokilah, bola tampar lah, dan mcm2 lg lah. 

Sng citer major f2 tgh sbk nak kmpl markah koku. Termasklah jugak dgn saya. Skrg saya dah terlibat dgn bola baling (tp x sure wakil sklh ke x..harap2 dpt), pastu nak msk debat intersekolah plak. Mmg pack lah jadual. Mgg lps pun nak call ibu pun susah. 

Muka pun dah kmbali berbelang. Nnt kawad plak, mmg lg belanglah nmpknya. But its ok..saya lg ske klau muka saya belang. Rse mcm lg macho gitu..hahahhaha. Bila dah sibuk ni kena pndai2 lah uruskan masa. H/w pastikan siap. 

Bila kita dah sibuk bru rse nak menghargai masa. Bkn sng nak dpt wkt free, so bila dah ada wkt senggang tu gunakanlah ia sebaik mgkn agar kita x menyesal. 

Ada pepatah yg menyebut 'MASA ITU IBARAT PEDANG, JIKA ENGKAU TIDAK MENGURUSNYA DENGAN BAIK, IA AKAN MENCEDERAKAN ENGKAU'. Lbh kurg mcm tu lah ayatnya. Apa yg saya dpt drpd ayat di atas ialah uruskanlah masa sebaik mgkn supaya kita tidak kecewa di kemudian hari.

Segala salah silap saya harap dapat dimaafkan. Saya hanyalah insan biasa yg mempunyai byk kelemahan. SEKIAN... ^_^