Tuesday, 2 December 2014

MINAT, SUKA ATAU CINTA ?

Ammar Ezuddin. Orangnya baik, alim, pandai, 'good-looking', famous, lagi... hmmm... macam-macam lagi lah. Akademik dengan kokurikulum dua-dua dia aktif dan berjaya dengan cemerlang. Saya ulang lagi sekali, CEMERLANG. Senang cite dia ni mcm perfect guy la. 

Saya, Syarifah Khayra. Panggil je saya Ira. Hanya seorg pelajar yang biasa-biasa. Takde lah pandai sangat tp pandai jugaklah. Kokurikulum pun takde lah asyik menang je macam Mr. Perfect tu. I'm just a normal girl. Nak kata lawa pun, rasanya ramai lagi kawan-kawan yang lagi lawa. Dalam erti kata mudahnya, saya ini hanya pelajar yang tidak terkenal dan low-profile. I'm quite proud of it, actually.

Kami sekelas. Di dalam kelas yang indah lagi bahagia bersama teman-teman tercinta. Masing-masing ada ragam dan perangai yang tersendiri. Baik puteri atau putera, masing-masing saling melengkapi dan mewarnai hidup masing-masing. Ada yang comel, ada yang hensem, ada yang pendiam, ada yang... ok cop! Cerpen ni bukan nak bukak hikayat pasal kelas. Harap semua maklum, ye. 

Okay, again. Kami sekelas dan dalam diam saya ada lah sikit perasaan dekat die. Perasaan apa? Please, don't ask. Bukan saya je yang minat dekat die, ramai je lagi. Maklumlah, budak famous kan. Even senior pun kenal je dengan dia. Dan saya pun meneruskanlah hidup sekelas dengan dia tanpa bagitau sesiapa pun pasal perasaan saya ni. Malulah kalau orang tau. Tak pasal-pasal kena bahan. 

Walaupun kami sekelas, kitaorg tak pernah berborak pun. Duduk buat kerja masing-masing je. Padahal duduk selang satu dua meja je. Tapi takpe, saya faham yang dia ni alim. Takkanlah nak borak kosong ngan puteri kot. Sampailah satu peristiwa ni.

"Hoi, senyaplah!" Saya tersentap. Mulut automatik terkunci. Pakcik jiran depan ni marah aku? Berani pulak si Adli ni. Malu dan marah bersatu dalam hati. Fuh! Sabar, sabar.

"Sorry." Kepala saya letak di atas meja berlapikkan lengan. Seego-ego saya pun kena akui jugak salah saya sebab bising sangat. Tapi yang tak puas hatinya, hari ni semua orang nak marah saya. Fed up, pulak. Tadi dengan Aina si deskmate, sekarang Adli pulak. Kalau dilayan, makin membara hati. Mata ditutup. Ingin melarikan diri ke alam mimpi.

Huarghh! Mata dipaksa buka. Pandangan terasa kabur. Kelibat rakan sekelas meninggalkan kelas samar-samar kelihatan. Sekarang ni masa Sains, jadi diaorg mesti nak pergi makmal. Saya masih lagi tidak berganjak dari kerusi. Mengambil masa untuk menghilangkan mamai. Tangan meraba mata. Awat banyak benar tahi mata ni? Tangan menggaru-garu mata yang tetiba gatal. 

"Khayra!" Aku pandang ke arah suara itu. Eh, Ammar la. "Kau sihat tak?" Dia bertanya sambil tangannya sibuk mengeluarkan buku Sains dari bawah meja.

Saya kehairanan. "Huh? Aku ok je. Asal tanya?" Saya pun mula bersiap untuk ke makmal.

"Takde lah. Nampak mata kau merah semacam. Macam sakit mata je."

"Yeke?" Aku bergerak untuk melihat cermin di belakang kelas. "Ha'ahlah. Merah." Hujung mata ditekan-tekan berulang kali. Sakit. 

Ammar masih lagi ditempatnya. "Aku rasa kau sakit mata ni. Better kau duduk kelas je. Takut berjangkit pulak dekat orang lain. Aku keluar dulu, eh. Nak bagitau cikgu pasal kau. Jaga diri." Dia berlalu keluar dari kelas.

Saya melangkah ke tempat duduk. Masa sakit-sakit macam ni kalau orang yang kita minat tegur kita pun dah takde rasa apa dah. Fikir pasal sakit kita je. Huhu, macam mana ni? Periksa pertengahan tahun mula lusa. Sakit mata bukannya kejap. Huarghh! Tak nak balik! Mata mula berair dan beberapa minit kemudian saya terbang ke alam fantasi.

"Ira! Ira!" Badan terasa digoncang-goncang. Suara ibu tu. Ada gempa bumi ke? Mata masih lagi tertutup rapat. "Bangunlah...solat zohor." Serta-merta mata dibuka. Allah. Tak solat lagi rupanya. Itulah, tidur qailullah kononnya sampai terlajak. Mimpi rupanya pasal peristiwa tu. Rindu ke apa smpai masuk mimpi.

Alhamdulillah. Mata dah sihat. Esok dah boleh balik sekolah. Langkah diatur untuk menunaikan solat.

**********

"Assalamu'alaikum." Salam dihulur sambil kaki melangkah masuk ke dalam kelas. 

Sahabat sekelas semua berpaling ke arah saya. "Ira! Dah sihat?" Bertalu-talu suara menyergah saya. 

Beg diletakkan di kerusi. "Alhamdulillah. Macam mana peksa? Ok tak?" Saya bertanya setelah selamat duduk. 

"Hmmm.. ok je. Macam biasalah. Ada yang susah ada yang senang." Nisha, penolong ketua kelas menjawab.

Saya mengangguk. Kepala yang dari tadi menghadap ke belakang dihalakan ke depan. Ammar baru je masuk ke dalam kelas. Bibir secara tiba-tiba mengoyak senyum. Berbunga pula hati. Astaghfirullah.. mata terus mengalihkan pandangan. Zina mata dan hati pulak kalau lebih-lebih ni.

"Terima kasih, Ammar tolong aku hari tu." Ayat tu kedengaran dalam hati je. Mana boleh cakap depan-depan. Malu!

Saya mencuri-curi pandang Ammar ditempatnya. Dia tengah buka Al-Quran. Saya menyiku Aina di sebelah. Aina memandang saya sambil mengangkat kening. Kehairanan agaknya.

"Tengok tu." Saya menunjuk ke arah Ammar. Mata Aina mengfokus ke arah itu.

"Hmmm..baiknya die. Pagi-pagi lagi dah buat benda berfaedah. Baguslah tu." Balas Aina sebelum kembali membuat kerjanya. Kerja apa pagi-pagi ni? Pertanyaan itu saya biarkan tidak berjawab.

"Ni tak boleh jadi ni. Esok nak bawak Al-Quran jugak la. Nak baca time free mcm ni. Drpd buat benda lagha baik baca Al-Quran. Die ni mmg boleh jadi Qudwah Hasanah lah. Kagumnya~"

Aina berhenti dari meneruskan kerja. Dia memandang saya dengan sengihan yang tidak boleh ditafsirkan.

Saya dapat rasakan sesuatu. "Kau suka Ammar, eh?" I knew it. Dah dapat agak dah yang dia mesti nak cakap pasal benda ni.

"Mana ada! Kita just cakap je yang die ni boleh jadi qudwah hasanah. Bukannya kita kata kita suke dia pun. Buat fitnah pulak." Saya cuba tidak bertentang mata dengan Aina.

"Yelah tu." Aina kembali dengan kerjanya bersama dengan sengihan yang tidak memudar.

Saya menongkat dagu. Memandang kosong papan putih di hadapan kelas. Teringat satu 'quote' ni, "Cinta yang sebenanrnya ialah cinta yang membawa kita ke syurga. Mana-mana cinta yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya." 

Dia ni mcm tengah bawa aku ke syurga je. Cintakah? Haha.. lawak pulak fikir macam tu. Ada ke patut. Dia tu bukannya ada perasaan kat aku pun. Dia cuma wasilah yang Allah bagi untuk aku jadi baik. Dah! Tak payah fikir bukan-bukan. 


************
"Woi! PT3, woi! Bangun!" Saya hanya tersenyum. Kuat menyakat betul putera kelas saya ni. Barulah nampak kepala pelajar-pelajar kelas 3 Syafie. Mana taknya, dari tadi asyik menunduk je. Tidur! 

Hmmm.. PT3 eh. Pejam celik pejam celik, lagi seminggu je sebelum peksa. Takpe, sikit je lagi. Lepas ni bebas lah. Sekejap je lagi dan kami akan terpisah. 3 tahun bersama dan selama itulah telah banyak suka duka dilakar. We just can't imagine how it's going to be with our new classmates.

Tapi saya yakin dengan hadith Rasulullah mengenai 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Salah satunya ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. 

Jadi, kerana Allah saya kena reda menghadapi perpisahan ini. Biarlah jauh di mata, asal dekat di hati. Ada juga di dalam doa, insya-Allah. 

Nanti Ammar pun mungkin tidak sama sekolah lagi. Dengar cerita, katanya dia nak pindah sekolah. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Bila difikirkan balik, bagus juga kalau dia pindah. Senang saya nak jaga hati. 

"Ba!" tepat di telinga saya suara itu berbunyi.

"Cekodok makcik! Hei budak ni, memang makcik betullah." Terkejut punya pasal habis keluar perkataan cekodok. Nasib baik tak mencarut. Alhamdulillah, hidup lagi. Tangan mengurut-urut dada. Buat saya sakit jantung betullah Aina ni.

"Haha. Itulah, asyik termenung je. Orang panggil dari tadi tak menyahut. Fikir pasal sapa? Ammar?" Terus berpaling maut saya menghadapnya.

"Lawak apa! Buat apa nak fikir pasal die." Saya menafikan andaiannya. Saya mula menukar topik, "Tadi kata banyak kali panggil kita. Nak apa?"

"Ni. Nak mintak jawabkan soalan ni. Tak faham sangatlah." Jari teluntuk Aina menghala ke soalan di dalam buku latihan Sains.

Saya menarik buku itu dari tangannya. "Rajinnya kawan aku ni. Kita tak revise Sains lagi kot." Soalan itu saya baca dan cuba fahamkan. Ohh, pasal tajuk elektrik ni.

"Kau kalau tak study pun takpe. Dah pandai dah."

"Pandai pun kalau tak study tak guna gak. Dah dapat jawapan. Ni jawapannya." Buku latihan itu saya hulurkan kembali. Sedikit penerangan diberikan supaya Aina lebih faham perihal soalan tu.

"Kan dah kata. Tak study pun bleh jawab."

"Apa-apa jelah."


***********
"Ira. Nak tengok gambar ni boleh?" Farisya, si roommate memegang frame gambar di atas meja belajar. 

"Amiklah."

"Mana kau? Tak cam lah." Dia bergerak ke katil mendekati saya. 

Saya mengamati gambar itu. Gambar ketika tingkatan 3. Gambar terakhir sebelum cuti akhir tahun dengan semua classmates. Sekarang saya dah jadi first year student di salah sebuah universiti di Netherlands. Cepatnya masa berlalu.

"Ni lah." Saya menunjuk pada hujung kiri barisan hadapan. "Comel tak kita time form three?" Saya menyengih memandang Farisya.

"Comellah. Tp sekarang lagi comel kot sebab rasa macam sekarang kau lagi gemuk je. Haha."

"Oklah tu. Kau tahu tak? Daripada dulu kita selalu je cakap dengan dorg ni kita nak gemuk. Tak nak lah jadi keding. Tak sedap orang peluk." Pergelangan tangan disentuh. Mmg ada sedikit perubahan daripada dulu. Kalau dulu takde lemak, sekarang ada lah sikit.

"Dalam banyak-banyak kelas kat sekolah, asal kau bawak gmbr kelas ni eh? Nape tak bawak gmbr time form 5 ke?"

"Banyak kenangan dengan dorg ni. 3 tahun kot sama-sama. Dari form one smpai form three. Mana tak sayang lebih. Rasa mcm adik beradik dah."

"Asal tak tukar kelas?"

"Mangsa pbs. Time form 1 kitaorg x buat peksa, just buat pbs je. So, cikgu nak nilai ikut kedudukan pun x bleh. Dan setialah kami selama 3 tahun even time form two dah ada peksa balik. Gitulah citenya."

"Ohh." Farisya mengangguk tanda faham. "Time sekolah menengah kau takde ke sape-sape yang kau suka?"

Bibir mengoyak senyum. "Fitrah en perasaan suka tu . Ada ramai yang kita minat senanya tp tu semua biasa-biasa je. Jadikan dorg qudwah hasanah." Saya memandang Farisya. Dia pun melentokkan kepala di atas bahu saya. Macam tau-tau je panjang lagi ceritanya.

"Tapi ada sorg ni, kita pun tak pastilah suka ke minat ke sebabnya perasaan tu bercampur baur. Kadang suka, kadang benci, kadang kagum, kadang minat. Macam-macam lah. Tapi most of it perasaan kagum je. Cuma ada ketika datang rasa suka. Lepas tu benci pulak. Pening dengan hati sendiri. Untungnya, semua rasa ni saya sedar bila dia dah takde. Dia dah pindah sekolah dekat Klang dan begitulah ceritanya." Saya menjeling Farisya di sebelah.

"Sori Risy kalau buat kau ngantuk." Saya menepuk-nepuk bahu Farisya.

"Takde lah. Best dengar life story orang. Apa yang kau rasa sume." Kepalanya diangkat. Gambar kelas saya ditatap oleh Farisya. "Dia ada dalam gambar ni tak?"

Saya senyum. "Ada."

"Ye ke? Yang mana?" Bersemangat Farisya menghulurkan gambar itu.

Jari telunjuk saya menghala pada susuk tubuh yang segak bersongkok, duduknya juga sopan tapi tidaklah terlalu skema. He's just nice.

"Nampak baik je. Mana tangnya yang jadi penyebab hang benci kat dia?" Ha, kan dah keluar sekali loghat celop dia tu.

"Kita benci dia bukan sebab dia physically cari pasal ke apa. It's just.. I hate him when I have a special feeling towards him. That's the problem. I know it's kind of err.. but that's the truth."

"It's ok, sis. I understand. Eceh, nak speaking jugak. Hehe." Ketawa meletus. Mana taknya, memek muka dengan gaya cakap Farisya lawak. Setelah ketawa kembali reda, dia bertanya lagi, "Sekarang ni kau masih lagi ada perasaan dekat dia ke?" 

"Kalau disimpan takut nanti kita yang merana. Jadi, kita pun biarkan je perasaan tu berkubur dalam hati ni. Kadang-kadang tu ada lah teringat tapi memang kita cuba elakkan daripada bermimpi nak berdamping dengan dia. Tak layak kot."

"Jangan cakap macam tu. Entah-entah jodoh."

"Tu lain punya hal lah. Sekarang ni kan time belajar, so kenalah bersungguh-sungguh, fokus. Tak mo pikir pasal benda tu. Biar cinta tu datang dengan sendirinya. Study is my priority."

"Betul tu betul." Dah jadi macam gaya Ipin pulak dah. Macam-macam betullah Farisya hari ni. Dia mengambil gambar tadi dari pegangan saya dan meletakkannya kembali ke tempat asal. "Terima kasih bagi tengok gambar. Thanks jugak sebab sudi throwback ngan aku."

"Takde hallah. Jazakillah jugak sebab sudi tadah telinga."

"Kata roommate, takkanlah takat pinjam telinga pun nak berkira. Telinga je pun."

"Huh?! Telinga Jepun?" 

"Hahaha." 

Habis riuh satu rumah dengan ketawa kami.


***********

Muka diraup setelah selesai berdoa. Alhamdulillah, rasanya ini keputusan yang terbaik. Moga Allah reda. Memori pada petang yang hening itu terimbas kembali.

"Khayra, mari sini. Akak ada nak cakap sikit." Langkah saya terhenti setelah mendengar panggilan dari Kak Balqis, kakak naqibah. Baru saja hendak pulang setelah habis aktiviti usrah di taman universiti kami. 

Kak Balqis sudah berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak. Dia bekas pelajar di sini dan sekarang dia menetap di sekitar kawasan universiti. Dialah yang membimbing kami, pelajar Malaysia dengan mengadakan usrah dan program-program yang berkaitan. Dia dan suaminya orang kuat persatuan untuk pelajar Islam di sini.  

Setelah selamat duduk kembali di bangku taman, Kak Balqis memulakan bicara. "Khayra ada terikat dengan sesiapa tak?" Saya mengerutkan kening tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan.
"Maksud akak, Khayra belum bertunang kan?" Saya menggeleng. Sememangnya membincangkan perkara ini merupakan biasa dalam kalangan pelajar last year. Walaupun saya dah masuk tahun akhir, tak pernah pula terfikir pasal benda ni.

"Macam ni, suami akak ada beritahu yang ada seorang muslimin ni ingin meminang Khayra selepas tamat belajar nanti. Jangan risau, kamu berdua taaruf je dulu. Kalau berkenan baru kita proceed. Bagaimana?" Lembut je butir bicaranya.


"Ahhh... saya rasa saya kena fikir masak-masak dulu."

"Takpe, akak faham. Ambillah masa untuk pertimbangkan benda ni. Lepas 3 minggu bagitahu keputusan Khayra. Lagi cepat, lagi bagus. Jangan lama sangat, takut tertunggu-tunggu pula muslimin tu. "


"Hmmm.. baiklah kak." Saya bingkas bangun dan bersegera untuk pulang. Degupan jantung terasa tidak menentu. Bibir diketap meminta kekuatan. Ya Allah, tenangkanlah hatiku.


Mesej kepada Kak Balqis ditulis. "Assalamu'alaikum, akak. Saya rasa saya dah ada keputusan tapi saya nak jumpa akak dulu. Bila akak free?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah Khayra dah ada keputusan. Esok petang akak free. Lepas asar kita jumpa dekat taman ye."

"Insha-Allah, kak. Terima kasih." Badan menghempap katil. Tak sabar rasanya ingin luahkan segalanya esok.

************
"Saya dah buat istikharah mintak Allah beri ketenangan kalau org yg meminang tu baik untuk saya. Dah 3 kali saya mohon tapi hati saya masih lagi tak tenang. Saya asyik teringat je pasal kawan lama saya." 

Saya pun cerita segalanya tentang Ammar. Tentang perasaan saya dulu. Kak Balqis setia mendengar tanpa memintas penceritaan saya. Senyuman di bibirnya tidak lekang sejak bertemu dengannya tadi. 

"Saya dah cuba lupakan dia. Saya cuba sungguh-sungguh mintak Allah jauhkan hati ni dari zina hati. Lepas fly, baru saya rasa perasaan tu mula lenyap. Even macam tu pun, saya masih dapat rasa yang jauh dalam hati saya ni ada sedikit ruang untuk dia. Walau sebenci mana pun saya dekat dia, dia still akan ada jugak. Macam kotoran degil lah. Dan sekarang, dia datang balik dalam hati ni. Saya tak tahu nak menerima ataupun tak, Kak Balqis. Kalau ditunggu si dia pun takut itu hanya bisikan syaitan untuk jatuhkan saya ke lembah kebinasaan."

"Hmmm.." Lama Kak Balqis berfikir. "Kalau mcm tu nanti akak bincang dengan suami akak macam mana. Khayra tenang okay. Jangan biarkan benda ni ganggu study Khayra. Kita akan bincang lagi pasal ni. Insya-Allah minggu depan kita jumpa lagi dekat sini, ye." Kak Balqis meraih bahu saya dan dipeluknya erat. 
"Akak yakin Khayra kuat, so buktikan yang Khayra kuat untuk hadapi semua ni. Allah sentiasa ada untuk Khayra. Jangan lupa minta petunjuk dari Dia." Pelukan dileraikan. Bahu saya ditepuk lembut. 

"Terima kasih, kak."

"Tugas akak, jangan risaulah." Saya pun pulang dengan hati yang sedikit lega.

***********

"Maaf akak lambat."

"Eh, takpe. Saya pun baru je sampai." Buku yang terbuka di tangan ditutup. Tangan Kak Balqis saya raih dan menyalamnya.

"Akak dengan suami akak dah bincang." Ujar Kak Balqis setelah duduk di sebelah saya. "Kami rasa better kalau Khayra jumpa sendiri dengan Ammar." Saya memandang Kak Balqis meminta kepastian. Kak Balqis hanya mengangguk. 

Baru perasan sebenarnya, tak lama lepas Kak Balqis sampai suami Kak Balqis ada datang dengan sorg lelaki. So, he's Ammar. Macam mana dia boleh ada kat sini?

Jantung saya terus berdegup laju. Laju yang amat sangat sampai boleh mengalahkan kelajuan kereta formula one.

"Jom duduk dekat meja tu." Ajak Kak Balqis yang sudahpun bangun. Saya masih lagi tidak berganjak. Kak Balqis menarik tangan saya. "Jom."

Akhirnya, saya mengalah. Lemah longlai terasa langkah menuju ke meja yang sudah pun diduduki oleh Ammar dan suami Kak Balqis. Jauh yang hanya 5, 6 meter terasa macam 5, 6 kilometer. 

"Ehem. Assalamu'alaikum, Khayra. Apa khabar?" Tanya Ammar setelah saya duduk di sebelah Kak Balqis.

"Alhamdulillah, sihat." Saya menjawab acuh tak acuh sahaja. Mata hanya menunduk memandang meja. Tak sanggup nak pandang muka Ammar.

"Ada apa-apa ke yang awak nak cakap dekat saya?"

Mungkin Kak Balqis rancang pertemuan ni supaya saya berterus terang dekat Ammar kot. Tapi tak mungkin. Saya tak mampu nak berterus terang. Saya hanya mahu Allah je yang tahu perasaan saya... sekurang-kurangnya buat masa sekarang ni kecuali Kak Balqis dan suaminya dan juga Farisya. 

"Takde."

Ammar mengangguk. Dia diam untuk seketika. Berfikir, mungkin. "Hmmm.. saya nak mintak nasihat daripada awak sebenarnya. Saya ada suka sorg perempuan ni dan saya dah nyatakan niat saya untuk meminang dia tapi dia tolak pinangan saya tu. Saya rasa kecewa sangat. Ada kata-kata untuk legakan hati saya, tak?"

Sejujurnya, hati saya ni dah jadi seperti kertas yg dikoyak-koyakkan bila dia cerita pasal perkara ni. Pedihnya! Sakit yang amat! 

Baru sekarang saya rasa yang saya sememangnya cintakan dia. Cuma hati ini sering menafikan. Mata saya mula bergenang dengan air mata tetapi cuba saya tahan daripada jatuh. 

Saya kuatkan hati untuk menjawab pertanyaan Ammar. "Setiap apa yg kita impikan, tak semua akan jadi kenyataan. Kadang, kita suka meminta benda yang jauh sedangkan di depan mata kita dah tersedia benda tu. Allah knows better. He has another plan for you. A better one. You just need to stay strong and believe." Suara saya tersekat-sekat menahan sebak. 

"Wow! Dalam betul kata-kata awak tu. Saya akan jadikannya penguat semangat saya. Jazakillah sudi legakan hati saya. Semoga awak akan jumpa juga dengan jodoh awak." Dia berpaling pada suami Kak Balqis. "Abang, rasanya sampai sini je lah perbualan kami. Cukuplah sekadar itu sahaja."

Baguslah tu. Saya pun nak cepat-cepat balik. Tak betah lama-lama di sini. Bila-bila masa saja empangan ni akan pecah.

"Kalau kamu dah kata macam tu, dah habis lah nampaknya pertemuan kita petang ni." Balas suami Kak Balqis.

"Khayra kalau nak balik, dah boleh balik dah. Jalan elok-elok, ye." Kata Kak Balqis.

"Terima kasih, kak." Saya bingkas bangun setelah bersalam dengan Kak Balqis. Empangan air mata pun pecah setelah beberapa langkah menjauhi mereka.


**********
Telefon bimbit di atas meja dicapai setelah selesai ber'dating' dengan Pencipta. Mesej dari Kak Balqis.

"Assalamu'alaikum, Khayra. Apa khabar? Lama x dgr berita dari Khayra. Iman sihat?"

"Wa'alaikumussalam, kak. Saya sihat alhamdulillah. Iman makin mantap, kak. Bila ditimpa ujian tu tandanya Allah rndu akan rintihan kita."

"Baguslah klau Khayra masih kuat. Klau Khayra x kesah, akak nak tny blk soal muslimin yg cuba meminang Khayra tempoh hari."

"Boleh je, kak. Knp dgn dia?"

"Dia beritahu kami yg dia masih lg menunggu klau2 Khayra berubah hati. Apa kata Khayra berjumpa je dgn dia dlu. Taaruf je. Klau x berkenan jugak xpe."

Saya berfikir, tak guna menunggu Ammar lagi. Apa salahnya bagi peluang kepada muslimin itu. Saya menaip mesej. "Saya ikut je perancangan akak. Saya pun dah malas nak fikir sgt pasal bnd ni. Saya follow je." 

Dan mesej-mesej selepas tu, menjurus kepada pertemuan dengan muslimin tu.

Farisya muncul dari belakang. Bahu saya disentuhnya. "Dah ok dah?" Peristiwa berjumpa dengan Ammar telah saya kongsikan dengannya. Dia lah yang sudi menjadi bahu untuk menyokong tatkala saya rebah. 

"Alhamdulillah..makin tenang sekarang. We have to realize that our life will not fulfill all our dreams. I just have to keep strong and believe in Him." Saya senyum segaris memandang Farisya.

"Aku sentiasa ada untuk kau tau. Always." Farisya menarik saya ke dalam dakapannya.

***********

Kak Balqis mengajak saya ke rumahnya untuk makan malam. Kami masak bersama-sama sementara tunggu suami Kak Balqis pulang untuk makan sekali dengan kami. Sedang kami sibuk di dapur terdengar pintu rumah dibuka. Salam dari suami Kak Balqis kami sambut. 

"Assalamu'alaikum." Siapa pula bagi salam tu? Macam kenal je suara tu. Saya masih di dapur sementara Kak Balqis keluar untuk menyambut suaminya tadi. Saya tidak mengendahkan suasana di ruang tamu dan kembali melakukan tugas di dapur.

"Siapa tu, kak?" Tanya saya kepada Kak Balqis yang kembali ke dapur.

"Ammar."

"Nape dia ada sekali kat sini?"

"Suami akak saya ajak dia sekali. Dia bukannya selalu datang Netherland ni. Suami akak saje nak borak-borak dengan dia." 

"Hmm." Saya mengangguk.

"Semua lauk dah siap hidang kan? Boleh lah ajak dorg kat depan tu makan."

"Dah. Saya pun lapar nak rasa masakan Kak Balqis." Dari birai dapur muncul Aisyah, anak Kak Balqis. Dia baru berusia 2 tahun lebih. "Aisyah! Meh sini, meh." Saya memanggil Aisyah. Dia datang ke arah saya. Saya pun menangkap dia ke dalam pelukan saya. Dia menjerit kegembiraan. Saya bawanya ke ruang makan.

Sedang kami bermain, muncul suami Kak Balqis bersama Ammar. Saya meletakkan Aisyah di kerusi sebelah saya. Kak Balqis pun duduk di sebelah Aisyah.

"Ammar, baca doa makan." Suami Kak Balqis menyuruh Ammar. Dia akur. Kami mengamikannya.

Saya berbisik kepada Kak Balqis. "Mana muslimin yang kata nak minang saya haritu? Akak kata nak taaruf dengan dia hari ni." 

"Dia ada lah dekat sini."

Saya memandang sekeliling. Hanya ada Ammar je orang asing di rumah ni. "Ammar? Kak Balqis tak payah nak sedapkan hati saya. Saya dah terima hakikat yang dia memang takde perasaan dekat saya." Nasi dikuis perlahan.

"Tu dulu. Lepas saya jumpa awak hari tu saya rasa saya suka awak. Itu yang saya ganti tempat orang yang nak minang awak dulu." Ammar bersuara.

"Saya tak perlukan perasaan simpati awak. And I need more, bukan setakat 'rasa-rasa'. Awak boleh simpan rasa tu sebab saya dah boleh move on sendiri."

"Ammar, sudah sudah lah tu. Jangan bergurau lagi." Tegur suami Kak Balqis. Saya kehairanan. 

"Gurau apa ni? Saya tak faham lah."

"Khayra, dengar sini. Sebenarnya daripada awal lagi yang nak minang Khayra ialah Ammar." Suara Kak Balqis pula memenuhi ruang.
"Time Khayra cerita semua benda kat akak pasal Ammar, akak dapat rasa yang jodoh Khayra memang dengan Ammar... sebab tu akak ajak jumpa Ammar hari tu. Ammar pun sanggup terbang dari UK untuk luangkan masa. Tapi tak sangka pula yang Ammar nak uji Khayra sampai macam tu sekali. Kami ikut je permainan si Ammar ni. Hari ni pun sebenarnya dia yang cadang nak jumpa supaya dapat terus terang kat Khayra." Panjang lebar penjelasan Kak Balqis.

Saya terkedu mendengar penjelasan tu. Perasaan marah bercampur baur dengan gembira.

"Saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak mempermainkan awak cuma saya nak dengar sendiri pengakuan awak. Tapi awak tak mengaku, jadi saya pun tak nak bagitahu sebab saya risau awak takde hati dekat saya."

Saya tak tahu nak bagi reaksi apa so, saya just tunduk dan makan je even sebenarnya dalam hati dah jadi kacau-bilau.

Disebabkan senyap yang teramat sangat di tengah-tengah isu yang panas ni, Kak Balqis pun bertanya saya. "Macam mana Khayra? Boleh kami datang rumah lepas belajar nanti?"

Saya mengangkat muka dan memandang kosong Kak Balqis. "Entah. Boleh kot. Tapi sebelum datang tu inform dulu takut ibu ayah terkejut sangat pulak." Tak berintonasi saya menjawab.

"Alhamdulillah. Akhirnya, ada juga kata putusnya." Ujar suami Kak Balqis.

Dan begitulah permulaan kisah baru kami. Setelah selamat bernikah barulah saya tahu yang Ammar sebenarnya adik kepada suami Kak Balqis, Abang Asyraf. Dia memang betul-betul sanggup luangkan masa tuk fly datang Netherland sebab nak jumpa saya... dan abang dia sekali lah.

Hakikatnya, Ammar pun ada perasaan dekat saya sejak time sekolah lagi. Bila? Tak taulah. Malas nak korek lebih-lebih. Sebab tu bila dia tau saya ada dekat Netherland, dia bgtau Abang Asyraf supaya merisik saya. 

Alhamdulillah, it ends with a nice story. Saya yakin yang kalau kita jaga baik-baik fitrah kita, pernikahan kita pun akan jadi baik juga. Konklusinya, janganlah kita cerita mengenai orang yang kita suka atau minat atau cinta dekat orang lain. Sebabnya, kita takkan tahu akhirnya kita akan berkahwin dengan siapa. 

Jadi, biarkan hanya Allah je yang tahu apa dalam hati kita. Yang paling penting sekali, jangan gunakan reda Allah untuk dapatkan cinta, tapi gunakan cinta untuk mendapatkan reda Allah.

*cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..*