Friday, 22 November 2013

INDAHNYA IMAN 3

  "...kehidupan bersahabat, pasti ada prinsip 'menerima' dan 'memberi'. Sama ada kita yang memberi dan sahabat kita menerima atau sebaliknya..."mata masih tidak lepas dari memandang naqib. Khusyuk.


  "...muhasabah balik diri kita. Selama kita bersahabat, kita lebih suka menjadi pemberi atau penerima. Berapa banyakkah pemberian yang telah kita buat?..." aduh. Sentap jap. Selama ini ada ke aku bagi Atif apa-apa? Macam tidak ada je. Parah aku ni. Muqri meraup muka.

  "...tapi, jangan kita bersahabat sebab nak pemberian dia aje. Bila dia dah tidak bagi kita apa-apa, kita tinggalkan dia. Jangan sekali-kali kita buat macam tu. Dalam sebuah persahabatan itu perlukan keikhlasan. Ikhlas semata-mata kerana Allah. Barulah halawatul ukhwah tu dirasa..." dia mengangguk. Bersahabat kerana Allah. Nota ditulis.

  "...ada sesiapa yang nak sambung pasal tajuk kita hari ini?" seorang- seorang adik usrah dipandang. Bukan ketandusan idea, cuma ingin membuka ruang kepada adik-adiknya meluahkan ilmu yang ada. Usrah seeloknya menggunakan kaedah soal jawab. Baru usrah tidak dirasakan terlalu hambar. Itu prinsip dan kaedahnya menjadi seorang naqib. Tangan dihalakan ke arah Amir. "Ya Amir. Silakan."

  Amir berdehem melegakan tekak. "Persediaan pun perlu dalam persahabatan. Kita kena mempersiapkan diri untuk jadi yang terbaik untuk sahabat kita. Tegur dia bila salah dan bersedia menerima teguran."

  Naqib mengangguk membenarkan apa yang Amir katakan. "Konklusi. Siapa nak bagi?"

  "Saya nak cuba, bang." Semua kepala menoleh ke arah Muqri. "Kesimpulan yang saya dapat, sebagai seorang sahabat yang baik kita jangan hanya mengharapkan sesuatu daripada persahabatan itu sebaliknya kita turut memberikan sesuatu."

  "Acceptable. Lain?"

  "Bersahabat hanya kerana Allah. Ikhlas. Tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada dia dan hanya mengharapkan balasan Allah." Hafizi memberikan pendapat.

  "Tapi tidak salah kan kalau kita mengharapkan dia untuk membimbing kita ke arah kebaikan?" soalan Helmi membuatkan ahli usrah yang lain kembali berfikir. Kata tadi tidak mengharapkan apa-apa pastu nak dia bimbing kita pulak. Pening-pening. Muqri menggaru kepala.

  "Tidak salah kalau nak dia bimbing kita. Sebenarnya itu juga tugas sahabat. Amar makruf nahi mungkar. Macam yang Amir cakap tadi, bersedia untuk menegur dia bila salah dan bersedia menerima teguran. Tapi kita juga perlu ingat yang sahabat kita tu manusia biasa juga. Jangan terlalu salahkan dia kalau dia tidak mampu nak bimbing kita. Bimbingan itu pun sebenarnya daripada Allah juga kan? Jadi, mintalah bimbingan itu daripada Allah. In sha Allah, Allah akan hadirkan orang-orang yang boleh bimbing kita. Segalanya bertitik tolak kepada Allah juga." panjang lebar naqib menjelaskan.

  "Jadi, apa maksudnya kita tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada sahabat dan hanya mengharapkan balasan Allah?" Naufal pula bertanya. 

  "Maksudnya, bila kita buat sesuatu untuk sahabat kita, kita tidak mengharapkan dia untuk balas balik perbuatan kita itu. Itulah yang dinamakan ikhlas. Faham semua?" semua mengangguk. "Kita tutup majlis kita dengan tasbih kafarah dan suratul asr."

  Muqri melangkah ke dorm Atif di tingkat tiga. Nak share ngan Atif pasal benda ni. Pintu dorm diketuk. "Assalamu'alaikum. Atif ada?"

  "Atif? Dia dah balik rumah. Saya pun tak tau kenapa tp tadi ada orang kata dia pengsan. Muka dia pucat." Alif, junior tingkatan 2 menjawab.

  "Allah." Hanya itu yang mampu terluah di bibir Muqri. Dia pengsan? Macam mana aku tak tau ni. Macam mana aku boleh tak perasan muka dia pucat. Langkah diatur ke dorm. Lemah tidak bermaya saja gayanya. Tekak terasa berpasir. Saat badan direbahkan ke katil, terus air mata menitis laju. Ya Allah, jagakanlah sahabatku itu.



No comments: