Saturday, 3 January 2015

JOURNEY

asyik-asyik cinta
asyik-asyik ajnabi
dah lah! stop pikir benda-benda sakit hati macam tu

sedar tak yang apa tujuan kita kat bumi ni?
bukannya nak sibuk bercinta cari pasangan bagai
tapi,
jadi hamba Allah dan khalifah dekat bumi ni

sepanjang perjalanan kita dekat bumi ni mestilah berlandaskan lillahi taala
kita dekat bumi ni ibarat macam perhentian je
kita akan balik semula dekat kampung kita iaitu syurga

so, kalau nak balik kampung kita kenalah ada tiket bas 
kalau nak ada tiket bas kena ada duit pulak
duit tu boleh diibaratkan macam amal
tiket bas tu macam redha Allah

bila dah ada duit yang cukup dengan tiket bas baru boleh balik kampung
bila dah ada amal dan redha Allah baru boleh masuk syurga

tapi,
mudah bercakap daripada merasainya kan?
bagi aku, memang susah malahan teramat susah
ujian hati ni terlampau kuat
bimbang saja akan tumbang seiring dengan meningkatnya umur

bukannya aku tidak menolak
bukannya aku tidak menghalang
cuma terkadang diri ini tergelincir dari landasan

dan aku berfikir dan berfikir
kiranya aku perlukan penghadang bagi melindungi aku dari jatuh
penyambut tika aku tersadung
dinding bagi menghalang terus hati ini dari meronta

jika dicadangkan aku seorg teman
tidak dapat dijamin dia akan bersamaku sehingga ke akhirnya
kerana sahabat akan datang dan pergi

tidak ingin aku mengimpikan si dia
kerana aku lebih rela hidup sendiri
kerana mengenangkan siapalah diri ini untuk dicintai

oleh itu Ya Allah,
kau takdirkanlah apa yg terbaik buat diriku, Ya Allah
kau jagakanlah hati ini dari hasutan syaitan, Ya Allah
teguhkanlah hati ini dengan iman dan taqwa kepada-Mu, Ya Allah
amin amin ya rabbal'alamin