Monday, 2 September 2019

Bestfriend for Life


“Qayyum, aku ada benda nak bagitau.” Maysaa menghela nafas sebentar, mencari kekuatan.

“Aku rasa aku nak give up. Aku rasa aku dah takde harapan dah. I don’t have enough time. I think I couldn’t make it.” Perlahan air mata turun ke pipi. Butang ‘hantar’ ditekan.

“Aku dah tak mampu.” Bisik Maysaa sendirian. Langkahan kakinya terasa berat, hatinya berkecamuk. Air mata turun semakin deras.


*****

Pintu bilik diketuk sekali, lalu dibuka sambil menyimpan kasut di atas rak. Kasut Nina dah ada, dia dah balik bilik dululah ni.


“Assalamu’alaikum..” Salamnya tidak bersahut. ‘Tidur rupanya Nina ni.’

Maysaa melepaskan beg di bahu, lalu diletakkan di atas kerusi meja belajarnya. Terus dia melabuhkan punggung di atas katil. Baru sahaja dia ingin membuka tudung, telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi daripada aplikasi Whatsapp.

Qayyum: Maysaa.. kau dekat kolej ke sekarang ni? Kenapa rasa macam ni? Kau boleh, sikit je lagi.

Maysaa: Yup, dekat kolej. Tak tahu, tiba-tiba je rasa macam tu.

Telefon bimbit di tangan Maysaa bergetar lalu ringtonenya berbunyi. Maysaa terkejut sebentar melihat nama pendail.

“Hello, assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam warahmatullah. Maysaa… kau okay tak ni?”

Maysaa ketawa kecil sambil tersenyum pahit. “Okay je… Cumaaa itulah, benda yang aku bagitahu tadi.”

“Maysaa… janganlah give up. Kita sikittt je lagi nak habis. Kau boleh buat, aku yakin kau boleh.”

“Tapi aku dah tak larat dah. Aku tak rasa aku mampu. Exam is just around a corner and I still got tons of work to do. Aku tak yakin. Aku takuttt..” Menitis lagi titisan jernih ke pipi gebu yang sudah semakin susut sejak kebelakangan ini.

Maysaa diam sahaja mendengar balasan daripada Qayyum. Panjang lebar nasihat yang diberikan, hanya untuk membuatkan sahabatnya tidak berputus asa. Setiap kata-kata Qayyum diserap masuk dan menjadi nadi kekuatan Maysaa. Benar perkara yang dikatakan Qayyum, dia punya banyak alasan untuk terus berusaha.

Air mata diseka. Menghapuskan segala negativiti yang hadir dan diganti dengan semangat dan positiviti. “Okay Qayyum, will do. Doakan aku tauu. Thanks a lot sbb nasihatkan aku.”

“Insya-Allah… takdehal lah. Apa-apa hal, bagi je tau aku kay. Bye, assalamu’alaikum.”

“Wa’alaikumussalam.”



*****



Maysaa dan Qayyum telah berkawan rapat sudah hampir dua tahun. Walaupun mereka belajar di institusi yang berbeza, mereka kerap berhubung dan sentiasa mengambil tahu akan hal masing-masing. Dan yang paling penting sekali, Qayyum sentiasa ada di sisi Maysaa ketika dia memerlukan seorang teman. And yup, they officially……. bestfriends.



Maysaa berjalan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sambil matanya meliar mencari seseorang.


“Maysaa!” langkahnya terhenti dan dengan segera menoleh ke belakang.

Senyuman manis terukir, “Qayyum…” jumpa pun.

“Lama dah sampai?”

“Takdelah, baru je. Family kau mana?”

“Ada dekat café tengah lepak-lepak.”

Maysaa mengangguk tanda faham.

“Kau datang sorang je ke?”

“Urmm… Patutnya ada lagi yang nak datang, tak sampai lg rasanya.”

Maysaa tiba-tiba terlihat sekumpulan manusia yang dikenalinya. “Hey, Faiz!”

“Ohhh… kau dekat sini eh. Ajak gi sana taknak.” Balas Faiz, rakan sekolej Maysaa. Faiz bersama rakan yang lain turut hadir untuk menghantar rakan sekelas mereka yang turut berangkat ke luar negara pada malam ini.

“Hehe... Ha, Faiz. Ni Qayyum, kawan sekolah aku dulu.”

“Ohh ni lah Qayyum. Bestfriend Maysaa en haha.”

“Haha a’ah.” Qayyum menghulurkan tangan.

“Kau fly mana?”

“Aku gi UK, buat Medic kat sana.”

“Wahhh bagus-bagus. Aku pun fly UK nanti, jumpalah aku dekat sana eh.”

“Untunglahhh boleh jumpa. Aku ni jauh, siapa nak jumpa aku?” Maysaa mencelah. Sengaja dia membuat muka seolah-olah merajuk.

Qayyum cuba memujuk, “Takpe Maysaa, New Zealand dekat je dengan Malaysia. Nanti aku datang.”

“Gedik-gedik je dia ni nak merajuk bagai. Haha.” Faiz pula membalas.

Pecah ketawa mereka kedengaran di segenap ruang KLIA. Mereka pun sambung berbual sementara menunggu masa untuk masuk ke balai perlepasan.



Qayyum sudah disuruh masuk ke balai perlepasan. Masa yang singkat ini dihabiskan untuk mengucapkan kata-kata terakhir buat keluarga dan rakan-rakan yang hadir.

Maysaa mendekati Qayyum. “Qayyum…” Dia menoleh ke belakang. “Faiz nak jumpa kau kejap.”

Qayyum berjalan ke arah Faiz.

“All the best, bro dekat sana. Jaga diri elok-elok kay.”

“Insya-Allah.. kau pun sama.”

“Qayyum… aku ada benda nak cakap sikit ni.”

“Apa dia?”

“Pasal Maysaa. Kau jaga dia elok-elok eh. Walaupun kau jauh, aku tau kau boleh jaga dia. Dia dah banyak sangat cerita pasal kau dekat aku. Aku tau yang dia sebenarnya suka dekat kau. Walaupun dia tak cakap, tapi aku tau. You’re her bestfriend, but she also wants you to be with her forever, and she needs more than a bestfriend. Kau faham kan maksud aku?”

“Faham, tapi jodoh tu kan rahsia Allah. We never know.”

“Ye, aku tau tu. But just stay with her, okay. Aku percayakan kau.”

“Insya-Allah, bro. Aku cuba.”

“Kay, have a safe flight.”

“Amin... thanks, Faiz.”



*****

“Qayyum, kau tau tak dulu aku niat apa bila aku datang sini?”

“Niat nak belajar kerana Allah?”

“Haha itu semestinyaa, benda wajib tu. Ada benda lain yang aku terniat sekali.”

Qayyum di sebelah talian sana tergelak kecil, “Haha… apa dia?”

“Aku ingat nanti nak graduate dengan bakal suami aku lah.”

“Ohh so kau nak kahwin dengan orang yang sama uni dengan kau lah.”

“Bukann… maksud aku, time aku graduate nanti, aku nak bakal suami aku datang sini jugak celebrate my graduation.”

“Ohh macam tu. So, dah ada calon belum?”

“Hmmm entahh. Dah setahun lebih dekat sini, macam takde yang berkenan dekat aku je. Bukan macam kau, makwe ramai en”

“Ehh… mana ada lah. Aku takde makwe kay. Kan kita dah janji dulu, kalau aku ada makwe, aku bagitau kau.”

“Manalah tau kau lupa janji tu ke. Or, kau saje nak senyap-senyap, taknak bagitau aku.”

Qayyum ketawa mendengar suara Maysaa yang dah mula merajuk tu. “Ya Allah… takde. Aku tak lupa janji aku and aku takkan rahsiakan daripada kau. Kitakan bestfriends.”

“Okaylah kalau kau kata macam tu. Kalau aku dapat tau daripada orang lain, siap kau!”

Mereka berdua ketawa memecah hening di pagi hari di NZ dan tengah malam di UK.

“Wehh… aku gerak dulu eh. Nak gi kelas ni. Bye…”

“Orite. Bye… assalamu’alaikum. Study rajin-rajin tauu.”

“Haha baik boss! Wa’alaikumussalam.”

Maysaa mematikan talian. ‘Kitakan bestfriends’, bestfriends je eh hmmmm. Can we become more than that? I’m not sure. My feelings are not reliable. Since dia dah bestfriend-zoned kan aku, so bestfriend it is.


*****

“Arghhhh stressnyaa!!!” Beg dicampak ke meja belajar. Badannya pula dihempas ke tilam.

“Tak habis-habis kena reject, stressnya akuuu! Apa yang prof nak pun aku tak faham lah. Orang dah buat elok-elok dah…Huh!” Maysaa menekap mukanya dengan bantal sambil merungut.

Setelah sedikit bertenang, dia mencapai telefon bimbitnya. Instagram dibuka untuk melepaskan diri daripada tekanan kerja universiti yang dihadapinya.

Sambil Maysaa sedang ralit melihat gambar-gambar rakannya, dia terhenti pada sebuah post. Gambar seorang lelaki dan perempuan. Dia kenal benar dengan lelaki itu. Hatinya mula terasa pedih. Pedih yang teramat sangat!

Dia segera mendail nombor seseorang. Air mata sudah mengalir ke pipi. Dia sakit, sakit hati! Panggilan sana bersambut.

“As..salamu’alai..kum.... Faiz... Huhu..huuuhu Faizzz...” Terkejut orang di talian seberang sana tatkala mendengar suara esakan.


*****

Notifikasi telefon Maysaa berbunyi. Lebih 30 mesej tidak dibaca, semuanya dari seorang insan, Qayyum.

“Maysaa, how are you?”

“Maysaa, I have a good news for you.”

“Maysaa, watcha doin’ gurl?”

“Hello… Maysaa.”

“Mmaaayyyyyssaaaaaaaaaa”

“Maysaa, I just wanna ask, are you alright?”

“You’ve been acting so weird lately.”

“I’m sensing something’s not right.”

“Please… tell me.”

Maysaa melihat mesej-mesej itu melalui ‘notification window’. Sudah hampir sebulan dia tidak membaca dan membalas mesej daripada Qayyum. Semuanya disebabkan gambar itu. Dan jujurnya, dia masih lagi sakit hati mengingatkan perkara tersebut.



Beberapa hari kemudian, Maysaa mendapat panggilan daripada Qayyum.

‘Nak jawab ke tak, nak jawab ke tak?’

Dia menarik nafas dalam-dalam, lalu menekan butang.

“Hello, assalamu’alaikum.”

“Maysaaaa… wa’alaikumussalam. Finally I got to reach you. Kau okay ke?”

“Okay. Busy sikit. Sorry.” Sepatah saja jawapan Maysaa.

“Betul ke ni? Perempuan kalau kata dia okay, maksudnya dia tak okay.”

“Hmmmm…”

“Haaa… tak okay lah tu. Now, tell me.”

"No, i'm fine."

"No, you're not."

“Okay, fine. Nak jujur ke tipu?”

“Ofkoslah jujur.”

“I’m fine.”

“TIPUUUUU… tell me lahhh. Kita kan bestfriend.”

“Bestfriend, bestfriend. Tak habis-habis dengan benda tu. You can’t even keep your promise, then you still anggap me as your bestfriend. Like, what?! Dah lah tu, Qayyum. I think we should just forget about it. Forget about me. Forget about us. Forget about being my bestfriend!” Maysaa terus mematikan talian. 


*****

“Assalamu’alaikum, Faiz.”

Kening sebelahnya terangkat, “Eh, Qayyum… wa’alaikumussalam. Ada apa kau call aku tiba-tiba ni?”

“Pasal Maysaa. Dia ada contact kau tak?”

“Ada. Kenapa?”

“Dia okay ke tak? Kitaorang gaduh weh, gaduh teruk. Aku tak tahu apa salah aku.Tolong aku, weh.”

“Hmmm esok kau ada kelas?”

“Takde. Asal?”

“Esok kita lepak, aku cerita.”


*****

“She found your photo in Instagram.” Ujar Faiz sambil menghirup kopi.

“Which photo?”

“Yang dengan sorang perempuan tu.”

“O… kay, then? Dia nampak, so?”

“Qayyuummm… dia cemburu lah.”

“Why? That girl is not even my girlfriend.”

“Well, that’s not what Maysaa said. She said that all the comments show that you and that girl have something special.”

“Oh my god, they were just kidding. Oh mannn” Qayyum meraup muka. “No wonder dia kata aku tak keep my promise. We promised that if we seeing someone, we must tell each other." Qayyum mengeluh panjang. "Tapi, kenapa sampai macam tu sekali dia nak marah aku. Aku still tak fahamlah.”

“Qayyum, Qayyum… kau memang anggap dia macam bestfriend biasa je ke?”

“Yelahhh”

“Well, apparently she’s not. Kan aku cakap dulu yang dia sebenarnya sukakan kau. Dia anggap kau special tau dalam hidup dia. Kau orang yang dia selalu cari, yang dia selalu harapkan, yang sentiasa ada dalam doa dia. It’s you.”

“But she never said things like that.”

“Kau kena faham Maysaa ni. Dia ni memang jenis yang takkan cakap kalau dia suka dekat someone tu, tapi dia akan tunjuk through her actions. Kalau dia sayang dekat someone tu, dia akan sayang gila-gila and rela buat apa je untuk dia. Also, dia akan jadi extremely jealous bila orang yang dia sayang, rapat dengan orang lain. Sebab tu dia cemburu sangat tengok gambar korang.

Another thing is, dia takkan mengaku yang dia suka kau ada sebab-sebabnya. First, mungkin sebab dia takut kau tak rasa benda yang sama. Dia takut kau akan reject dia and akan effect korg punya friendship. Also, dia selalu kata yang kau memang anggap dia as bestfriend je, nothing more. So dia tak berani nak make a move sebab dia takut dia akan kecewa. 

Tapi, dalam dia taknak mengaku tu, dia tak boleh kawal rasa cemburu dia tu. Dia sebenarnya cemburu gila bila kau buat macam tu. Dia call aku menangis-nangis weh bila dia nampak gambar tu. Dari situ aku tau yang dia sebenarnya betul-betul sayang dekat kau. She loves you, bro.”


“Sumpah aku tak perasan tu semua, duh.”

“Dia selalu cakap, kaulah orang yang paling faham dia, selain aku ofkos haha. Tapi bila bab macam ni, asal kau tak boleh faham, huh?”

“Man, I don’t know. Sumpah aku tak tau. What can I do now? Dia tak balas dah text-text aku, dia dah marah aku gila-gila haritu. Aku rasa mesti dia dah benci gila dekat aku.”

“Tak, bro. Aku kenal Maysaa. Semarah manapun dia dekat orang, dia mesti boleh maafkan. Lagi-lagi dengan orang yang dia sayang. Walaupun orang yang dia sayang sakitkan hati dia berkali-kali pun, dia mesti boleh maafkan. Sebab sekali dia sayang, dia sanggup dera perasaan dia. 

Sebabtu dia takut, dia takut kalau dia sayang orang yang salah. Dia takut kalau kau bukan orang yang boleh sayang dia macam mana dia sayang kau, sebabtu dia tak bagitau perasaan dia dekat kau.

So, jangan risau. You got this. You just need to win her heart back. Itupun kalau kau rasa dia jodoh yang terbaik untuk kau.”

“Okay, bro. Thanks for the advice.”

“All the best, bro. Tapi kalau aku dapat tau kau sakitkan hati dia lagi, kau yang kena dengan aku nanti.” Penumbuk dikepal di hadapan muka Qayyum.

“Hahahahah. Sure.”


*****

Maysaa membetulkan topi graduasi di atas kepalanya. “Mana ibu dengan ayah ni?”

Hujung baju kurung diselak untuk melihat jam, ‘tak lama lagi majlis nak mula dah, haih kata nak tangkap gambar dulu.’ Matanya kembali melilau mencari kelibat ibu dan ayah.

“Haa… Itupunn.” Ibu dan ayah berada dalam kelompok manusia yang sibuk melihat-lihat bunga. “Kenapa ibu ayah macam tengah borak dengan someone je. Borak dengan mat saleh ke tu?” Dia terus melangkah ke arah mereka.

Langkah Maysaa terhenti. Matanya seperti tidak dapat menerima susuk tubuh yang berada kurang 2 meter di hadapannya. Tanpa disedari, setitis air matanya menitis.

“A… apa… kau bu… buat dekat sini?” Maysaa bertanya.

“Aku nak tunaikan niat kau.”       
           
“Niat aku?”

“Graduate dengan bakal suami?”

Maysaa tergelak kecil, “Tak payah merepek lah. Kita kan bestfriend. Eh sorry, ex-bestfriend.”

“So? Bestfriend tak boleh kahwin ke?”

“Haha... kau nak kita kahwin ke? Tak, kan?” Maysaa berjenaka. Masih lagi ingat lelaki itu bergurau.

“Well, kinda.” Dia menghulurkan sejambak bunga, “Nah.”

“6 kuntum bunga, maksudnyaaa…” Maysaa terkedu.

“Yup, maksudnya I want to be yours.”

Maysaa tidak mampu menahan sebak. Laju air matanya mengalir ke pipi.

“Hey, apa nangis-nangis ni. Rosak make up tu nanti. Nak ambil hadiah macam mana nanti ni.” Tegur ayah.

Maysaa segera menyeka air matanya. “Qayyum lah ni ayah. Buat orang menangis.” Bahunya dirangkul ayah sambil dia memeluk pinggang ayah.

“Eh, salahkan kita pulak.” Qayyum mencebik sambil ketawa. "By the way, Happy Graduation Day, bestfriend."


“Ibu ayah awak dah tahu by the way, pasal kita.” Matanya merenung Maysaa yang sedang khusyuk mengunyah spaghetti.

Maysaa sekadar membalas renungan sambil mengangkat kening.

“Masa saya balik Malaysia haritu, saya dah jumpa ibu ayah awak. Dah minta izin nak keluar dengan puteri bongsu sorang ni.”

“What? Sumpahlah. Kenapa awak tak bagitau pun nak datang rumah?"

"Nak bagitau macam mana. Kita kan gaduh. Saya pun suruh ibu ayah rahsiakan hal ni."

"A'ahlah. Semalam baru kita baik senanya."

"Kena jadi bakal suami baru nak berbaik, ye. Sebelum ni tak nak layan langsung."

"Yelah, orang tu kan dah ada makwe dulu." Mata Maysaa dijulingkan ke atas.

"Bukanlah... tu bukan makwe saya pun tau. Itulahhh, cemburu tanpa usul periksa. Patutnya awak tanyalah saya dulu."

"Taknak, merajuk!"

"Haha.. bagus jugaklah awak merajuk, marah sangat sampai macam ni. Dapatlah saya datang graduation awak harini, hehe. Btw, saya datang sini pun dengan ibu ayah awak tau."

"Laaa.. yeke. I thought ibu ayah datang berdua je. Bertuah betul. Ibu ayah tak bagitau pun yang awak ikut sekali.”

“Hehe… saje nak buat surprise dekat awak.” Dia berhenti sebentar. “Macam mana, seronok tak dapat graduate dengan bakal suami? Jauh tau saya datang.” Kening sebelah diangkat.

“Tbh, saya tak boleh brain lagi tau. Kalau awak datang as bestfriend saya, saya boleh terimalah lagi. Ni as bakal suami saya, betul ke ni?”

“Yeee betullah. Saya dah dengar semua benda daripada Faiz and saya percaya yang awak sayang sangat dekat saya. And saya pun yakin yang awak jodoh saya. 

Btw, awak cakap dekat faiz yang saya friendzone awak eh, padahal senanya awak yang friendzone saya dlu tau.”

“Mana adaaa! Awak selalu friendzone saya.”

“Tu sebab awak start friendzone saya.”

“Tapi lepas-lepas tu awak friendzone saya.”

“Yelah sebab awak mula dulu.”

“Salah awakkk.”

“Awakkk!”

“Nope! Awak!”

“Haihhh yelah, salah saya. Sorry. Semuanya salah saya kan.”

“Alololooo.. janganlah merajuk." Maysaa menghulur tiga kuntum bunga. "Nah, untuk awak.” 

Qayyum tersenyum lebar. “Awww.. mana awak dapat ni?" Segera dia menyambut bunga ros itu. "Thank you, I love you too.”

“Ada lerr. Bestfriend for life?”

“Nope. Bestfriend till jannah.”




No comments: