Aku tahu, diriku ini tidak seteguh Saidatina Fatimah. Menjaga hatinya hanya untuk insan yang telah ditakdirkan. Hatiku ini masih lemah. Lemah dalam khayalan dunia yang tampak sempurna. Namun, kehidupan yang benar-benar sempurna ialah kehidupan di akhirat atau lebih tepat lagi di syurga Allah.
Hatiku ini mudah cair, rosak dengan angan-angan yang tidak berkesudahan. Angan-angan yang melalaikan. Angan-angan yang luarannya nampak indah. Angan-angan yang tidak berlandaskan syariat. Dan yang lebih parah lagi, angan-angan yg membawa kita jauh dan terus menjauhi Allah. Alangkah malangnya diriku kerna pernah melalui jalan angan-angan ini. Diriku hanyut dalam mimpi indah yg bersifat sementara. Tatkala aku mengimbas kembali saat itu, kecewa dan malu menerpa ke dalam jiwa.
Namun, aku sedar bahawa itulah takdir yg telah ditentukan. Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk kembali ke pangkal jalan. Melalui jalan inilah, aku mahu menuju ke syurga Allah. Keluarga dan teman menjadi pendorong untuk terus maju menggapai cita. Masa lampau dijadikan sempadan agar tiada lagi istilah 'pisang berbuah dua kali'.
Diriku ini mempunyai sekeping hati yang mudah diketuk oleh insan bernama muslimin. Sedarlah wahai diri, diriku ini masih muda untuk memikirkan soal mereka. Aku sedar akan kesilapanku itu. Meskipun hati ini masih sukar untuk tertutup rapat dan akan terbuka apabila telah tiba masanya, aku akan tetap berusaha memasang pagar di dalamnya dengan pagar-pagar keimanan. Dengan keimanan inilah hatiku akan terus terpelihara.
Pernah suatu ketika dulu hati ini pernah diisi dengan keimanan. Tatkala itu diri ini benar-benar memerlukan kekuatan dari Yang Maha Esa. Seluruh jiwaku diberikan hanya pada-Nya untuk mengubati jiwa yg terluka. Bersyukur terasa hati apabila ketenangan jiwa yg diminta tlh pun diberi. Ketenangan ini hadir besama iman dan keimanan inilah yg membawaku semakin dekat kepada-Nya. Terasa kemanisan dlm beribadah dan hidup ini terasa amat bermakna dgn niat hanya kerana Allah.
Tapi, nikmat yg diberikan hny sementara. Hanya buat seketika aku dapat merasai manisnya iman itu. Sedihnya terasa hati apabila ianya berlaku begitu pantas. Terasa begitu sekejap, sekejap sgt peluang yg Allah berikan. Meskipun begitu, aku sedar bahawa aku jugalah punca nikmat itu hilang. Mungkin kerana ketenangan telah digapai, Allah telah pun dilupakan. Aku tahu aku telah berbuat silap. Aku tidak menghargai nikmat-Nya. Aku ini hanya manusia biasa yg mudah terlupa. 'Ampunkan aku, Ya Allah! Aku telah melupakan-Mu. Tariklah aku kembali ke dalam dakapan kasih dan cinta-Mu, Ya Allah.'
Benarlah kata orang, mereka yg beriman dgn mereka yg tidak memiliki iman sgt berbeza. Aku sendiri dpt merasai kelainan sikapku di dua situasi ini. Tetapi, ini tidak bermakna sekarang aku tidak memiliki iman, cuma kini imanku lemah berbanding dulu di saat imanku lbh mantap drpd biasa. Aku tetap bersyukur kerana diberi peluang itu. Bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merasai nikmat-Nya walaupun hanya untuk seketika. Terima kasih, Ya Allah. Alhamdulillah...