Alif berusia 17 tahun. Dia mempunyai seorang ibu berusia 50 tahun dan seorg kakak. Kakak Alif telah melanjutkan pelajaran ke universiti tempatan. Setiap cuti semester, dia akan pulang ke rumah untk menghabiskan masa bersama-sama keluarga. Namun, kepulanagn kakak ke rumah akan menimbulkan pentengkaran di antara kakak dan ibu hingga membuatkan Alif berasa tidak senang duduk. Ada saja masalah yg akan diutarakan. Masalah itu berpunca disebabkan sikap kakak yg sukar untk menerima kelemahan ibu.
"Ibu ni! Susahnya ibu nak paham! Penat kakak cakap byk kali!"
Ibu lebih senang berdiam tatkala menerima tempikan sebegitu. Jika ibu terlalu sedih, dia cuma akan berkurung di bilik. Alif yg sering melihat situasi ini berasa sedih terhadap perbuatan kakak kepada ibu. Namun, dia hanya mampu melihat kerana dia tiada lagi kekuatan untuk menegur kakaknya. Dia juga bimbang sekiranya kakak akan menjadi anak derhaka!
Pada suatu hari, Alif telah membuat satu rancangan terhadap kakak dan ibunya. Dia menyuruh mereka keluar membeli-belah berdua. Di pasaraya, segala barang yang kakak inginkan ibu turuti. Betapa kasihnya ibu terhadap kakak biarpun kakak pernah menyakiti ibu.
"Ibu selalu suruh ibu buat ni, buat tu! Penat tau tak! Alif tu buat apa je?!" kakak melepaskan geram dihati.
"Kakak, kakak satu-satunya anak perempuan yg ibu ada. Alif tu lelaki, takkan nak harapkan dia buat kerja rumah," balas ibu lembut.
Alif yg kekal menjadi pemerhati menggeleng lemah. Hatinya berombak geram. Kesal dgn sikap kakaknya itu. Fikir Alif, selepas mereka kembali dari membeli-belah, kakaknya akan insaf. Namun, harapannya musnah. Alif mendekati kakak. Ibu sudah masuk ke dalam bilik. Menenangkan diri agaknya. Alif memulakan bicara.
"Kakak. Kenapa kakak marah ibu macam itu?" kakak hanya menundukkan kepala. "Kecik hati ibu. Kakak sedar x setiap kali kakak balik mesti gaduh dengan ibu. Kakak dah lupa ke ibu yg mengandungkan kakak sembilan bulan. Beli baju baru. Belanja kakak macam-macam. Kakak dah lupa ke?! Kakak, sedarlah. Ibu dah banyak berkorban untuk kakak. Banyak duit ibu belanjakan masa kakak masuk U tp senang-senang kakak marah ibu! Kakak x pikir ke perasan ibu?! Minta maaflah kat ibu, kak. Sebelum segalanya terlambat"
"Mesti kakak Alif x sempat mintak maaf kan? Sedihnya," potong Muqri.
"Ish kau ni. Cite x habis lg dah potong. Kakak sempat mintak maaf kat ibu. Sejak dari hari tu, kakak dah x marah-marah ibu dah. Happy ending," jelas Atif.
"Ohhh. So, tu je citenya?" Muqri mengangkat kening meminta kepastian.
"A'ah. Tu je. Apa yg aku nak smpaikan ialah hargailah ibu kita. Dia dah banyak berkorban sejak kita dalam perut smpai dah besar panjang macam skrg. Aku harap kau jgn marah-marah mak kau lg eah. Cuba paham masalah dia. Mungkin dia ada sbb x dpt hantar barang kau tu,"
"Insya-Allah. Terima kasih sbb sedarkan aku. Kau lah sahabat dunia akhirat aku. Uhibbukafillah,". Muqri dan Atif berpelukan.