Beg penuh berisi buku teks dibetulkan kedudukannya di atas bahu. Baldi yang diletaknya tadi diangkat semula dengan tangan kanan. Tangan kiri pula memegang baju yang telah kering setelah seharian dijemur.
Subhanallah meniti bibir setiap kali kaki menjejak satu anak tangga. Rugi kalau tak ambil peluang berzikir. Penuhi hari dengan zikrullah. Itu azamnya.
Akhirnya, sampai juga ke tingkat atas blok asrama. Tapi perjalanan belum berakhir lagi. Dia belok ke kanan. Langkah diteruskan melalui tandas kemudian melintasi dorm Suyuti dan dia berhenti setelah sampai ke dorm yang tertulis Fakrurrazi.
Tiada kasut. Mungkin yang lain masih di dewan makan. Tombol pintu dipulas.
"Assalamualaina wa'ala'ibadillahissolihin," ucapan salam buat makhluk Allah yang berada dalam dorm yang kosong itu.
Barang diletak di hujung katil. Beg dilurutkan dari bahu. Songkok yang berada di atas kepala turut diambil dan diletakkan di atas katil. Tali leher yang sedia terlurut mengelilingi leher ditanggalkan. Badan direbahkan ke atas katil.
"Ahhhh. Penatnya," dia mengeliat. Jam di tangan dilihat. 2.30 petang. Ada lagi setengah jam sebelum prep petang.
"Tidur dulu lah,".
^^^^^^^^^^^^^^^^^^
"Atif!!!!!!" jeritan kedengaran. Dorm Fakhrurrazi yang tadinya riuh bertukar sunyi.
"Abang Muqri ok?" tanya junior tingkatan 1.
"Ah.. abang ok," dia senyum memandang junior itu. Astaghfirullah, mimpi buruk. Muka diraup. Lengan kiri dibawa ke muka. Pukul 3 petang. Lagi 15 minit. 'Hmmm... duduk masjid lah.' Nak rasa dekat dengan-Nya. Nak tenangkan hati.
Loker dibuka. Jersi berwarna merah jambu bercampur biru digapai. Matanya kemudian terpandang kalender yang digantung di 'softboard' pada pintu loker sebelah kanan.
Hari ini 17 Mei. Sudah seminggu Atif pulang ke rumah. Sudah seminggu Atif tiada di sekolah. Dan seminggu jugalah Muqri sendiri tanpa Atif. Keluhan perlahan dilepaskan.
Dipandang pula gambar mereka berdua di bawah kalender. Mereka berpelukan. Tangan Atif di atas bahunya dan begitu juga dia. Ceria.
"Bila kau nak balik ni, Atif? Aku rindu kat kau. Janganlah sakit-sakit. Nanti aku pun sakit juga sebab kau takde," matanya tidak lepas dari memandang wajah Atif.
Allah. Spontan dia menuturkan nama agung itu. Jiwa tiba-tiba berasa tenang. Ibarat ada aura positif yang mengalir tatkala dia mengucapkan 'Allah' tadi.
"Aku harus kuat. Kita bertemu dan berpisah kerana Allah. Jadi, aku harus kuat. Ni ujian buat aku. Demi Allah. Demi kau, Atif. Aku akan kuat," pintu loker ditutup.
Baju sekolah disalin dengan jersi. Beg diambil sebelum melangkah keluar dari dorm. Dia harus kuat! Langkah diatur. Menuju ke arah kekuatan yang didambakannya. Masjid, here he come.
Buat sementara waktu, mimpi buruk tadi dilupakan oleh Muqri.

^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
Wajah itu ditatap dalam-dalam. Kacak. Biarpun tak sekacak rakan-rakan mereka yang lain, tapi wajah itu cukup kacak bagiku. Punya lesung pipit di sebelah kiri. Manis. 'Lesung pipit cacat' merupakan gelaran yang diberikan oleh rakan kelas kami kerana hanya terdapat di sebelah kiri.
Berkulit sawo matang. Rambut terpacak-pacak. Songkok? Jangan haraplah nak tengok dia pakai sehari suntuk. Masa perhimpunan je terpaksa korban sikit penyekkan rambut tu. Itupun sebab nak selamat daripada kena marah dengan pengawas atau cikgu disiplin.
Tapi itu semua dulu. Sebelum orang yang berada di dalam gambar itu berkawan rapat denganku. Selepas itu, songkok sentiasa ada di atas kepala. Rambut pun sentiasa dirapikan. Cuma ketika hari yang dibolehkan tidak memakai songkok iaitu ketika adanya masa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan saja dia akan kembali dengan rambut pacaknya.
Melukis. Itu hobinya. Untung saja dia punya tangan yang sememangnya berbakat dengan seni. Berbanding dengan aku, seni semestinya bukan bidang yang aku sukai. Minat itu mungkin ada, tapi disebabkan aku tidak punya bakat melukis, aku jadi serik kerana lukisanku asyik tidak menjadi.
Kuat merajuk budak sorg ni. Penat kadang nak layan. Suka sangat buat aku rasa macam tengah cakap dengan tiang. Tapi aku tak boleh nak salahkan dia sebab aku tau dia merajuk pun sebab salah aku. Salah apa? Itu aku tak tau. Kadang pening gak sebab rasa macam tak buat apa-apa salah tau tau je dia merajuk.
Aihh.. rindunya dengan dia. Walaupun kadang2 rasa 'annoying', dia je lah kawan yang paling memahami. Paling 'caring'. Paling yang sentiasa ada untuk aku. Agaknya sekarang dia tengah buat apa eh? Dia rindu aku tak?
Gambar diletakkan semula di atas meja. Sabar ye. Tak lama lagi kita jumpa tau. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Aku menguap kepenatan. Segera aku tutup mulut dengan belakang tangan kiri. Selimut aku tarik menutupi badan. Harap dapat jumpa Muqri dalam tidur.