Tuesday, 30 December 2014

INDAHNYA IMAN 9

"Weh, kau nak dengar cite aku tak?"

"Hmmm.. cite apa?"

"Ada satu hari tu, aku mimpi kau, weh. Time kau takde kat sekolah."

"Ala.. biasalah tu. Kau rindu aku sebab tu kau mimpi aku."

"Tapi en.. aku mimpi kau...... aku mimpi kau dah... urmm.. dah meninggal."

Tersentap. Automatik terhenti bacaan Atif. "Alah.. mimpi mainan tidur lah. Kau tidur time tu pukul bape?"

"Tengah hari. Lepas balik sekolah."

"Patutlah pun kau mimpi macam tu. Time tu kan banyak syaitan. Saje lah tu dorg nak kacau kau."

"Hmmm.. mungkin."

Macam manalah Muqri boleh mimpi macam tu? Allah nak bagi petunjuk ke dekat dia yang aku memang tengah menginjak ke alam itu? Takpe, buat masa sekarang ni senyap je dulu. Biar takdir yang menentukan segalanya.

*****

Matanya menatap kertas keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya. Tempat kelima. Alhamdulillah. Walaupun merosot tapi aku dah cuba yang terbaik. Tak wajar untuk aku bersedih sebab ni semua Allah dah takdirkan. Aku kena redha dengan keputusan ni. Silap aku mungkin kerana dosa bertimbun-timbun. 

Atif berpaling pula memandang Muqri di sebelahnya. "Tahniah! Suka lah tu dapat kalahkan aku."

"Mana ada. Alah, takat beza satu baik tak payah. Aku nombor empat kau nombor lima. Sweet kot.. haha."

"Takde maknanya nak sweet-sweet. Sape dapat nombor satu eh?"

"Tu." Jarinya menghala ke belakang. "Si mujahidah Islam kat belakang tu."

"Huh? Iffah? Asal panggil mujahidah Islam?"

"Saje. Dia tulis atas meja dia nak jadi mujahidah Islam."

"Ohh. Eh, jap. Macam mana kau tau? Kau usha dia, eh?"

"Lawak pe. Takde makna nak usha-usha lah. Kan tak elok pandang perempuan lama-lama. Nanti berdosa. Zina mata, zina hati nanti sume boleh datang. Kau kan yang pesan aku macam tu."

"Haha... aku test je. Lek ah." Cakap pasal perempuan tiba-tiba aku teringat pasal surat hari tu. Nak bagi tau Muqri ke tak eh? 

"Weh, kau pernah terfikir tak apa perasaannya kalau selalu dpt markah rendah?"

"Peliknya soalan." Tertutup dah niat nak cite pasal tu. Lain kali jelah.

"Takde ah. Kita kan macam dah biasa dah result best-best en.. just wondering kalau dapat teruk."

"Pada pandangan aku, bila kita selesa sangat ada kat atas, sekali kita terjatuh, kita akan jatuh dengan kesakitan yang amat sangat. Sebab apa? Sebab kita selesa sangat. Tak pernah nak rasa sakitnya jatuh. 

Tapi, kalau kita selalu sangat jatuh, bila kita jatuh lagi pun kita akan cool je. Sebab dah biasa en. Alah bisa tegal biasa bak kata peribahasa. Tapi kalau jatuh selalu pun bahaya jugak sebab nanti boleh jadi cedera parah. So, kita kena bangkit daripada jatuh tu dan berusaha untuk berada di atas.

Apa yang paling aku suka ialah apabila kita berada di atas, biarlah sesekali kita rasa sakitnya jatuh. Supaya nanti, kita akan lebih berusaha untuk bangkit dan menjadi lebih baik. Kalau duk konsisten je kat atas, mcm mana nak ada perubahannya. Pahe dok?"

"Faham... tapi macam tak menjawab soalan je tu."

"Jawapan ada lah dalam bebelan aku tu. Kalau kau pandai kau jumpalah jawapannya, kalau tak.. rasanya aku yang layak dapat nombor empat tu. Haha."

"Eleh. Poyo je. Taulah aku ni rezeki je dpt kalahkan kau."

"Aku tak cakap pun, eh. Takdir lah kau kalahkan aku kali ni. Aku redha pe."

"Bagus. Kalau macam tu bolehlah aku kalahkan kau selalu."

"It will not gonna happened again. Seriously!"

Tuesday, 16 December 2014

DEMI KENANGAN

Tangan berhenti berlari di atas sketch book tatkala bahu disentuh dari arah belakang.

"Jom rehat." Ceria suara empunya tangan itu mengajak.

Sketch book ditutup lalu ditarik dari tembok kaki lima bangunan kelas mereka itu. Pensel disangkutkan pula di telinga. Langkah diambil mengekori sahabat itu yang terlebih dahulu menuju ke kantin. 

Allah. Terlupa pula. "Asyraf! Kau pergi dulu. Aku nak ambil songkok jap." Berlari-lari anak dia menuju kembali ke kelas setelah mendapat isyarat ibu jari daripada Asyraf.

Dicapainya songkok di atas meja lalu bergegas keluar. "Allahuakbar!" Tangannya mengurut-urut dada. Terkejut dia melihat Asyraf di tepi pintu kelas. Asyraf hanya tersenyum segaris memandangnya.

"Kenapa tak pergi dulu?" Mereka berjalan beriringan.

"Saja nak tunggu kau. Lagipun aku dah suruh Im dengan Arif jaga tempat kita."

"Ohh.." 

Imran, Arif, Asyraf dan dia. Selalu bersama, selalu berempat. Kebetulan pula kelas sama, blok asrama sama tapi perangai saja macam-macam jenis. Tapi kepelbagaian itulah yang membuatkan mereka masih lagi bersama.

"Kau lukis apa tadi?" Izzuddin tersentap daripada lamunan.

"Adalah... rahsia."

"Hek eleh. Nak rahsia-rahsia pulak. Bla ah.."

"Suka hati ah. Aku punya. Bukannya kau punya."

"Fine." Ringkas saja dibalasnya. Sunyi suasana antara mereka tanpa sebarang perbualan sehinggalah tiba di kantin. 

"Pergi mana? Kenapa lambat sangat?" Imran bersuara setelah Asyraf dan Izzuddin mengambil tempat mereka.

"Budak ni ha." Muncung mulut Asyraf menghala ke arah Izzuddin. "Pergi ambil songkok jap."

"Eh, Iz. Mimpi apa kau pakai songkok ni?" Arif meletakkan sepinggan nasi goreng di atas meja. Bismillah ditutur perlahan sebelum sesudu nasi dimasukkan ke dalam mulut.

"Biarlah dia. Nak jadi baik sikit hari ni. Kita sebagai kawan kenalah sokong, kan? Semoga istiqamah ye, Iz" Bahu Iz di sebelah ditepuk perlahan. Toya aje reaksinya. Asyraf mula bangun untuk membeli makanan. "Nak makan apa, eh? Iz, makan nasi nak?"

*****

"Keputusan SBP ngan MRSM dah keluar, kan? Kalau dapat, korang pergi tak?" 

Asallah aku tanya soalan ni time tengah-tengah hari buta ni. Tengah lapar kot, itu yang keluar soalan luar sillibus ni. Izzuddin memegang perutnya. Perut dah selesai mencerna nasi goreng yang dimakan ketika rehat tadi, itu yang berbunyi semacam je. Dewan makan, here we come. 

"Kalau dapat, aku pegi." Yakin je Imran menjawab.

"Aku istikharah dulu, kot. Tapi aku harap tak dapat. Takut hati berubah nak pindah pulak nanti." Balasan Asyraf lebih kepada stay. Tak nak tinggalkan diaorg ni. Sayang kot Maahad.

"Aku tak tau lah. Istikharah jugak kot. Tapi nak pergi Intergomb, nak jumpa someone kat sana. Hehe.." Arif ni lah... nak pindah sebab tu je? Tak matured betul. Tapi mesti akan ada sebab yang lain untuk menyokong sebab yang satu ni untuk dia pindah. 

Asyraf berpaling kepada Arif. "Tak yah lah pindah, weh. Siapa nak duduk dengan aku nanti?" Dah tiga tahun jadi deskmate, mesti akan rasa lain kalau orang lain yang menggantikan tempat itu.

"Kau ni buat aku tak nak pindah pulak." Serba salah pula Arif dibuatnya. Dia pun sayang nak tinggalkan deskmate dia ni.

"Baguslah tu. Stay eh. Kita stay sesama."

"Haha.. tak janji. Tengoklah dulu." 

Izzuddin hanya memerhati gelagat sahabatnya. Akankah hanya tinggal aku di sini? Akan pergikah permata-permata Maahad Hamidiah ini? Tegarnya mereka meninggalkan bumi ulama' ini. Tidak teringinkah mereka untuk melakukan sesuatu di sini? 

*****

Izzuddin melangkah laju meninggalkan Imran, Asyraf dan Arif. Dia tidak mampu lagi untuk menahan perasaan sedihnya. Kenyataan itu sangat pahit untuk ditelan. 

"Iz, aku rasa kau kena cari deskmate baru lah." Tangan Imran masih lagi ligat membuat nota.


"Huh? Asal pulak?"

"Minggu depan aku dah takde dekat sini."

"Weh, lawak apa... kau nak pindah sekolah lah ni? Sampai hati kau nak tinggalkan aku."

"Kan aku dah kata, kalau aku dapat tawaran aku pergi."

"Huh.. Asyraf dengan Arif dah tahu belum?"

"Dah. Diaorang pun nak pindah kot."

"What?! Sampai shadid hati kauorang tak bagitahu aku. Macam nilah, en. Nak pindah tinggalkan aku sorang-sorang bukannya nak bagitahu."

"Sebab kitaorang tak nak kau jadi macam ni. Kitaorang tak nak kau sedih."

"Dah tu kau fikir lepas korang pergi aku tak sedih la? Kauorang buat macam ni lagi aku sakit hati tau."

"We're sorry." Izzuddin mengelak apabila tangan Imran cuba meraih bahunya.

*****

Today is the day. Hari di mana mereka akan tiada lagi di sisi. Hari inilah permulaan cerita hidup tanpa mereka di sisi. 

Lukisan gambar mereka berempat ditarik keluar dari plastik yang membaluti meja. Setiap daripada mereka telah mendapat sehelai salinan lukisan ini. Ini merupakan hasil kerjanya sejak dari awal tahun lagi. Cuma dia tidak menyangka lukisan itu akan menjadi kenangan terakhir buat mereka. 

Dah lah, Iz. Kau kena relakan mereka pergi. Biarkan mereka mencapai cita-cita dan impian mereka. Kau di sini masih boleh mendoakan mereka. Jangan biarkan mereka luput daripada doa dan ingatan kau, Iz. Ingatlah segala kenangan yang telah kamu cipta bersama. Mereka akan sentiasa ada dekat di dalam hati kau. Yakinlah!

"Izzuddin!" Dia tersedar daripada lamunan. "Cuba tengok budak baru yang nak masuk kelas kita itu." Dia melihat ke arah luar kelas yang ditunjukkan Farhan, ketua kelas mereka.

Tanpa sebarang kata, dia terus meluru ke arah mereka. Pelukan diberikan seerat-eratnya. Air mata mula menitis tanda tidak percaya. Budak baru apanya. Saja je Farhan ni.

"Kata nak pergi! Asal ada lagi dekat sini?" Asyraf hanya tersenyum mendengar pertanyaan itu. 

"Kitaorang tak sampai hati nak tinggalkan kau." Arif menepuk-nepuk bahu Izzuddin.

"Sayang lah dekat Maahad. Sayang jugak dekat kau." Imran menggosok-gosok rambut Iz menjadikannya tidak terurus. 

"Nak buat lebih banyak kenangan berempat. Tiga tahun tak cukuplah. Extend lagi dua tahun sampai kita form 5, eh. Jom group hug lagi." Asyraf mendepakan tangannya. Mereka turut menyambut dengan hati yang berbunga-bunga.

Kisah mereka pun bersambung hinggalah ke tingkatan lima. Demi kenangan yang telah tercipta dan yang akan tercipta, mereka masih lagi bersama. And will last till Jannah, Insya-Allah.


*cerita ini hanyalah rekaan semata-mata..takde kaitan antara yang hidup ataupun yang mati*

Friday, 12 December 2014

INDAHNYA IMAN 8

"Astaghfirullahaladzim~" Terkejut melihat kelibat seseorg di katilnya setelah kembali daripada mandi. "Atif!!" Dipeluknya erat insan itu.

"Muqri... Sehat?"

"Sakit tau tak. Dah lah tinggalkan aku tak bagitau. Tau-tau lesap camtu je. Lama pulak tu. Sampai hati kau tinggalkan aku sorg-sorg. Bla ah kau." Mulut mencebik tidak puas hati.

"Ala..sori ah. Aku pun tak sangka lama mcm ni. Asif jiddan. Lagipun mana ada aku tinggalkan kau sorg, Allah ada apa."

"Hmmm.. yelah." Muqri melabuhkan duduk di atas katil. "Bila sampai ni?"

"Tengah hari tadi time korg kat sekolah. Aku duk lah sensorg kat dorm tu."

"Sape sruh tak pergi sekolah. Padanlah muka kena duduk asrama sensorg." Lidah dijelirnya.

"Hek eleh.. biarlah." Atif bangun lalu membuka loker Muqri.

"Hei! Apa bukak loker org sesuka hati ni?"

"Ala~ Bukan dulu selalu buat ke?"

"Bukaklah. Acah je." Muqri mengoyak senyum. "Asal kau balik hari tu, eh?"

Atif tersentap. Tangannya terhenti dari membelek makanan kepunyaan Muqri. "Urmmm... aku tak sihat sikit time tu."

"Tapi asal lama sgt cutinya?"

Wajah Muqri dipandang sekilas. "Ada hal keluarga." Tangannya mencapai biskut. "Aku amik ni, eh." Biskut itu dihala ke arah Muqri. "Terima kasih. Aku balik dorm dulu. Nak study. Bye, assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam." Perlahan salam itu dibalas Muqri. Peliknya Atif ni. Tetiba je mcm nak mengelak. Aish.. tak baik buruk sangka. Entah-entah memang betul dia nak study. Hmmm..harapnya begitulah.

*****


"Huarghhh.. " Tangan kiri menutup mulut. Badan diregang-regangkan. Sakit badan tidur beralaskan lengan atas meja kaju ni. Mata memandang Atif di sebelah. "Kau tak tidur ke dari tadi?" 

"Nope." Tangannya masih ligat membuat latih tubi. Hampir dua jam dia begitu sejak dari habis waktu rehat hinggalah sekarang. Dia mengambil kesempatan ketika guru tidak masuk ke kelas untuk 'cover' pelajaran yang tertinggal ketika dia bercuti dulu. Masakan tidak, peperiksaan pertengahan tahun bermula minggu hadapan.

"Rajinnya kau."

"Periksa minggu depan, weh. Aku byk tertinggallah."

"Kalau tak faham pape tanyalah aku."

"Insya-Allah. Setakat ni aku ok lagi. Baca buku dah boleh faham sikit."

"Opss..lupa pulak. Kau kan budak pandai. Tak yah aku ajar pun takpe." Muqri tersengih tanda mengusik.

"Mana ada... nanti aku mintalah kau tolong ajar aku. Takyah nak buat ayat rendah diri sgtlah. Menyampah." Dia ketawa. 

Mulut menguap lagi. Lantas tangan kiri digerakkan untuk menutup mulut. "Cikgu tak masuk kelas sampai balik, kan?"

"A'ah"

"Aku nak sambung tidur lah."

"Tidur aje budak ni." Kepala digeleng perlahan.

"Belajar elok-elok. Belajar sebab Allah tau. Bukan sebab periksa." Dengan mata terpejam Muqri meninggalkan pesan.

Atif tidak membalas. Namun otaknya ligat mencerna nasihat itu. Kita ni hamba Allah, bukannya hamba periksa. Jadi, belajarlah kerana Allah. Bukan semata nak dapatkan keputusan yang cemerlang sahaja.

Orang yang berilmu itu lebih baik daripada ahli ibadat. Tapi, orang yang BERAMAL dengan ilmu tu lebih baik daripada orang yang berilmu tetapi tidak beramal.

Kalau kita hanya belajar disebabkan periksa, ilmu itu akan hilang selepas periksa. Tapi kalau kita belajar kerana Allah dan ingin beramal dengannya, insya-Allah selepas periksa pun kita masih lagi akan ingt sbb kita nak beramal dgn ilmu tu.

Tapi, kita wajib juga bersungguh-sungguh untuk berjaya. Supaya nanti masyarakat akan turut memandang tinggi kepada Islam. 

Oleh itu, Jadilah kita hamba Allah, bukannya hamba periksa.

*****


"Eh, surat apa ni?" Tangannya mencapai surat dari bawah meja. 

Niatnya datang ke kelas petang ni untuk mengosongkan bawah mejanya kerana peperiksaan akan bermula esk. 

Tidak sangka pula dia akan terjumpa dengan benda seperti ini. Ya Allah, jauhkanlah aku daripada segala perkara yang boleh memudaratkanku. Peliharalah aku, Ya Allah.

Tuesday, 2 December 2014

MINAT, SUKA ATAU CINTA ?

Ammar Ezuddin. Orangnya baik, alim, pandai, 'good-looking', famous, lagi... hmmm... macam-macam lagi lah. Akademik dengan kokurikulum dua-dua dia aktif dan berjaya dengan cemerlang. Saya ulang lagi sekali, CEMERLANG. Senang cite dia ni mcm perfect guy la. 

Saya, Syarifah Khayra. Panggil je saya Ira. Hanya seorg pelajar yang biasa-biasa. Takde lah pandai sangat tp pandai jugaklah. Kokurikulum pun takde lah asyik menang je macam Mr. Perfect tu. I'm just a normal girl. Nak kata lawa pun, rasanya ramai lagi kawan-kawan yang lagi lawa. Dalam erti kata mudahnya, saya ini hanya pelajar yang tidak terkenal dan low-profile. I'm quite proud of it, actually.

Kami sekelas. Di dalam kelas yang indah lagi bahagia bersama teman-teman tercinta. Masing-masing ada ragam dan perangai yang tersendiri. Baik puteri atau putera, masing-masing saling melengkapi dan mewarnai hidup masing-masing. Ada yang comel, ada yang hensem, ada yang pendiam, ada yang... ok cop! Cerpen ni bukan nak bukak hikayat pasal kelas. Harap semua maklum, ye. 

Okay, again. Kami sekelas dan dalam diam saya ada lah sikit perasaan dekat die. Perasaan apa? Please, don't ask. Bukan saya je yang minat dekat die, ramai je lagi. Maklumlah, budak famous kan. Even senior pun kenal je dengan dia. Dan saya pun meneruskanlah hidup sekelas dengan dia tanpa bagitau sesiapa pun pasal perasaan saya ni. Malulah kalau orang tau. Tak pasal-pasal kena bahan. 

Walaupun kami sekelas, kitaorg tak pernah berborak pun. Duduk buat kerja masing-masing je. Padahal duduk selang satu dua meja je. Tapi takpe, saya faham yang dia ni alim. Takkanlah nak borak kosong ngan puteri kot. Sampailah satu peristiwa ni.

"Hoi, senyaplah!" Saya tersentap. Mulut automatik terkunci. Pakcik jiran depan ni marah aku? Berani pulak si Adli ni. Malu dan marah bersatu dalam hati. Fuh! Sabar, sabar.

"Sorry." Kepala saya letak di atas meja berlapikkan lengan. Seego-ego saya pun kena akui jugak salah saya sebab bising sangat. Tapi yang tak puas hatinya, hari ni semua orang nak marah saya. Fed up, pulak. Tadi dengan Aina si deskmate, sekarang Adli pulak. Kalau dilayan, makin membara hati. Mata ditutup. Ingin melarikan diri ke alam mimpi.

Huarghh! Mata dipaksa buka. Pandangan terasa kabur. Kelibat rakan sekelas meninggalkan kelas samar-samar kelihatan. Sekarang ni masa Sains, jadi diaorg mesti nak pergi makmal. Saya masih lagi tidak berganjak dari kerusi. Mengambil masa untuk menghilangkan mamai. Tangan meraba mata. Awat banyak benar tahi mata ni? Tangan menggaru-garu mata yang tetiba gatal. 

"Khayra!" Aku pandang ke arah suara itu. Eh, Ammar la. "Kau sihat tak?" Dia bertanya sambil tangannya sibuk mengeluarkan buku Sains dari bawah meja.

Saya kehairanan. "Huh? Aku ok je. Asal tanya?" Saya pun mula bersiap untuk ke makmal.

"Takde lah. Nampak mata kau merah semacam. Macam sakit mata je."

"Yeke?" Aku bergerak untuk melihat cermin di belakang kelas. "Ha'ahlah. Merah." Hujung mata ditekan-tekan berulang kali. Sakit. 

Ammar masih lagi ditempatnya. "Aku rasa kau sakit mata ni. Better kau duduk kelas je. Takut berjangkit pulak dekat orang lain. Aku keluar dulu, eh. Nak bagitau cikgu pasal kau. Jaga diri." Dia berlalu keluar dari kelas.

Saya melangkah ke tempat duduk. Masa sakit-sakit macam ni kalau orang yang kita minat tegur kita pun dah takde rasa apa dah. Fikir pasal sakit kita je. Huhu, macam mana ni? Periksa pertengahan tahun mula lusa. Sakit mata bukannya kejap. Huarghh! Tak nak balik! Mata mula berair dan beberapa minit kemudian saya terbang ke alam fantasi.

"Ira! Ira!" Badan terasa digoncang-goncang. Suara ibu tu. Ada gempa bumi ke? Mata masih lagi tertutup rapat. "Bangunlah...solat zohor." Serta-merta mata dibuka. Allah. Tak solat lagi rupanya. Itulah, tidur qailullah kononnya sampai terlajak. Mimpi rupanya pasal peristiwa tu. Rindu ke apa smpai masuk mimpi.

Alhamdulillah. Mata dah sihat. Esok dah boleh balik sekolah. Langkah diatur untuk menunaikan solat.

**********

"Assalamu'alaikum." Salam dihulur sambil kaki melangkah masuk ke dalam kelas. 

Sahabat sekelas semua berpaling ke arah saya. "Ira! Dah sihat?" Bertalu-talu suara menyergah saya. 

Beg diletakkan di kerusi. "Alhamdulillah. Macam mana peksa? Ok tak?" Saya bertanya setelah selamat duduk. 

"Hmmm.. ok je. Macam biasalah. Ada yang susah ada yang senang." Nisha, penolong ketua kelas menjawab.

Saya mengangguk. Kepala yang dari tadi menghadap ke belakang dihalakan ke depan. Ammar baru je masuk ke dalam kelas. Bibir secara tiba-tiba mengoyak senyum. Berbunga pula hati. Astaghfirullah.. mata terus mengalihkan pandangan. Zina mata dan hati pulak kalau lebih-lebih ni.

"Terima kasih, Ammar tolong aku hari tu." Ayat tu kedengaran dalam hati je. Mana boleh cakap depan-depan. Malu!

Saya mencuri-curi pandang Ammar ditempatnya. Dia tengah buka Al-Quran. Saya menyiku Aina di sebelah. Aina memandang saya sambil mengangkat kening. Kehairanan agaknya.

"Tengok tu." Saya menunjuk ke arah Ammar. Mata Aina mengfokus ke arah itu.

"Hmmm..baiknya die. Pagi-pagi lagi dah buat benda berfaedah. Baguslah tu." Balas Aina sebelum kembali membuat kerjanya. Kerja apa pagi-pagi ni? Pertanyaan itu saya biarkan tidak berjawab.

"Ni tak boleh jadi ni. Esok nak bawak Al-Quran jugak la. Nak baca time free mcm ni. Drpd buat benda lagha baik baca Al-Quran. Die ni mmg boleh jadi Qudwah Hasanah lah. Kagumnya~"

Aina berhenti dari meneruskan kerja. Dia memandang saya dengan sengihan yang tidak boleh ditafsirkan.

Saya dapat rasakan sesuatu. "Kau suka Ammar, eh?" I knew it. Dah dapat agak dah yang dia mesti nak cakap pasal benda ni.

"Mana ada! Kita just cakap je yang die ni boleh jadi qudwah hasanah. Bukannya kita kata kita suke dia pun. Buat fitnah pulak." Saya cuba tidak bertentang mata dengan Aina.

"Yelah tu." Aina kembali dengan kerjanya bersama dengan sengihan yang tidak memudar.

Saya menongkat dagu. Memandang kosong papan putih di hadapan kelas. Teringat satu 'quote' ni, "Cinta yang sebenanrnya ialah cinta yang membawa kita ke syurga. Mana-mana cinta yang membawa kita ke neraka, itu bukan cinta namanya." 

Dia ni mcm tengah bawa aku ke syurga je. Cintakah? Haha.. lawak pulak fikir macam tu. Ada ke patut. Dia tu bukannya ada perasaan kat aku pun. Dia cuma wasilah yang Allah bagi untuk aku jadi baik. Dah! Tak payah fikir bukan-bukan. 


************
"Woi! PT3, woi! Bangun!" Saya hanya tersenyum. Kuat menyakat betul putera kelas saya ni. Barulah nampak kepala pelajar-pelajar kelas 3 Syafie. Mana taknya, dari tadi asyik menunduk je. Tidur! 

Hmmm.. PT3 eh. Pejam celik pejam celik, lagi seminggu je sebelum peksa. Takpe, sikit je lagi. Lepas ni bebas lah. Sekejap je lagi dan kami akan terpisah. 3 tahun bersama dan selama itulah telah banyak suka duka dilakar. We just can't imagine how it's going to be with our new classmates.

Tapi saya yakin dengan hadith Rasulullah mengenai 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya. Salah satunya ialah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, bertemu dan berpisah kerana Allah. 

Jadi, kerana Allah saya kena reda menghadapi perpisahan ini. Biarlah jauh di mata, asal dekat di hati. Ada juga di dalam doa, insya-Allah. 

Nanti Ammar pun mungkin tidak sama sekolah lagi. Dengar cerita, katanya dia nak pindah sekolah. Saya mendoakan yang terbaik untuk dia. Bila difikirkan balik, bagus juga kalau dia pindah. Senang saya nak jaga hati. 

"Ba!" tepat di telinga saya suara itu berbunyi.

"Cekodok makcik! Hei budak ni, memang makcik betullah." Terkejut punya pasal habis keluar perkataan cekodok. Nasib baik tak mencarut. Alhamdulillah, hidup lagi. Tangan mengurut-urut dada. Buat saya sakit jantung betullah Aina ni.

"Haha. Itulah, asyik termenung je. Orang panggil dari tadi tak menyahut. Fikir pasal sapa? Ammar?" Terus berpaling maut saya menghadapnya.

"Lawak apa! Buat apa nak fikir pasal die." Saya menafikan andaiannya. Saya mula menukar topik, "Tadi kata banyak kali panggil kita. Nak apa?"

"Ni. Nak mintak jawabkan soalan ni. Tak faham sangatlah." Jari teluntuk Aina menghala ke soalan di dalam buku latihan Sains.

Saya menarik buku itu dari tangannya. "Rajinnya kawan aku ni. Kita tak revise Sains lagi kot." Soalan itu saya baca dan cuba fahamkan. Ohh, pasal tajuk elektrik ni.

"Kau kalau tak study pun takpe. Dah pandai dah."

"Pandai pun kalau tak study tak guna gak. Dah dapat jawapan. Ni jawapannya." Buku latihan itu saya hulurkan kembali. Sedikit penerangan diberikan supaya Aina lebih faham perihal soalan tu.

"Kan dah kata. Tak study pun bleh jawab."

"Apa-apa jelah."


***********
"Ira. Nak tengok gambar ni boleh?" Farisya, si roommate memegang frame gambar di atas meja belajar. 

"Amiklah."

"Mana kau? Tak cam lah." Dia bergerak ke katil mendekati saya. 

Saya mengamati gambar itu. Gambar ketika tingkatan 3. Gambar terakhir sebelum cuti akhir tahun dengan semua classmates. Sekarang saya dah jadi first year student di salah sebuah universiti di Netherlands. Cepatnya masa berlalu.

"Ni lah." Saya menunjuk pada hujung kiri barisan hadapan. "Comel tak kita time form three?" Saya menyengih memandang Farisya.

"Comellah. Tp sekarang lagi comel kot sebab rasa macam sekarang kau lagi gemuk je. Haha."

"Oklah tu. Kau tahu tak? Daripada dulu kita selalu je cakap dengan dorg ni kita nak gemuk. Tak nak lah jadi keding. Tak sedap orang peluk." Pergelangan tangan disentuh. Mmg ada sedikit perubahan daripada dulu. Kalau dulu takde lemak, sekarang ada lah sikit.

"Dalam banyak-banyak kelas kat sekolah, asal kau bawak gmbr kelas ni eh? Nape tak bawak gmbr time form 5 ke?"

"Banyak kenangan dengan dorg ni. 3 tahun kot sama-sama. Dari form one smpai form three. Mana tak sayang lebih. Rasa mcm adik beradik dah."

"Asal tak tukar kelas?"

"Mangsa pbs. Time form 1 kitaorg x buat peksa, just buat pbs je. So, cikgu nak nilai ikut kedudukan pun x bleh. Dan setialah kami selama 3 tahun even time form two dah ada peksa balik. Gitulah citenya."

"Ohh." Farisya mengangguk tanda faham. "Time sekolah menengah kau takde ke sape-sape yang kau suka?"

Bibir mengoyak senyum. "Fitrah en perasaan suka tu . Ada ramai yang kita minat senanya tp tu semua biasa-biasa je. Jadikan dorg qudwah hasanah." Saya memandang Farisya. Dia pun melentokkan kepala di atas bahu saya. Macam tau-tau je panjang lagi ceritanya.

"Tapi ada sorg ni, kita pun tak pastilah suka ke minat ke sebabnya perasaan tu bercampur baur. Kadang suka, kadang benci, kadang kagum, kadang minat. Macam-macam lah. Tapi most of it perasaan kagum je. Cuma ada ketika datang rasa suka. Lepas tu benci pulak. Pening dengan hati sendiri. Untungnya, semua rasa ni saya sedar bila dia dah takde. Dia dah pindah sekolah dekat Klang dan begitulah ceritanya." Saya menjeling Farisya di sebelah.

"Sori Risy kalau buat kau ngantuk." Saya menepuk-nepuk bahu Farisya.

"Takde lah. Best dengar life story orang. Apa yang kau rasa sume." Kepalanya diangkat. Gambar kelas saya ditatap oleh Farisya. "Dia ada dalam gambar ni tak?"

Saya senyum. "Ada."

"Ye ke? Yang mana?" Bersemangat Farisya menghulurkan gambar itu.

Jari telunjuk saya menghala pada susuk tubuh yang segak bersongkok, duduknya juga sopan tapi tidaklah terlalu skema. He's just nice.

"Nampak baik je. Mana tangnya yang jadi penyebab hang benci kat dia?" Ha, kan dah keluar sekali loghat celop dia tu.

"Kita benci dia bukan sebab dia physically cari pasal ke apa. It's just.. I hate him when I have a special feeling towards him. That's the problem. I know it's kind of err.. but that's the truth."

"It's ok, sis. I understand. Eceh, nak speaking jugak. Hehe." Ketawa meletus. Mana taknya, memek muka dengan gaya cakap Farisya lawak. Setelah ketawa kembali reda, dia bertanya lagi, "Sekarang ni kau masih lagi ada perasaan dekat dia ke?" 

"Kalau disimpan takut nanti kita yang merana. Jadi, kita pun biarkan je perasaan tu berkubur dalam hati ni. Kadang-kadang tu ada lah teringat tapi memang kita cuba elakkan daripada bermimpi nak berdamping dengan dia. Tak layak kot."

"Jangan cakap macam tu. Entah-entah jodoh."

"Tu lain punya hal lah. Sekarang ni kan time belajar, so kenalah bersungguh-sungguh, fokus. Tak mo pikir pasal benda tu. Biar cinta tu datang dengan sendirinya. Study is my priority."

"Betul tu betul." Dah jadi macam gaya Ipin pulak dah. Macam-macam betullah Farisya hari ni. Dia mengambil gambar tadi dari pegangan saya dan meletakkannya kembali ke tempat asal. "Terima kasih bagi tengok gambar. Thanks jugak sebab sudi throwback ngan aku."

"Takde hallah. Jazakillah jugak sebab sudi tadah telinga."

"Kata roommate, takkanlah takat pinjam telinga pun nak berkira. Telinga je pun."

"Huh?! Telinga Jepun?" 

"Hahaha." 

Habis riuh satu rumah dengan ketawa kami.


***********

Muka diraup setelah selesai berdoa. Alhamdulillah, rasanya ini keputusan yang terbaik. Moga Allah reda. Memori pada petang yang hening itu terimbas kembali.

"Khayra, mari sini. Akak ada nak cakap sikit." Langkah saya terhenti setelah mendengar panggilan dari Kak Balqis, kakak naqibah. Baru saja hendak pulang setelah habis aktiviti usrah di taman universiti kami. 

Kak Balqis sudah berkahwin dan telah dikurniakan seorang anak. Dia bekas pelajar di sini dan sekarang dia menetap di sekitar kawasan universiti. Dialah yang membimbing kami, pelajar Malaysia dengan mengadakan usrah dan program-program yang berkaitan. Dia dan suaminya orang kuat persatuan untuk pelajar Islam di sini.  

Setelah selamat duduk kembali di bangku taman, Kak Balqis memulakan bicara. "Khayra ada terikat dengan sesiapa tak?" Saya mengerutkan kening tanda tidak memahami apa yang cuba disampaikan.
"Maksud akak, Khayra belum bertunang kan?" Saya menggeleng. Sememangnya membincangkan perkara ini merupakan biasa dalam kalangan pelajar last year. Walaupun saya dah masuk tahun akhir, tak pernah pula terfikir pasal benda ni.

"Macam ni, suami akak ada beritahu yang ada seorang muslimin ni ingin meminang Khayra selepas tamat belajar nanti. Jangan risau, kamu berdua taaruf je dulu. Kalau berkenan baru kita proceed. Bagaimana?" Lembut je butir bicaranya.


"Ahhh... saya rasa saya kena fikir masak-masak dulu."

"Takpe, akak faham. Ambillah masa untuk pertimbangkan benda ni. Lepas 3 minggu bagitahu keputusan Khayra. Lagi cepat, lagi bagus. Jangan lama sangat, takut tertunggu-tunggu pula muslimin tu. "


"Hmmm.. baiklah kak." Saya bingkas bangun dan bersegera untuk pulang. Degupan jantung terasa tidak menentu. Bibir diketap meminta kekuatan. Ya Allah, tenangkanlah hatiku.


Mesej kepada Kak Balqis ditulis. "Assalamu'alaikum, akak. Saya rasa saya dah ada keputusan tapi saya nak jumpa akak dulu. Bila akak free?"

"Wa'alaikumussalam. Alhamdulillah Khayra dah ada keputusan. Esok petang akak free. Lepas asar kita jumpa dekat taman ye."

"Insha-Allah, kak. Terima kasih." Badan menghempap katil. Tak sabar rasanya ingin luahkan segalanya esok.

************
"Saya dah buat istikharah mintak Allah beri ketenangan kalau org yg meminang tu baik untuk saya. Dah 3 kali saya mohon tapi hati saya masih lagi tak tenang. Saya asyik teringat je pasal kawan lama saya." 

Saya pun cerita segalanya tentang Ammar. Tentang perasaan saya dulu. Kak Balqis setia mendengar tanpa memintas penceritaan saya. Senyuman di bibirnya tidak lekang sejak bertemu dengannya tadi. 

"Saya dah cuba lupakan dia. Saya cuba sungguh-sungguh mintak Allah jauhkan hati ni dari zina hati. Lepas fly, baru saya rasa perasaan tu mula lenyap. Even macam tu pun, saya masih dapat rasa yang jauh dalam hati saya ni ada sedikit ruang untuk dia. Walau sebenci mana pun saya dekat dia, dia still akan ada jugak. Macam kotoran degil lah. Dan sekarang, dia datang balik dalam hati ni. Saya tak tahu nak menerima ataupun tak, Kak Balqis. Kalau ditunggu si dia pun takut itu hanya bisikan syaitan untuk jatuhkan saya ke lembah kebinasaan."

"Hmmm.." Lama Kak Balqis berfikir. "Kalau mcm tu nanti akak bincang dengan suami akak macam mana. Khayra tenang okay. Jangan biarkan benda ni ganggu study Khayra. Kita akan bincang lagi pasal ni. Insya-Allah minggu depan kita jumpa lagi dekat sini, ye." Kak Balqis meraih bahu saya dan dipeluknya erat. 
"Akak yakin Khayra kuat, so buktikan yang Khayra kuat untuk hadapi semua ni. Allah sentiasa ada untuk Khayra. Jangan lupa minta petunjuk dari Dia." Pelukan dileraikan. Bahu saya ditepuk lembut. 

"Terima kasih, kak."

"Tugas akak, jangan risaulah." Saya pun pulang dengan hati yang sedikit lega.

***********

"Maaf akak lambat."

"Eh, takpe. Saya pun baru je sampai." Buku yang terbuka di tangan ditutup. Tangan Kak Balqis saya raih dan menyalamnya.

"Akak dengan suami akak dah bincang." Ujar Kak Balqis setelah duduk di sebelah saya. "Kami rasa better kalau Khayra jumpa sendiri dengan Ammar." Saya memandang Kak Balqis meminta kepastian. Kak Balqis hanya mengangguk. 

Baru perasan sebenarnya, tak lama lepas Kak Balqis sampai suami Kak Balqis ada datang dengan sorg lelaki. So, he's Ammar. Macam mana dia boleh ada kat sini?

Jantung saya terus berdegup laju. Laju yang amat sangat sampai boleh mengalahkan kelajuan kereta formula one.

"Jom duduk dekat meja tu." Ajak Kak Balqis yang sudahpun bangun. Saya masih lagi tidak berganjak. Kak Balqis menarik tangan saya. "Jom."

Akhirnya, saya mengalah. Lemah longlai terasa langkah menuju ke meja yang sudah pun diduduki oleh Ammar dan suami Kak Balqis. Jauh yang hanya 5, 6 meter terasa macam 5, 6 kilometer. 

"Ehem. Assalamu'alaikum, Khayra. Apa khabar?" Tanya Ammar setelah saya duduk di sebelah Kak Balqis.

"Alhamdulillah, sihat." Saya menjawab acuh tak acuh sahaja. Mata hanya menunduk memandang meja. Tak sanggup nak pandang muka Ammar.

"Ada apa-apa ke yang awak nak cakap dekat saya?"

Mungkin Kak Balqis rancang pertemuan ni supaya saya berterus terang dekat Ammar kot. Tapi tak mungkin. Saya tak mampu nak berterus terang. Saya hanya mahu Allah je yang tahu perasaan saya... sekurang-kurangnya buat masa sekarang ni kecuali Kak Balqis dan suaminya dan juga Farisya. 

"Takde."

Ammar mengangguk. Dia diam untuk seketika. Berfikir, mungkin. "Hmmm.. saya nak mintak nasihat daripada awak sebenarnya. Saya ada suka sorg perempuan ni dan saya dah nyatakan niat saya untuk meminang dia tapi dia tolak pinangan saya tu. Saya rasa kecewa sangat. Ada kata-kata untuk legakan hati saya, tak?"

Sejujurnya, hati saya ni dah jadi seperti kertas yg dikoyak-koyakkan bila dia cerita pasal perkara ni. Pedihnya! Sakit yang amat! 

Baru sekarang saya rasa yang saya sememangnya cintakan dia. Cuma hati ini sering menafikan. Mata saya mula bergenang dengan air mata tetapi cuba saya tahan daripada jatuh. 

Saya kuatkan hati untuk menjawab pertanyaan Ammar. "Setiap apa yg kita impikan, tak semua akan jadi kenyataan. Kadang, kita suka meminta benda yang jauh sedangkan di depan mata kita dah tersedia benda tu. Allah knows better. He has another plan for you. A better one. You just need to stay strong and believe." Suara saya tersekat-sekat menahan sebak. 

"Wow! Dalam betul kata-kata awak tu. Saya akan jadikannya penguat semangat saya. Jazakillah sudi legakan hati saya. Semoga awak akan jumpa juga dengan jodoh awak." Dia berpaling pada suami Kak Balqis. "Abang, rasanya sampai sini je lah perbualan kami. Cukuplah sekadar itu sahaja."

Baguslah tu. Saya pun nak cepat-cepat balik. Tak betah lama-lama di sini. Bila-bila masa saja empangan ni akan pecah.

"Kalau kamu dah kata macam tu, dah habis lah nampaknya pertemuan kita petang ni." Balas suami Kak Balqis.

"Khayra kalau nak balik, dah boleh balik dah. Jalan elok-elok, ye." Kata Kak Balqis.

"Terima kasih, kak." Saya bingkas bangun setelah bersalam dengan Kak Balqis. Empangan air mata pun pecah setelah beberapa langkah menjauhi mereka.


**********
Telefon bimbit di atas meja dicapai setelah selesai ber'dating' dengan Pencipta. Mesej dari Kak Balqis.

"Assalamu'alaikum, Khayra. Apa khabar? Lama x dgr berita dari Khayra. Iman sihat?"

"Wa'alaikumussalam, kak. Saya sihat alhamdulillah. Iman makin mantap, kak. Bila ditimpa ujian tu tandanya Allah rndu akan rintihan kita."

"Baguslah klau Khayra masih kuat. Klau Khayra x kesah, akak nak tny blk soal muslimin yg cuba meminang Khayra tempoh hari."

"Boleh je, kak. Knp dgn dia?"

"Dia beritahu kami yg dia masih lg menunggu klau2 Khayra berubah hati. Apa kata Khayra berjumpa je dgn dia dlu. Taaruf je. Klau x berkenan jugak xpe."

Saya berfikir, tak guna menunggu Ammar lagi. Apa salahnya bagi peluang kepada muslimin itu. Saya menaip mesej. "Saya ikut je perancangan akak. Saya pun dah malas nak fikir sgt pasal bnd ni. Saya follow je." 

Dan mesej-mesej selepas tu, menjurus kepada pertemuan dengan muslimin tu.

Farisya muncul dari belakang. Bahu saya disentuhnya. "Dah ok dah?" Peristiwa berjumpa dengan Ammar telah saya kongsikan dengannya. Dia lah yang sudi menjadi bahu untuk menyokong tatkala saya rebah. 

"Alhamdulillah..makin tenang sekarang. We have to realize that our life will not fulfill all our dreams. I just have to keep strong and believe in Him." Saya senyum segaris memandang Farisya.

"Aku sentiasa ada untuk kau tau. Always." Farisya menarik saya ke dalam dakapannya.

***********

Kak Balqis mengajak saya ke rumahnya untuk makan malam. Kami masak bersama-sama sementara tunggu suami Kak Balqis pulang untuk makan sekali dengan kami. Sedang kami sibuk di dapur terdengar pintu rumah dibuka. Salam dari suami Kak Balqis kami sambut. 

"Assalamu'alaikum." Siapa pula bagi salam tu? Macam kenal je suara tu. Saya masih di dapur sementara Kak Balqis keluar untuk menyambut suaminya tadi. Saya tidak mengendahkan suasana di ruang tamu dan kembali melakukan tugas di dapur.

"Siapa tu, kak?" Tanya saya kepada Kak Balqis yang kembali ke dapur.

"Ammar."

"Nape dia ada sekali kat sini?"

"Suami akak saya ajak dia sekali. Dia bukannya selalu datang Netherland ni. Suami akak saje nak borak-borak dengan dia." 

"Hmm." Saya mengangguk.

"Semua lauk dah siap hidang kan? Boleh lah ajak dorg kat depan tu makan."

"Dah. Saya pun lapar nak rasa masakan Kak Balqis." Dari birai dapur muncul Aisyah, anak Kak Balqis. Dia baru berusia 2 tahun lebih. "Aisyah! Meh sini, meh." Saya memanggil Aisyah. Dia datang ke arah saya. Saya pun menangkap dia ke dalam pelukan saya. Dia menjerit kegembiraan. Saya bawanya ke ruang makan.

Sedang kami bermain, muncul suami Kak Balqis bersama Ammar. Saya meletakkan Aisyah di kerusi sebelah saya. Kak Balqis pun duduk di sebelah Aisyah.

"Ammar, baca doa makan." Suami Kak Balqis menyuruh Ammar. Dia akur. Kami mengamikannya.

Saya berbisik kepada Kak Balqis. "Mana muslimin yang kata nak minang saya haritu? Akak kata nak taaruf dengan dia hari ni." 

"Dia ada lah dekat sini."

Saya memandang sekeliling. Hanya ada Ammar je orang asing di rumah ni. "Ammar? Kak Balqis tak payah nak sedapkan hati saya. Saya dah terima hakikat yang dia memang takde perasaan dekat saya." Nasi dikuis perlahan.

"Tu dulu. Lepas saya jumpa awak hari tu saya rasa saya suka awak. Itu yang saya ganti tempat orang yang nak minang awak dulu." Ammar bersuara.

"Saya tak perlukan perasaan simpati awak. And I need more, bukan setakat 'rasa-rasa'. Awak boleh simpan rasa tu sebab saya dah boleh move on sendiri."

"Ammar, sudah sudah lah tu. Jangan bergurau lagi." Tegur suami Kak Balqis. Saya kehairanan. 

"Gurau apa ni? Saya tak faham lah."

"Khayra, dengar sini. Sebenarnya daripada awal lagi yang nak minang Khayra ialah Ammar." Suara Kak Balqis pula memenuhi ruang.
"Time Khayra cerita semua benda kat akak pasal Ammar, akak dapat rasa yang jodoh Khayra memang dengan Ammar... sebab tu akak ajak jumpa Ammar hari tu. Ammar pun sanggup terbang dari UK untuk luangkan masa. Tapi tak sangka pula yang Ammar nak uji Khayra sampai macam tu sekali. Kami ikut je permainan si Ammar ni. Hari ni pun sebenarnya dia yang cadang nak jumpa supaya dapat terus terang kat Khayra." Panjang lebar penjelasan Kak Balqis.

Saya terkedu mendengar penjelasan tu. Perasaan marah bercampur baur dengan gembira.

"Saya minta maaf. Saya tak berniat pun nak mempermainkan awak cuma saya nak dengar sendiri pengakuan awak. Tapi awak tak mengaku, jadi saya pun tak nak bagitahu sebab saya risau awak takde hati dekat saya."

Saya tak tahu nak bagi reaksi apa so, saya just tunduk dan makan je even sebenarnya dalam hati dah jadi kacau-bilau.

Disebabkan senyap yang teramat sangat di tengah-tengah isu yang panas ni, Kak Balqis pun bertanya saya. "Macam mana Khayra? Boleh kami datang rumah lepas belajar nanti?"

Saya mengangkat muka dan memandang kosong Kak Balqis. "Entah. Boleh kot. Tapi sebelum datang tu inform dulu takut ibu ayah terkejut sangat pulak." Tak berintonasi saya menjawab.

"Alhamdulillah. Akhirnya, ada juga kata putusnya." Ujar suami Kak Balqis.

Dan begitulah permulaan kisah baru kami. Setelah selamat bernikah barulah saya tahu yang Ammar sebenarnya adik kepada suami Kak Balqis, Abang Asyraf. Dia memang betul-betul sanggup luangkan masa tuk fly datang Netherland sebab nak jumpa saya... dan abang dia sekali lah.

Hakikatnya, Ammar pun ada perasaan dekat saya sejak time sekolah lagi. Bila? Tak taulah. Malas nak korek lebih-lebih. Sebab tu bila dia tau saya ada dekat Netherland, dia bgtau Abang Asyraf supaya merisik saya. 

Alhamdulillah, it ends with a nice story. Saya yakin yang kalau kita jaga baik-baik fitrah kita, pernikahan kita pun akan jadi baik juga. Konklusinya, janganlah kita cerita mengenai orang yang kita suka atau minat atau cinta dekat orang lain. Sebabnya, kita takkan tahu akhirnya kita akan berkahwin dengan siapa. 

Jadi, biarkan hanya Allah je yang tahu apa dalam hati kita. Yang paling penting sekali, jangan gunakan reda Allah untuk dapatkan cinta, tapi gunakan cinta untuk mendapatkan reda Allah.

*cerita ini hanya rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan antara yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia..*