Thursday, 10 December 2015

TERUSKAN TERSENYUM, SAHABAT

 "kdg2 kn manusia ni rasa dia x kuat."

betul.. and sometimes aku pun rasa macam tu



benda ni kita tak boleh nak elak sebab ia adalah part of our life

and aku berani kata lah yg kalau perasaan ni xde, hidup kita akan jadi hambar

benda2 camni lah yg sebenarnya mewarnai hidup kita

cuba bayangkan kalau hidup kita asyik happy je, lambat laun dah x rasa dah nikmat happy tu

dan supaya kita dapat lebih menghargai saat indah dalam hidup kita



bila rasa macam ni, cuba cari kekuatan tu balik

kembalilah kepada pemilik kekuatan iaitu Al-Qawiy

menangislah dekat Dia semahunya.. mengadulah sebanyaknya

masa ni lah kita akan rasa dekat sangat dengan Allah

sebab tulah beruntung org yg rasa perasaan ni

Allah rindukan rintihan kita dan Allah jemput kita untuk kembali kepadaNya



jangan pernah berputus asa untuk terus gembira

kita tak pernah keseorangan

kita ada ibu bapa, adik beradik, kawan2 yg inginkan kita untuk terus tersenyum

dan yg paling penting kita ada Allah



teruskan tersenyum wahai sahabat,

sebab aku sentiasa ada untukmu

Tuesday, 1 December 2015

ARUS

"Mas'ulah mana ma'ulah?!" Jeritan lelaki itu membuatkan mereka semua kecut perut. Takut!

Salah seorang daripada pelajar muslimat mengangkat tangan.

"Muslimat dah cukup ke?!" Dia berjalan mundar-mandir dihadapan muslimat yang sudah tegak berbaris secara bertiga-tiga.

"Dah." 

Tanpa senyuman dia mengangguk. Langkah diatur pula pada muslimin yang berbaris sama seperti muslimat.

"Mas'ul! Dah cukup?!"

"Dah!" Dari belakang kedengaran jeritan membalas pertanyaan itu.

Lelaki itu merangkap kem komander dalam kem perkhemahan tarbiyah ini. Dah namanya pun kem komander (singkatan: kemkom) memang lagaknya garang yang teramatlah. Peserta-peserta semua gerun dengan dia. Sampaikan kalau ternampak dia, secara automatik akan senyap. Tak perlu nak tunggu lalu depan mata, nampak pakai ekor mata pun dah cukup mengerikan.. Huh!

Kini kemkom berdiri di tengah-tengah antara barisan muslimin dan muslimat. 

"Dalam masa 1 minit daripada sekarang, ana nak antum semua dah ada dekat tepi sungai. Gerak sekarang!"

Semua terkocoh-kocoh lari menuju ke sungai yang jaraknya 10 meter dari kawasan itu. Kalau kena tangkap terlewat adalah nanti denda yang akan diberikan. And it's not a good one.

"Kita akan buat satu aktiviti... dalam sungai." Kedengaran suara-suara halus mengeluh. Ada juga di antara mereka yang bersorak gembira.

"Antum semua akan berlari dalam air sungai ni dari hujung sana..." Kemkom menunjukkan pada suatu kawasan yang terletak di sebelah kirinya. "... sampai hujung sana." Sekitar jaraknya 5 meter dari tempat permulaan.

Muslimin memulakan dahulu larian mereka. Air sungai yang tenang mula berkocak-kocak akibat larian mereka. Dengan penuh kepayahan mereka cuba melaksanakan aktiviti ini. 

Hakikatnya, aktiviti ini bukan mudah. Mereka perlu berlari melawan arus sungai itu sejauh 5 meter. Aliran airnya bukan biasa-biasa, bahkan deras disebabkan kawasan tersebut yang berbukit.

*****

"Kehidupan kita sentiasa ada dua pilihan.. dan dalam konteks ini, pilihan untuk kita terus mengikut arus kehidupan ataupun melawan arus itu..." Ceramah kemkom pada pagi nan indah ini.

"...Setiap pilihan yang kita lakukan mesti bertepatan dengan situasi dan keperluan sesuatu itu. Sebab.. tak semua yang mengikut arus itu baik, dan tak semua yang melawan arus itu pun baik. Ia bergantung kepada apa yang kita ikut dan apa yang kita lawan."

*****
Dan ceramahnya membawa kepada aktiviti ini. Selesai peserta muslimin melakukan larian, muslimat pula mengambil alih tempat mereka. 

*****
"Jika antum lihat sekarang, negara kita pada masa kini sedang melalui fasa pemodenan. Fasa ini membawa kita kepada nilai-nilai moden yang secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menghilangkan nilai keagamaan dalam diri masyarakat. 

Bertambah pula dengan ideologi-ideologi seperti sekularisme, kapitalisme, nationalisme, feminisme dan macam-macam lagilah. Perkara-perkara sebeginilah yang menjadi virus kepada pemikiran masyarakat sekarang. 

Jadi, arus negatif seperti inilah yang perlu kita lawan. Inilah situasi di mana kita perlu untuk bergerak melawan arus. Kita perlu pertahankan pegangan kita, kepercayaan kita. 

Biarpun masyarakat memandang kita pelik, kita kena kuat sebab kita perlu untuk menegakkan kebenaran. Maka beruntunglah mereka-mereka yang asing atau gelarannya ghuraba'. 

Tak salah untuk jadi pelik di mata masyarakat, asalkan apa yang kita buat tu sebenarnya betul. Expectation manusia tu tak penting, expectation Allah itu yang utama."

*****

"Ustaz! Ustaz!" Kedengaran cemas jeritan daripada mas'ulah. "Ustaz! Ada orang hanyut, ustaz!" 

Dari kejauhan terlihat seorang muslimat terkapai-kapai meminta bantuan. Dia semakin hanyut mengikut arus sungai yang deras itu. Tanpa sepatah kata, kemkom terus terjun ke dalam sungai dan berenang mendekati peserta itu.

*****

"Tak salah juga untuk kita mengikut arus. Tetapi arus yang bagaimana? Arus positif, arus yang baik yang boleh membawa kita ke jalan yang benar, ke jalan yang lurus menuju mardhatillah. 

Analoginya seperti dedaun yang gugur di hulu sungai. Daun mesti turut bergerak mengikut aliran air sungai, kan? Jadi, pada penghujung sungai ini akan bertemu pula dengan laut. Laut ini luas dan rahmatnya juga luas. 

Macam tu juga kita. Kalau kita terus mengikut jalan yang membawa kita kepada-Nya, ia akan membawa kita kepada rahmat Allah yang teramat luas seperti laut itu tadi. Bila kita dah dipertemukan dengan jalan ini, jangan berpatah balik. Tsabatlah.. pasti Allah akan memberi balasannya."

*****
Dapat! Tangan muslimat itu berjaya digapainya. Tatkala darurat sebegini dibenarkan untuk lelaki dan perempuan bersentuhan. Takkan nak suruh perempuan juga yang terjun sungai selamatkan muslimat tu kan? Sebab secara fitrahnya lelaki itu lagi kuat daripada wanita.

Tangan itu terus dibawa ke belakang tengkuknya. Muslimat itu mengikut sahaja apa yang dilakukan kemkom. Dia sudah tidak bermaya. Wajahnya juga sudah pucat. Perlahan-lahan mereka bergerak ke tepi sungai.

Sesampainya di tepi sungai, muslimat itu dibaringkan. Namanya diseru beberapa kali disebabkan keadaannya yang sudah tidak sedarkan diri, namun tiada jawapan. 

Mereka didatangi pula oleh para fasilitator kem tersebut. Kejadian tersebut mungkin telah mas'ul maklumkan kepada mereka. Peserta semua sudah diarahkan untuk kembali ke bilik masing-masing dan yang tinggal di situ hanyalah mas'ul dan mas'ulah sahaja.

Kemkom menyuruh seorang fasilitator perempuan untuk melakukan CPR kepada muslimat itu. CPR dilakukan, tapi masih juga tiada respon. Semua yang ada di situ sudah mula cemas.  

Kemkom yang lazimnya berwajah tegas dan garang juga menunjukkan riak cemas. Dalam hatinya tidak putus-putus meminta agar Allah memberikan bantuan kepada mereka.

CPR dilakukan untuk beberapa kali lagi. Hinggalah kali yang keempat barulah dia sedarkan diri. Alhamdulillah.. benarlah bantuan Allah akan tiba buat mereka yang sabar dan yang tidak berputus asa. 

Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman yang melibatkan nyawa manusia bukan sesuatu yang kecil. Tahap keyakinan kita dan kebergantungan kepada Allah benar-benar teruji. Syukur sekali lagi tiada kehilangan yang berlaku. Terima kasih, Ya Allah. Sujud syukur dilakukan.

FAMILY

Layar perahu kibar bendera
kota perdana tegak menjulang
walaupun musuh datang menerpa
kami tetap gagah berjuang

Terhias awan dilangit indah
cahaya mencelah tampak berjalur
jikalau tuan gemar bermadah
sudilah sahut pantun kuhulur

Cahaya mencelah tampak berjalur
seruntun berakar tepian palma
pasti kusahut pantun dihulur
puisi nan mekar semenjak lama

Seruntun berakar tepian palma 
akar diredah pucuknya layu
puisi nan mekar semenjak lama
pusaka terindah warisan melayu

Akar diredah pucuknya layu
batang dibantun pohonan turi
pusaka terindah warisan melayu
dalam berpantun ilham dicari

Batang dibantun pohonan turi
hinggapan jelatik di dahan sagu
dalam berpantun ilham dicari
bahasa cantik irama berlagu


ok.. sampai situ je pengenalan pantun yang ana boleh bagi.

them, whom I called as family
even we are different in many aspects, but it kept us together
from them I knew many things here
looking this place with the other side of it
gaining new experience

but, this relationship cannot last longer
as we have many things to take care of
many obstacle to pass through

For you guys, my brothers and my only sister,
you are flying away
leaving this land to spread your wings
I want to say thank you so much for all the experience and all the things that you guys have done to us

For my fellow future teammates,
let's strive our best to gain the same achievement that our brothers and sister have
no matter what happened, we must support each other

may Allah bless us 

family pantun '15

Thursday, 26 November 2015

INDAHNYA IMAN 18

Dia memandang sekeliling. Kosong. Yang dilihatnya kini hanyalah ruang kosong yang berwarna putih. Tiada langsung objek yang wujud melainkan hanya dirinya.

"Aku kat mana ni?"

Dia memalingkan pula badan ke belakang. Mungkin akan terjumpa jawapan kepada persoalannya. Huh! Dia hampa. Pemandangan yang sama juga dilihatnya.

"Ya Allah, apa aku nak buat kat sini?"

"Atif.."

Bulu romanya terus tegak mendengar namanya diseru. Siapa tu? Matanya meliar mencari empunya suara. Namun, tidak kelihatan pula kelibat manusia di situ.

"Perjalanan kau masih panjang, Atif. Masih banyak lagi yang kau perlu lakukan.."

"Siapa engkau? Tunjukkan diri kau."

"Tidak perlu untuk kau ketahui siapa aku. Cukuplah kau mengingati nasihatku ini."

"Tapi aku perlukan keyakinan. Aku nak tau siapa kau."

Tiba-tiba dari kejauhan muncul bayang-bayang orang sedang melangkah ke arahnya. Makin lama semakin hampir. Orangnya berpakaian putih, berserban putih turut berjanggut putih.

Insan itu melemparkan pandangan ke arahnya. 

"Sudah yakin?" Soalan ditujukan kepada Atif.

Dia menggeleng. "Siapa pakcik?"

Dengan senyuman, pakcik itu membalas, "Pakcik hanyalah seorang hamba, Atif. Cuma ditugaskan untuk memberi peringatan kepada kau."

Secara spontan bibirnya mengoyak senyum membalas senyuman pakcik tersebut. Terbit ketenangan tika memandang wajahnya. Wajah orang soleh mungkin.

"Dengarkan pesanan pakcik ini, Atif." 

Dia menganguk tanda memberikan laluan kepada pakcik itu untuk meneruskan bicaranya.

".. masa yang berbaki kini singkat. Janganlah kau sia-siakan dengan perkara tidak berfaedah. Ingat tugas kau. Ingat amanah kau. Amanah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah ini.

Tugas sebagai seorang daie jangan kau lupakan. Bergeraklah sebagai seorang pejuang. Pejuang yang bakal meninggikan nama Islam. Dunia kini makin tenat, Atif. Kau perlu bergerak. Umat perlukan kau."

"Tapi bagaimana? Saya tidakkan mampu untuk berjuang sendiri."

"Betul, memang kita tidak pernah mampu menegakkan Islam jika kita keseorangan. Oleh itu, berjemaahlah kerana dengan jemaah kita akan kuat dalam perjuangan ini."

"Mana saya nak cari jemaah, pakcik? Kat masjid?"

Tersenyum pakcik itu mendengar soalan keduanya.

"Jemaah yang pakcik maksudkan bukan sekadar mereka yang solat berjemaah, bahkan lebih lagi daripada itu."

Bahu Atif disentuhnya. "Jangan kamu risau. Sekarang ini tetapkan niat dan insya-Allah Allah akan tunjukkan jalannya."

"Ingat pesan pakcik ini, ya." Ditepuk-tepuk pula bahu Atif. "Pakcik pergi dulu." Pakcik itu mula bergerak menjauhi Atif.

"Pakcik! Jangan pergi! Jangan tinggalkan saya!"

Pakcik itu berpaling sebentar ke arah Atif sambil tersenyum dan berkata, "Kembalilah.. masih banyak yang perlu kau lakukan."

Hilang sudah pakcik itu dari pandangan dan segalanya turut menjadi gelap.

*****

"Atif mengalami pendarahan kepala yang sangat teruk, bertambah pula dengan keadaannya sebagai penghidap kanser otak, sewajarnya dia tidak dapat diselamatkan..." 

Ibu Atif sudah menangis teresak-esak di bahu suaminya mendengar bicara daripada doktor itu.

"... tetapi nampaknya umur dia masih panjang. Dia telah melepasi tahap bahaya. Mungkin ini semua berkat daripada doa tuan puan dan orang sekelilingnya. Kini, kita cuma perlu tunggu masa untuk dia kembali normal dan sedarkan diri. Tuan puan jangan bimbang, ya." 

Ayah meraup muka tanda kesyukuran, "Alhamdulillah." Ibu turut tersenyum pahit dan melafazkan tahmid.

"Sekarang bolehlah kami masuk ke dalam bilik dan jagakan Atif, doktor?" soal ibu.

"Boleh, boleh. Silakan."

Ibu mengusap-usap kepala Atif tatkala tiba di biliknya. "Rindunya dekat anak ibu. Cepat sembuh ye, sayang." Satu kucupan diberikan di dahi anaknya.

Kepala ibu dipalingkan tatkala merasakan ada sesuatu yang memegang kepalanya. Ibu berpandangan dengan ayah. Air mata ibu terus meluncur laju. Air mata kegembiraan. Terus dipegang tangan Atif yang berada di atas kepalanya. 

"Atif, ni ibu, sayang."

Tiada balasan mahupun respon yang diberikan. Matanya juga masih tertutup rapat, cuma tangannya sahaja yang erat memegang tangan ibunya.

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah.


Wednesday, 25 November 2015

INDAHNYA IMAN 17

Sahabat,
Dikau muncul menerangi hidupku
ibarat mentari yang menyinari bumi

Hadirnya dirimu melengkapi hidupku
umpama bintang yang menemani rembulan

Tanpa lelah dan jemu
menyeka tangisku dan juga sendu

Tabahnya dirimu melayan karenahku
di kala mengada dan amarahku

Namun sahabat,
setiap pertemuan pasti ada perpisahan
setiap permulaan pasti ada pengakhiran

Saat persahabatan ini telah tiba pengakhirannya
ketahuilah bahawa aku akan sentiasa mencinta

Biarpun bagaimana kita terpisah
dikau tetap akan berada di ingatanku
dalam kenangan dan juga doaku

Kerana aku sangat menyayangimu
dan amat mencintaimu kerana Allah
uhibbuka fillah abadan abada 

hasil nukilan,
Atif


Sebujur tubuh ditolak melalui ruang legar hospital. Sudah ditutup dengan kain putih menanda bahawa empunya badan sudah pergi bertemu ilahi. Muqri dari tempat duduk pelawat di kawasan itu memandang sayu ke arah mayat tersebut.

Dia teringat akan sepotong ayat Al-Quran. Mafhumnya:
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati"

Benar, semua daripada kita akan bertemu dengan kematian. Malahan, hakikatnya kita sendiri sudah bertunang dengan mati. Yang membezakan setiap daripada kita ialah bagaimana kita bertemu dengan kematian.

Ya Allah, Engkau akhirkanlah hidup kami dengan pengakiran yang baik dan janganlah Engkau akhirkannya dengan pengakhiran yang buruk.

Bahunya ditepuk. "Muqri, jom." 

Dia bangun dan bergerak mengikut langkah ayahnya meninggalkan hospital. Fikirannya tidak lepas daripada mengenangkan Atif.

*****

"Amin.. amin ya rabbal'alamin.." Ya Allah, perkenankanlah.

Tangan diraup ke muka setelah selesai membacakan yasin dan doa kepada si mati. Ya Allah, kau tempatkanlah dia di tempat orang-orang soleh. Doanya rendah di dalam hati. 

Al-fatihah turut disedekahkan kepada jenazah yang dilihatnya tadi. Langsung dia tidak mengenali jenazah tersebut tetapi apa salahnya mendoakan kesejahteraan untuknya, kan? Ke manalah agaknya dia dikuburkan? Soalan itu dibiarkan berlalu tanpa jawapan.

Daun-daun kering yang berselerakan di atas kubur dikutip. Memori lama di ingatan berputar kembali. Saat bermain bersama, ketawa bersama, bergaduh bersama, semuanya seperti baru semalam terjadi. Ya Allah, rindunya!

"Lama dah abang tinggalkan kita, kan ayah."

"A'ah... sebab tu ayah ajak Muqri datang ziarah abang. Rasa dah lama benar tak datang sini." 

Muqri merenung kubur abangnya. Sudah hampir 4 tahun abangnya meninggal akibat sakit ketumbuhan dalam kepala. Ketika itu abangnya sudah berumur 18 dan dia 12 tahun. Walaupun jarak umur mereka berbeza, itulah satu-satunya abang yang dia ada. 

Kehilangan abang memberikan tamparan yang agak hebat dalam hidup Muqri. Sering murung, tak lalu makan.. sehinggakan berat dia menurun sebanyak 5 kilogram. 

Tapi, setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah menghadirkan pelangi yang indah lagi cantik setelah turunnya hujan. Dan Allah juga tidakkan membebani hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak dia mampu. 

Alhamdulillah, kehidupan Muqri menjadi kembali normal sejak mula berkawan dengan Atif. Atiflah yang sering memberikan semangat kepadanya. Oleh sebab itulah mereka kini menjadi sahabat baik dan Muqri sendiri sudah menganggap Atif seperti abangnya sendiri. 

Kini, memori pahit kembali menjengah. 

"Ayah, agak-agaknya Atif boleh diselamatkan tak?" Ayahnya dipandang dengan mata yang berkaca-kaca.

"Insya-Allah boleh, Muqri. Segalanya terletak di tangan Allah. Jangan putus doakan kesihatan untuk Atif. Allah pasti akan makbulkan permintaan hamba-Nya. Yakinlah." Bahu Muqri dipeluk. Memberikan semangat buat anaknya. 

"Insya-Allah, ayah." Senyuman terpaksa dilemparkan.

Saturday, 26 September 2015

INDAHNYA IMAN 16

"Hei! Kau buat apa kat sini?!" Jerkah Haiqal. Dia cuba menahan debar dan ketakutan apabila melihat Muqri. 

"Cari kebenaran."

"Kebenaran apa yang kau nak? Kitaorang tak ada kaitan langsung dengan masalah kau." Balas Faris.

"Sudah. Tak payah menipu. Aku dah tau segala-galanya." Muqri mula mengorak langkah ingin berlalu.

Haikal berasa berang melihat Muqri yang bersikap selamba. Dia menarik Muqri kembali ke belakang bangunan. Badan Muqri ditolak ke dinding. Tangan kirinya menekan tengkuk Muqri agar dia tidak terlepas.

"Apa yang tahu, hah?! Cakap dengan aku, apa je yang kau tahu."

Muqri masih tenang. Senyuman sinis dilemparkannya.

"Apa-apa je." 

"Hakalah.. main-main pulak dia.." Faris mencelah.

"Kau sedar tak kau tengah lawan siapa sekarang ni?!" Tangan Haiqal semakin menekan tengkuk Muqri. Muqri tercekik. 

"Kalau aku cakap kat kau pun bukannya aku dapat apa-apa. Sia-sia." Dengan payah Muqri menutur.

Kesabaran Haikal semakin meluntur. "Hei, apasal susah sangat nak cakap hah?! Nah, amik ni!" Sebiji tumbukan dilepaskan ke perut Muqri.

Muqri mengaduh kesakitan. 

Faris menolak bahu Haikal. "Weh, apa kau buat ni?"

"Ah, kau diam! Siapa suruh dia degil sangat!"

"Kalau jadi apa-apa macam mana? Habislah kita.."

"Kau relaks je boleh tak? Bisinglah! Lek ah, kat sini bukannya ada siapa-siapa pun. Ada kita je kan." Haikal menoleh pada Muqri. "Kau tak jawab lagi soalan aku, apa je yang kau tahu?" Lokar baju Muqri pula dicekak.

Muqri diam. Diam seribu bahasa. Dia sekadar merenung wajah Haikal tanpa perasaan.

"Heh! Aku pantang betul kalau cakap dengan dinding ni. Dah aku tanya tu jawablah!" Muqri dilemparkan ke lantai. "Kau jangan cabar aku, Muqri. Aku boleh buat benda lagi teruk daripada ni."

Haikal dulu pernah digantung sekolah akibat membelasah seorang pelajar hingga patah-patah badannya. Bukannya Muqri tidak tahu akan hal itu, satu sekolah kecoh tentang masalah itu. Itulah masalah disiplin terburuk yang pernah berlaku dalam sejarah sekolah mereka.

Muqri sendiri tidak tahu di mana dia peroleh kekuatan untuk berhadapan dengan Haikal. Pada mulanya dia sekadar ingin meronda sekitar kawasan asrama. Kemudian dia terdengar ada suara di balik bangunan itu. Terus dia mengintai dan memasang telinga. Kebetulan pula apa yang mereka cakapkan itu ada kaitan dengan dirinya. Merekalah dalang yang telah memerangkapnya dan Atif.

"Aku tanya kau lagi sekali, Muq. Baik kau cakap dengan aku, apa yang kau tahu?!" Dengan amarah Haikal menutur. Faris pada ketika itu tegak berdiri di sebelah Haikal. Dia juga sudah mula berasa bengang terhadap Muqri.

Muqri mendongak memandang Haikal dan Faris. "Apa yang kau tak puas hati sebenarnya dengan aku, hah?"

"Kau jawab soalan Haikal, boleh tak?!" Faris mula bertindak berani dengan menyepak kaki Muqri. Geram persoalan mereka masih tidak berjawab.

Naik turun dada Haikal menahan marah. Dia bergerak ke tanah lapang bersebelahan dengan bangunan itu. Dicapainya sebongkah bata lalu dibawa menuju Muqri.

"Haikal! Kau nak buat apa tu?!"

"Biar aku bagi pengajaran sikit dekat budak ni!" Bata diangkat tinggi. Bersedia untuk menghasil daya impuls yang tinggi kesan daripada masa yang singkat bata itu dikenakan kepada objek. Muqri yang dari tadi terbaring sekadar menghadang kepalanya dengan tangan.

Puk! Selamat bata itu dilepaskan. Aik, kenapa tak rasa sakit? Perlahan-lahan Muqri membuka mata. 

"Ya Allah!" Terkejut dia melihat apa yang berlaku di hadapan matanya. Haikal dan Faris turut terkedu. Sungguh mereka tidak menyangka ini yang akan berlaku. 

Dari kepala mengalir darah berwarna merah pekat. Sudah kaku sebujur tubuh di hadapan Muqri. 

"Atif! Atif! Bangun weh! Weh.. bangunlah." Tubuh Atif digoyang-goyangkan dengan harapan dia akan tersedar. Muqri memandang Haikal dan Faris yang sekadar tercegat menjadi penonton. "Tengok apa lagi! Pergilah panggil warden! Pergilah! Pergi cepat!" 

Air mata mula gugur dari kelopak mata Muqri. Kepala Atif diletakkan di ribanya. 

"Atif, bangunlah.. Kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau korbankan diri kau? Kenapa kau sanggup buat semua ni, Atif? Kenapa sanggup tinggalkan aku? Sampai hati kau.. Atif. Bangunlah.. bangunlah Atif!!"

Wednesday, 23 September 2015

BERAT

Hujan turun selebat-lebatnya di tanah barakah itu. Awan melimpahkan sebanyak-banyaknya air yang telah penat dikandungnya sejak beberapa minggu yang lalu. Benar, sudah berminggu hujan tidak menimpa tanah itu. 

Angin juga menderu dengan kencang sekali hingga berjaya menggoncangkan pokok-pokok besar yang menghiasi kawasan sekolah. Bumbung bangunan turut menghasilkan bunyi yang agak menggerunkan kesan daripada perubahan tekanan di antara tekanan udara yang tinggi di dalam bangunan dan tekanan udara rendah yang dihasilkan oleh deruan angin yang laju.

Persekitaran sekolah sunyi tanpa penghuni. Mungkin semua pelajar sudah berada di asrama. Namun, di satu sudut kelihatan seorang pelajar, bersendirian. Dia duduk di atas kerusi batu tidak berbumbung yang terletak bersebelahan dengan padang. Keadaan sekeliling langsung tidak diendahkannya. Badannya yang basah dek hujan turut dibiarkan. Tudung yang berterbangan mengikut deruan angin juga tidak dihiraukan.

Dia menangis. Menangis semahunya. Meluahkan segala rasa yang terbuku di dalam qalbu. Deras air mata yang menitis sederas turunnya air hujan. 

"Kenapa? Kenapa?"

Dalam sendu dia menutur.

"Kenapa mesti dia? Kenapa tak orang lain? Kenapa?"

Memori lampau diimbas kembali.


*****

Debaran kian terasa. Nama-nama yang akan disebutkan untuk naik ke atas pentas bukan calang-calang orang. Mereka dipandang tinggi, disanjung dan dihormati oleh semua warga sekolah ini. Bukan sahaja dalam kalangan pelajar, tetapi dalam kalangan guru juga. 

Merekalah yang akan mengawal sekolah ini. Naik turunnya tarbiyah terletak di tangan mereka. Fuh! Tidak dinafikan inilah jawatan yang paling berat sekali. Hanya mereka yang layak dan sebenar-benar layak sahaja mampu memegang gelaran ini. Merekalah... Majlis Tertinggi.

Safiyya menggoyang-goyangkan kakinya menahan gemuruh. 
'Nama siapa yang bakal disebut? Siapa yang bakal naik ke atas pentas? Takutnya~'

Muka diraup perlahan. 

"Tolonglah jangan dia. Tolonglah."

Dia memasang harapan. Hakikatnya dalam hatinya sudah terdetik bahawa nama insan itu akan disebut. Namun, dia masih mencuba untuk menafikannya.

Nama pelajar terpilih sudah mula disebutkan mengikut jawatan. Hatinya tidak keruan. Pentas direnung tajam. Dia menanti dengan penuh sabar.

"Khayra binti Alif."

Akhirnya, hakikat sudah memunculkan diri. Ya, nama itulah yang paling dia takuti untuk diumumkan. 

Safiyya terus tunduk menahan sebak. Bergetar hatinya saat nama itu diumumkan. Empangan air mata yang tadinya cuba ditahan, pecah. Sungguh, dia sakit. Dia tak mampu. Tak mampu menerima apa yang telah didengarnya.

Kerana dia tahu, mulai saat itu, dia dan sahabatnya baiknya pasti memiliki jurang. Jurang perbezaan yang sangat ketara kerana dia hanyalah pelajar biasa. Sedih meresap jiwa kerana bimbang jika jawatan itu akan membuatkan Khayra berubah. Akan membuatkan mereka renggang. Akan merampas Khayra daripada dirinya. Dia tidak sanggup menghadapi semua itu. Kerana Khayra lah segala-galanya bagi dirinya.

Dia juga risau. Risau kerana tanggungjawab Khayra yang berat. Risau jika jawatan itu akan membawa sahabatnya ke neraka. Allah~ Makin laju air matanya membayangkan hal itu.

Hari demi hari berlalu. Safiyya masih lagi berduka. Setiap saat, setiap detik, terbayangkan Khayra. Hampir setiap malam dia menangis. Setiap malam! Dia sendiri bingung mengapa dia rasa begitu sayu bila mengenangkan jawatan yang disandang Khayra. Jika dikatakan cemburu, jauh sekali. Lebih kepada rasa kehilangan ibarat sebahagian daripada kegembiraannya dibawa pergi. Jauh~

Dia menunggu Khayra di biliknya seperti biasa. Seperti hari-hari sebelumnya. Namun, penantiannya sia-sia. Khayra tidak muncul walaupun ketika itu sudah menginjak pukul 1 pagi. Sibuk dengan urusan Majlis Tertinggi mungkin. Dia akur.

Perkara ini berlanjutan sehingga beberapa hari. Hati Safiyya ibarat luka disapu dengan garam. Makin sakit! Makin pedih!

Pada suatu hari, Safiyya melihat Khayra sedang berehat di hadapan musolla. Senyuman manis terukir di bibir Safiyya. Sudah lama benar dia tidak menegur sahabatnya itu. Dengan laju dia melangkah ke arah Khayra.

"Khayra!" Dia terus duduk di kerusi bersebelahan Khayra.

"Hei, Safiyya."

"Sibuk sekarang. Sampai ana pun Khayra dah....." 

Tiba-tiba, seorang kakak senior melangkah menghampiri mereka. Dia memanggil Khayra. Ada perkara yang perlu diselesaikan mereka. Khayra pun berlalu pergi setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Safiyya.

"Ana pergi dulu. Ada hal. Maaf."

"....lama tak tegur."


Dia berlari. Cuba melarikan diri daripada rasa ini. Hakikatnya, kata-kata boleh berdusta tetapi hati tidak. Hati cuba ditenangkan dengan berjalan di sekitar sekolah. Awan gelap tika itu sudah memunculkan diri. Dia tidak kesah. Langkah masih diteruskan tanpa hala tuju.

Akhirnya dia memutuskan untuk duduk di kerusi batu di sebelah padang. Pawana yang bertiup ibarat tangan yang membelai dirinya. Ketenangan cuba dicari dengan membiarkan diri sebati dengan alam. Rintik-rintik air hujan mula turun membasahi bumi. Hatinya menjadi sayu. 

Bagi dia, hujan mempunyai satu aura yang tidak mampu diungkap dengan kata. Sekadar boleh dirasai oleh hati. Dengan tidak semena-mena, air matanya gugur.


*****

Seorang insan hadir di sisi Safiyya dan melindunginya dengan payung. 

"Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya. Dia ambil orang yang kita sayang mungkin sebab dia nak kita bergantung kepada-Nya, bukan pada makhluk."

Safiyya mengangkat muka memandang empunya bicara.

"Tapi ana tak tahu macam mana nak atasi rasa sedih ni."

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. Kembalilah kepada Allah. Insya-Allah ketenangan dapat dicapai."

Lengan Safiyya ditarik lembut.

"Jom balik. Dah basah kuyup ni. Demam nanti."

Safiyya menurut. Mereka berjalan beriringan pulang ke asrama. Bahu Safiyya dipeluk kemas sepanjang perjalanan. Safiyya menoleh ke arah insan tersebut.

"Terima kasih, sahabat." 


Saturday, 19 September 2015

TANGISAN SEORANG INSAN BIASA

sedih

ana sedih

sedih yang tak terkata

sedih yang mencabut segala gembira

sedih sehingga air mata tidak serik untuk menitis

sedih sampai sekarang tiada pengubatnya


sedih

teramat sedih

bilakah berakhirnya kesedihan ini

jawapan terletak pada diri ana sendiri

tapi ana tak tau bila

sebab hakikatnya ana sendiri tak tau mengapa sebenarnya rasa ini hadir


kumohon agar dikuatkan

titipkanlah doa buat diriku ini

agar terus kuat dan tsabat

insya-Allah

Saturday, 29 August 2015

BIDADARI SYURGA

"Wanita hiasan dunia~ Seindah hiasan adalah wanita solehah~"

Dalam meniti kehidupan dunia yang penuh dengan pancabora ini, marilah kita kembali men'tajdid' niat dalam menjadi hamba Allah yang soleh. 

And, as a woman mestilah aim nak jadi wanita solehah sebab insya-Allah wanita solehah ni tempatnya di syurga. 

So, kat sini nak share post facebook Mr The All Shared yang bagi ana boleh jadi panduan untuk kita menjadi wanita solehah. Insya-Allah

"KRITERIA WANITA CANTIK MENURUT AL-QURAN DAN HADIS

 Sentiasa menjaga pandangan agar kelihatan sopan dan terpuji.

(SURAH AN-NUR 24:31)

 Tidak bergaul bebas dengan kaum lelaki ajnabi, kecantikan dipelihara tanpa dipertonton.

(HADIS BUKHARI)

 Berpakaian membawa identiti wanita mukminah.
(SURAH AL-AHZAB 33:59)


 Sentiasa bersih dan berbau segar.
(HADIS BUKHARI)


 Pembawaan diri sopan, tegas dan bersahaja.
(SURAH AL-QASAS 28:25)


 Sentiasa bercakap dengan nada suara bermaruah seperti tidak dimanja dan digemersikkan suara.
(SURAH AL-AHZAB 33:32)


 Menjauhi gaya tabarruj, penggayaan diri yang mengganggu fitrah lelaki hingga menarik kepada dirinya.
(SURAH AL-AHZAB 33:33)


 Tidak mengubah ciptaan Allah S.W.T. seperti pembedahan plastik, membuat tatu, mencukur kening dan sebagainya.
(SURAH AN-NISA' 4:119 | HADIS RIWAYAT BUKHARI | MUSLIM, ABU DAWUD | TIRMIZI)


 Tidak meniru penampilan kaum lelaki dari cara berpakaian, bercakap serta pembawaan diri.
(HADIS IBNU ABBAS)"



Saturday, 18 July 2015

INDAHNYA IMAN 15

Burung bebas melayah di langit nan membiru. Bukan bersendirian, tetapi berkumpulan. Membelah langit tanpa gentar. Merentas saujana tanpa sempadan. Ah! Alangkah bahagianya jika aku boleh buat sebegitu. 

Terasa nyaman pula disapa pawana yang lembut bertiup menampar tubuhku di kala petang ini. Lagi menambahkan rasa keasyikan melihat alam yang serba indah diciptakan Allah ini. Subhanallah..

"Alhamdulillah.." Suara Muqri menarikku kembali ke alam realiti. 

Aku memandangnya dengan muka sedikit berkerut. Kenapa bertahmid?

"Alhamdulillah.. Akhirnya kita bebas daripada fitnah."

Ohh.. Hampir terlupa pula kisah kami sebentar tadi. "A'ah lah.. Alhamdulillah." Aku membetulkan duduk. Kebas pula. 

"Tapi.. Kita still ada masalah yang belum selesai." Serius Muqri menuturkan kata. 

"Masalah apa? Kan Ustaz Jamal dah lepaskan kita."

"Memanglah.. Tp, aku masih ingat lagi ayat Cikgu Ani time dia adukan kita dekat ustaz..."

"... Nasib baik ada pelajar yang maklumkan pada saya... Jika tidak tak tahulah saya perbuatan kamu ni... Saya patut berterima kasih kepada pelajar tersebut..."

 "A'ahlah.. Baru aku ingat ayat Cikgu tu. Macam ada orang cuba nak perangkap kita."

"Sebab tu aku rasa kita perlu cari siapa budak tu. Apa masalah dia dengan kita sampai dia cuba nak fitnah kita. Dah lah hal ni bukan hal kecik. Nasib baik Allah tolong kita, kalau tak, tak tahulah apa jadi kat kita."

"Tapi en.. Macam mana nak cari budak tu? Budak sekolah ni bukannya sikit."

"Takpe.. Biar aku settlekan hal ni."

*****

Aiskrim yang berada di tangan dibaham rakus. Kesejukan menular ke seluruh badan hinggakan ke otak. Terus dia memegang kepala. Brain freeze! 

"Ha..tulah. Galak sangat makan aiskrim. Kan dah kena. Haha.." Nabilah menekup mulutnya sambil ketawa. Sopan.

"Tension ah.. Dah lah baru lepas kena tuduh. Huh!" Disumbatnya lagi aiskrim ke dalam mulut.

"Lek..aku patutnya lagi malu tau. Dah lah kena sound ngan Cikgu kata aku kp bagai. Lagi sentap. Padahal tak buat dosa pun. Silap sikit je."

"Typical human. Ingat orang yang ada jawatan tu semua perfect je. Hakikatnya dia pun manusia biasa jugak. Buat silap."

"Kan..hmmm.. Bilalah nak ubah pemikiran macam tu?"

"Entah lah. Mungkin sebab kita juga yang memang selalu have high expectations on them. Tu yang bila buat salah sikit macam buat salah besar." Muka Nabilah dipandang dan sebelah keningnya diangkat. "Tapi en, ada hikmah apa wujudnya orang-orang macam ni." 

"Apa hikmahnya wahai Cik Iffah."

"Pemimpin ni qudwah en. Contoh teladan. Jadi, sememangnya dia ni perlu sentiasa baik sebab dia jadi rujukan orang bawahan. Kalau pemimpin ni pincang, macam mana orang bawahan nak ikut. Pastu nanti rosaklah sesuatu organisasi or institusi tu. Betul tak?"

"Urmmm..betul." Dia mengangguk sambil mengunyah batang kon aiskrim.

"Kesimpulannya, pemimpin memang perlu jadi yang terbaik tapi orang bawahan tak boleh jugak anggap yang mereka ni perfect. And they should also accept the leader's mistake as a moral value for them."

"Betul. Setuju sangat."

*****

"Yes! Kali ni kita berjaya. Even diorang terlepas daripada dikenakan tindakan, at least kita dapat malukan dia depan Cikgu." Tangan kanannya diangkat lantas dipukul oleh rakan sebelah. Sep.

"Yup. Setelah plan diari tu tak menjadi finally berhasil jugak plan yang ni. Hahaha..." Ketawa meletus di belakang blok aspura.

"Ehem!" Tiba-tiba muncul kelibat seseorang yang datang dari arah tepi bangunan. Dia bersandar ke dinding sambil memeluk tubuh.

"Alamak!" Peluh kerisauan mula menitik dari dahi mereka berdua. "Habislah..."

Thursday, 16 July 2015

INDAHNYA IMAN 14

"Nabilah~" lemah aja gayanya menapak ke katil sahabatnya itu. Terus diduduk tanpa sepatah kata.

"Ye saya. Ada apa?"

"Weh..." Hujung baju Nabilah yang sedang berdiri di lokernya ditarik perlahan. Inginkan kekuatan mungkin. "..diari aku hilang. Puas aku cari kat loker, beg. Semua tak ada." Mata mula menakungi air mata.

"Astaghfirullah.. Serius ke?" Terus Nabilah duduk di sisi Iffah. Ditatap mata Iffah sedalam mungkin menginginkan kepastian.

"Serius lah. Takkan nak main-main kot. Kau pun tau kan dalam tu dah lah ada macam-macam. Pasal perasaan aku bagai. Private kot benda-benda tu. Kau sorang je yang pernah baca diari aku. Kalau orang jumpa pastu diaorg baca macam mana? Risau lah. Huhu.." 

Tangan Nabilah mengusap lembut kepala Iffah yang sudah tersadai di bahunya. "Sabar eh. Kita cari sama-sama nanti. Insya-Allah selamat diari kau. Kau hanya perlu berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah. Ok?"

"Hmmm.." Dia mengangguk. 

*****

"Makcik Nabil! Aku dah jumpa diari aku." Terus saja disergah Nabilah yang baru sahaja lalu di hadapan kelasnya.

"Ye ke? Alhamdulillah. Jumpa kat mana?"

"Bawah meja aku."

"Ohh.. Kan aku dah kata Allah mesti tolong hamba-Nya. Kan?" 

"Yup."

"Fah.. Nanti teman aku boleh? Aku ada nak bincang something dengan Atif."

"Ok.. Boleh je. Pasal apa?"

"Adakah hal kp skit. Dah alang-alang kau sekelas dengan dia, boleh tak pesankan kat dia kata nak jumpa kat bilik disiplin pukul 3.30 petang ni?"

"Aduh.. Malulah."

"Lek sudah. Tolonglah aku. Please~"

"Hurmm.. Fine. Tapi aku nak kau belanja aku aiskrim eh."

"Bukan setakat aiskrim, sepadang salji pun aku boleh bagi..haha"

*****

"Ehem! Putera!" Dia memanggil pelajar lelaki yang berada di hadapannya. Lantas insan tersebut berpaling. "Panggilkan tu." Jari telunjuk dihala ke arah Atif.

"Atif.." Bahu Atif dicuit. "..Iffah panggil."

Matanya menangkap pandangan Iffah yang dari tadi menunggu responnya.

"Er.. Kp muslimat nak jmp kat bilik disiplin pukul 3.30 petang ni."

"Ohh.. Ok."

*****

"Korg jumpa ni ada apa senanya?" Muq bertanya dalam perjalanan ke bilik disiplin bersama Atif. 

"Entah. Puteri tu yang tetiba nak jumpa."

Setiba di luar bilik disiplin mereka sudah melihat kelibat dua orang puteri di dalamnya.

Tok tok tok

"Assalamu'alaikum." Atif menyapa.

"Wa'alaikumussalam."

"Nak cakap apa?" Terus sahaja Atif memulakan bicara tanpa berbasa basi.

"Begini, nak bincang pasal ketidakadilan peraturan sekolah terhadap putera dan puteri.... Ana dapat banyak aduan daripada pihak puteri.... katanya mereka tidak puas hati.... peraturan putera lebih longgar...." Terang Nabilah.

"Bukan begitu, sebenarnya.."

Sedang mereka asyik berbincang, terdengar ketukan pintu dari luar. Muqri yang berada berdekatan dengan pintu segera membukanya. 

"Astaghfirullahaladzim.. Kamu buat apa dalam ni?!" Memetir suara Cikgu Ani merangkap guru disiplin memenuhi segenap ruang bilik disiplin itu.

"Er..Cikgu.. Kami...kami tak buat apa-apa Cikgu.. Kami bincang je cikgu."

"Bincang apa tertutup macam ni! Dengan pintunya tertutup, nisbah putera puteri sama banyak, apa nak jadi kamu ni?!"

"Tapi Cikgu, kami betul..."

"Dah cukup! Cikgu tak mahu dengar lagi alasan kamu. Kamu berdua, Atif dan Nabilah sebagai ketua pelajar telah memalukan saya selaku guru disiplin. Sekarang saya akan serahkan kamu kepada ustaz Jamal. Biar dia yang tentukan apa yang patut dilakukan kepada kamu!"

Mereka terpaku. Mereka sudah hilang segala kekuatan untuk berkata-kata. Benar-benar tidak menyangka hal sebegini akan berlaku. Tidak dapat dibayangkan reaksi guru-guru mahupun teman-teman mereka mengenai hal ini. 

Ya Allah, bantulah kami.