Kaki sudah mahu melangkah keluar dorm. Dewan makan dah memanggil-manggil tu. Perut pun dah keroncong tahap frekuensi tertinggi dah ni. Namun, mata sempat menangkap susuk tubuh Atif yang sedang terbaring lemah di katilnya. Ya Allah, sembuhkanlah sahabatku ini.
Selimut ditarik hingga menutupi dada Atif. "Tidur kay." Ubat-ubat di atas katil disimpan di dalam loker Atif. Baru sahaja ingin melangkah pergi dari katil Atif, tangannya ditarik lembut.
"Asyraf, jangan bagitau Muqri tau."
"Insya-Allah."
Taknak kawan risau punya pasal, sanggup dia tahan sakit sorang-sorang. Tapi takde ah sorang mana pun, aku ada apa. Hehe.. Dah-dah! Jangan ungkit. Kang free-free pahala melayang. Last2 habuk pun takde weh. Nauzubillah!
"Atif.. Atif.." Lembut Asyraf memanggil. "Tak nak makan ke?"
"Erghh.. tak nak."
"Takpe ke ni? Kang lapar nanti."
"Nanti aku makan biskut je."
"Betul ni?"
Atif sekadar menggeleng. Lemah lagi terasa badan. Tak larat nak turun.
"Ok." Asyraf beredar ke katilnya.
Layan Atif sakit ni teringat pulak dekat Faris. Dulu aku selalu jaga dia time dia sakit. Bestfriend lah katakan. Takkan nak biar je. Apa guna ada kawan tp time susah dia bla macam tu je.
Sejak aku pindah Maahad ni, sape lah pulak yang jaga dia. Time aku cakap dekat dia aku nak pindah, nangis teruk jugaklah dia. Yelah, sape tak sedih kawan susah senang kita nak pergi tinggalkan kita. Jenuhlah dia pujuk suruh aku stay kata nanti takde sape nak jaga dia, nak layan dia bagai. Tapi aku tetap dengan pendirian aku. Untuk pergi.
Maafkan aku, Faris. Mungkin ini yang terbaik untuk aku. Meskipun engkau rasa kehilangan aku ini satu kerugian, yakinlah yang Allah akan hadirkan pelangi sesudah hujan. Engkau kena yakin dengan itu. Setiap yang pergi pasti akan ada penggantinya. Dan penggantiku mungkin insan yang lebih baik.
Harap engkau redha dengan pemergianku. Aku pergi bukan untuk suka-suka. Aku pergi bukan untuk perkara yang sia-sia. Aku pergi untuk sebuah persiapan. Persiapan untuk menghadapi perjuangan yang lebih besar untuk aku tempuhi.
Lagi pun, manusia tidak akan sentiasa berada di atas bukan. Jadi, cukuplah aku berada di tempat yang selesa di sini. Sudah tiba masanya untuk aku pergi dan bermula dari bawah semula untuk terus mencapai kejayaan kelak.
And, here I am. Living a new life. With a new friend. And knowing Atif makes my life better. Aku takkan menyesal pindah sini. Sebab aku ada aim aku, target aku. For this life and hereafter. Jadi, bila niat kita baik, insya-Allah Allah akan guide kita. Allah akan tolong kita. Jadi, niat itu adalah segala-galanya. Aim for best, be the best.
"Atif! Atif!" Muqri melaung dari blok sebelah.
Aduh, Muqri panggil pulak. Sudah! "Hurmm.. asal Muq?"
"Atif nak gi masjid sesama tak?"
"Dia kata pergi dulu."
"Ohh.. okay. Terima kasih."
"Sama-sama." Fuh! Selamat aku. Mata Asyraf menjeling Atif. Nyenyak tidur lagi budak ni. Haih.