"Atif! Kau pegi mana ha petang tadi? Dah lah tinggalkan aku sorang-sorang." Atif mengukir senyuman manis buat sahabatnya yang bermuka masam itu.
"Sorry.. aku ada hal tadi." Muqri membuat muka mendengar jawapan itu. "Kau memang sorang-sorang ke?" Serba salah pula dia meninggalkan Muqri. Bukan apa, kesihatannya tidak mengizinkan.
"Takde lah sorang pun sebenarnya. Aku lepak kejap dengan Hazeeq. Throwback sikit time form 1 dulu."
Atif sekadar menganggukkan kepala. Kerja di atas meja kembali ditatap khusyuk. Rasa macam tak senang duduk la. Dia memandang Muqri yang duduk berhadapan dengannya. Patutlah pun...
"Haih! Kau tenung aku macam nak telan tu kenapa?"
"Hehe.. takdelah. Saja je."
Atif menggeleng beberapa kali. "Dah... buat keje tu."
"Yelah.."
Atif lain macam lah malam ni. Muka dia nampak....lain. Nampak macam dia tahan sesuatu disebalik perangai dia yang biasa tu. Betul ke dia ada hal tadi? Ataupun itu sekadar helah dia je.
*****
Buku teks Fizik ditarik dari bawah meja. Pap! Eh, apa benda tu? Buku kecil. Nampak macam diari je ni. Haritu terjumpa surat tertinggal kat dalam ni. Sekarang ni buku lak? Adoyai~ Nak baca ke tak eh? Atif menyelak kulit depan buku tersebut.
Sah! Ni memang diari. Kena pulang balik dekat tuan dia. Pelajar puteri punya buku lah pulak. Hmmm... letak dekat bawah meja sudahlah. Segera dia memasukkan buku itu ke dalam laci meja pelajar tersebut yang berada tidak jauh dari tempatnya.
*****
Di sebuah sudut terpencil di asrama, dua orang pelajar sedang melepak kerana ingin memonteng ma'thurat berjemaah di masjid.
"Weh! Aku dah settlekan semua benda."
"Habislah Iffah, mesti kantoi punyalah."
"Dia fikir dia boleh lari dari aku? Selagi aku tak dapat hati dia, selagi tu aku akan terus menyiksa dia."
"Tapi kan, weh. Kalau sayang kita takkan sakitkan dia."
"Arghhh, peduli apa aku. Dia dah sakitkan hati aku. Kini tiba masanya untuk dia pula merana."
Inilah bukti palsunya cinta. Cinta yang sebenar bersifat menjaga, bukan menyiksa. Cinta yang sebenar akan membawa kita ke syurga, bukannya ke neraka.