Monday, 1 June 2015

BULAN

Skrin telefon pintar Samsung Note 2 kutatap indah. "Awak, bulan cantik hari ni." Berbunga hati melihat kata-kata daripadanya. Padahal ayat simple je. Dah dilamun cinta, macam tulah gayanya.

"Ye ke cntk? X percayalah." Sengaja kubalas sebegitu. Ingin melihat responnya. Badan diguling-guling di atas katil. Tak sabar menunggu balasan si dia.

Ting. Berbunyi telefon tanda ada mesej masuk. Segera dibuka peti mesej. Senyumanku bertambah lebar. Balasnya, "ish awak ni! Klau x percaya pegilah tgk sendiri kat luar tu. (emoticon geram)". Comelnya lah dia ni, gumamku dalam hati. 

Lekas aku bangkit dari katil dan menuju ke tingkap. Kubuka seluas mungkin untuk melihat si bulan. Betullah kata dia, cantik.

"Btullah, wak. Cntk! And lg cntk bila kita tgk dgn org yg kita syg, kan? walaupun awak kat sana, saya kat sini.. kita still tgk bulan yg sama."

"Yup, btul tu. semoga bulan sentiasa jadi pengikat antara kita."

"Ofkos, awak." 

Dan bulan pun menjadi saksi terhadap pengharapan mereka.

*****


Di bawah sinaran bulan yang sama, namun pada hari yang berbeza juga perasaan yang berbeza. 


Tangisan masih lagi membasahi pipi. Mata tidak lepas daripada memandang si rembulan. Kenapa? Kenapa jadi macam ni? Makin deras tangisnya mengajukan soalan ini kepada diri. 


Tangan memegang telefon yang sering menjadi tatapan setiap malam. Jika diikutkan amarah, mahu sahaja dilempar telefon itu keluar tingkap. Mujur sahaja dia masih lagi berfikiran rasional. 


Telefon itu dihala ke muka. Membaca sekali lagi mesej yang diterima 2 jam yang lalu. 


"Maafkan saya, wak. lps ni kita dah xde pape lg. saya buat semua ni sbb saya sygkan awak. maafkan saya. maafkan saya"


Itulah kata putus yang dibuat oleh kekasih hatinya. Sudah puas dia menelefon, membalas kembali mesej itu tetapi semuanya dibiar tidak berjawab. Dia bingung. Kenapa semua ini berlaku? Kenapa tiba-tiba? Kenapa?! Hati lelakinya mempersoalkan tindakan perempuan itu.


Dia masih lagi menangisi kepergian si dia. Air mata mencurah-curah keluar dari kelopak mata seperti tidak akan kering. Hampir 3 jam dia begitu dan dia pun terlena di jendela sambil ditemani cahaya bulan yang menerangi keheningan malam.


*****


Hari kian hari berlalu tanpa dirasai nikmat kehidupan. Hati ni masih lagi sakit. Masih lagi perit. Tanpa dia disisi, tiadalah ertinya aku di dunia ini. 


Peh, sampai macam tu sekali gayanya. Memang tujuan hidup dia semata sebab perempuan tu ke apa. Inilah bahana cinta. Cinta murahan.


Keseorangan aku di kerusi batu ini. Mata merenung kosong tasik di hadapan. Mencari ketenangan, mungkin. Keluhan berat kulepaskan sambil muka diraup kasar. 


Eh, secara spontan kepala dihala ke arah kiri. Terdengar ada satu suara yang sangat menarik perhatianku. Entah mengapa terasa tenang hati mendengarkannya. Tidak semena-mena aku menjadi insaf. Segera aku melangkah pulang. 


Seusai membersihkan diri dan berwudhu', Al-Quran terjemahan dicapai dari atas rak. Aku membuka helaian Al-Quran secara rawak. Muka surat 34, surah Al-Baqarah. Lantas terjemahan ayat pertama muka surat itu dibaca perlahan.


Astaghfirullah, tersentap rasanya membaca ayat-ayat daripada Allah. 



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

Ya Allah, betapa khilafnya diriku ini. Maafkan aku, Ya Rabbi. Air mata keinsafan laju menuruni pipi.

*****


Sekarang persoalan yang pernah diajukan telah berjawab. Kerana sayang, dia perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan diri masing-masing dari menjunam ke lembah neraka. 

Aku sangat bersyukur dengan tindakan yang dia buat. Semua ini demi kebaikan kami. Masakan cinta yang tidak berpaksikan kepada Allah akan bahagia. Bersyukur juga kepada Allah kerana telah menyuluhkan jalan ke arah-Nya. Terima kasih, Ya Allah.


Buat si dia, saya akan menunggu awak sehingga sampai waktunya. Akan saya mulakan kembali hubungan kita dengan cara yang halal dan semestinya cinta yang berlandaskan fillah. Dalam meniti waktu itu, saya akan giat menjadi seorang yang soleh agar kita dapat sama-sama beriringan ke Jannah-Nya. Insya-Allah.


Subhanallah, bulan terang dengan sangat cantik sekali. Dan akan jadi lebih indah bila hati kita dipasakkan dengan sebenar-benar cinta iaitu Cinta kepada-Nya.


Wallahualam.