Saturday, 18 July 2015

INDAHNYA IMAN 15

Burung bebas melayah di langit nan membiru. Bukan bersendirian, tetapi berkumpulan. Membelah langit tanpa gentar. Merentas saujana tanpa sempadan. Ah! Alangkah bahagianya jika aku boleh buat sebegitu. 

Terasa nyaman pula disapa pawana yang lembut bertiup menampar tubuhku di kala petang ini. Lagi menambahkan rasa keasyikan melihat alam yang serba indah diciptakan Allah ini. Subhanallah..

"Alhamdulillah.." Suara Muqri menarikku kembali ke alam realiti. 

Aku memandangnya dengan muka sedikit berkerut. Kenapa bertahmid?

"Alhamdulillah.. Akhirnya kita bebas daripada fitnah."

Ohh.. Hampir terlupa pula kisah kami sebentar tadi. "A'ah lah.. Alhamdulillah." Aku membetulkan duduk. Kebas pula. 

"Tapi.. Kita still ada masalah yang belum selesai." Serius Muqri menuturkan kata. 

"Masalah apa? Kan Ustaz Jamal dah lepaskan kita."

"Memanglah.. Tp, aku masih ingat lagi ayat Cikgu Ani time dia adukan kita dekat ustaz..."

"... Nasib baik ada pelajar yang maklumkan pada saya... Jika tidak tak tahulah saya perbuatan kamu ni... Saya patut berterima kasih kepada pelajar tersebut..."

 "A'ahlah.. Baru aku ingat ayat Cikgu tu. Macam ada orang cuba nak perangkap kita."

"Sebab tu aku rasa kita perlu cari siapa budak tu. Apa masalah dia dengan kita sampai dia cuba nak fitnah kita. Dah lah hal ni bukan hal kecik. Nasib baik Allah tolong kita, kalau tak, tak tahulah apa jadi kat kita."

"Tapi en.. Macam mana nak cari budak tu? Budak sekolah ni bukannya sikit."

"Takpe.. Biar aku settlekan hal ni."

*****

Aiskrim yang berada di tangan dibaham rakus. Kesejukan menular ke seluruh badan hinggakan ke otak. Terus dia memegang kepala. Brain freeze! 

"Ha..tulah. Galak sangat makan aiskrim. Kan dah kena. Haha.." Nabilah menekup mulutnya sambil ketawa. Sopan.

"Tension ah.. Dah lah baru lepas kena tuduh. Huh!" Disumbatnya lagi aiskrim ke dalam mulut.

"Lek..aku patutnya lagi malu tau. Dah lah kena sound ngan Cikgu kata aku kp bagai. Lagi sentap. Padahal tak buat dosa pun. Silap sikit je."

"Typical human. Ingat orang yang ada jawatan tu semua perfect je. Hakikatnya dia pun manusia biasa jugak. Buat silap."

"Kan..hmmm.. Bilalah nak ubah pemikiran macam tu?"

"Entah lah. Mungkin sebab kita juga yang memang selalu have high expectations on them. Tu yang bila buat salah sikit macam buat salah besar." Muka Nabilah dipandang dan sebelah keningnya diangkat. "Tapi en, ada hikmah apa wujudnya orang-orang macam ni." 

"Apa hikmahnya wahai Cik Iffah."

"Pemimpin ni qudwah en. Contoh teladan. Jadi, sememangnya dia ni perlu sentiasa baik sebab dia jadi rujukan orang bawahan. Kalau pemimpin ni pincang, macam mana orang bawahan nak ikut. Pastu nanti rosaklah sesuatu organisasi or institusi tu. Betul tak?"

"Urmmm..betul." Dia mengangguk sambil mengunyah batang kon aiskrim.

"Kesimpulannya, pemimpin memang perlu jadi yang terbaik tapi orang bawahan tak boleh jugak anggap yang mereka ni perfect. And they should also accept the leader's mistake as a moral value for them."

"Betul. Setuju sangat."

*****

"Yes! Kali ni kita berjaya. Even diorang terlepas daripada dikenakan tindakan, at least kita dapat malukan dia depan Cikgu." Tangan kanannya diangkat lantas dipukul oleh rakan sebelah. Sep.

"Yup. Setelah plan diari tu tak menjadi finally berhasil jugak plan yang ni. Hahaha..." Ketawa meletus di belakang blok aspura.

"Ehem!" Tiba-tiba muncul kelibat seseorang yang datang dari arah tepi bangunan. Dia bersandar ke dinding sambil memeluk tubuh.

"Alamak!" Peluh kerisauan mula menitik dari dahi mereka berdua. "Habislah..."

Thursday, 16 July 2015

INDAHNYA IMAN 14

"Nabilah~" lemah aja gayanya menapak ke katil sahabatnya itu. Terus diduduk tanpa sepatah kata.

"Ye saya. Ada apa?"

"Weh..." Hujung baju Nabilah yang sedang berdiri di lokernya ditarik perlahan. Inginkan kekuatan mungkin. "..diari aku hilang. Puas aku cari kat loker, beg. Semua tak ada." Mata mula menakungi air mata.

"Astaghfirullah.. Serius ke?" Terus Nabilah duduk di sisi Iffah. Ditatap mata Iffah sedalam mungkin menginginkan kepastian.

"Serius lah. Takkan nak main-main kot. Kau pun tau kan dalam tu dah lah ada macam-macam. Pasal perasaan aku bagai. Private kot benda-benda tu. Kau sorang je yang pernah baca diari aku. Kalau orang jumpa pastu diaorg baca macam mana? Risau lah. Huhu.." 

Tangan Nabilah mengusap lembut kepala Iffah yang sudah tersadai di bahunya. "Sabar eh. Kita cari sama-sama nanti. Insya-Allah selamat diari kau. Kau hanya perlu berdoa dan yakin dengan pertolongan Allah. Ok?"

"Hmmm.." Dia mengangguk. 

*****

"Makcik Nabil! Aku dah jumpa diari aku." Terus saja disergah Nabilah yang baru sahaja lalu di hadapan kelasnya.

"Ye ke? Alhamdulillah. Jumpa kat mana?"

"Bawah meja aku."

"Ohh.. Kan aku dah kata Allah mesti tolong hamba-Nya. Kan?" 

"Yup."

"Fah.. Nanti teman aku boleh? Aku ada nak bincang something dengan Atif."

"Ok.. Boleh je. Pasal apa?"

"Adakah hal kp skit. Dah alang-alang kau sekelas dengan dia, boleh tak pesankan kat dia kata nak jumpa kat bilik disiplin pukul 3.30 petang ni?"

"Aduh.. Malulah."

"Lek sudah. Tolonglah aku. Please~"

"Hurmm.. Fine. Tapi aku nak kau belanja aku aiskrim eh."

"Bukan setakat aiskrim, sepadang salji pun aku boleh bagi..haha"

*****

"Ehem! Putera!" Dia memanggil pelajar lelaki yang berada di hadapannya. Lantas insan tersebut berpaling. "Panggilkan tu." Jari telunjuk dihala ke arah Atif.

"Atif.." Bahu Atif dicuit. "..Iffah panggil."

Matanya menangkap pandangan Iffah yang dari tadi menunggu responnya.

"Er.. Kp muslimat nak jmp kat bilik disiplin pukul 3.30 petang ni."

"Ohh.. Ok."

*****

"Korg jumpa ni ada apa senanya?" Muq bertanya dalam perjalanan ke bilik disiplin bersama Atif. 

"Entah. Puteri tu yang tetiba nak jumpa."

Setiba di luar bilik disiplin mereka sudah melihat kelibat dua orang puteri di dalamnya.

Tok tok tok

"Assalamu'alaikum." Atif menyapa.

"Wa'alaikumussalam."

"Nak cakap apa?" Terus sahaja Atif memulakan bicara tanpa berbasa basi.

"Begini, nak bincang pasal ketidakadilan peraturan sekolah terhadap putera dan puteri.... Ana dapat banyak aduan daripada pihak puteri.... katanya mereka tidak puas hati.... peraturan putera lebih longgar...." Terang Nabilah.

"Bukan begitu, sebenarnya.."

Sedang mereka asyik berbincang, terdengar ketukan pintu dari luar. Muqri yang berada berdekatan dengan pintu segera membukanya. 

"Astaghfirullahaladzim.. Kamu buat apa dalam ni?!" Memetir suara Cikgu Ani merangkap guru disiplin memenuhi segenap ruang bilik disiplin itu.

"Er..Cikgu.. Kami...kami tak buat apa-apa Cikgu.. Kami bincang je cikgu."

"Bincang apa tertutup macam ni! Dengan pintunya tertutup, nisbah putera puteri sama banyak, apa nak jadi kamu ni?!"

"Tapi Cikgu, kami betul..."

"Dah cukup! Cikgu tak mahu dengar lagi alasan kamu. Kamu berdua, Atif dan Nabilah sebagai ketua pelajar telah memalukan saya selaku guru disiplin. Sekarang saya akan serahkan kamu kepada ustaz Jamal. Biar dia yang tentukan apa yang patut dilakukan kepada kamu!"

Mereka terpaku. Mereka sudah hilang segala kekuatan untuk berkata-kata. Benar-benar tidak menyangka hal sebegini akan berlaku. Tidak dapat dibayangkan reaksi guru-guru mahupun teman-teman mereka mengenai hal ini. 

Ya Allah, bantulah kami.

Wednesday, 15 July 2015

CUKUP


Cukuplah hanya Allah yang tahu,
apa di dalam hati
resah di dalam jiwa
gundah menahan rasa
impian membina cinta


Cukuplah hanya Allah yang menjadi,

pengubat segala luka
penawar rindu bertamu
penyembuh duka dan lara
penyeri futurnya hati


Cukuplah hanya kepada Allah,

kulafazkan cinta
kutebarkan rindu
kusemaikan taqwa
kubajakan iman


demi.. hanya demi menggapai redha-Mu, Ya Ilahi


Cukuplah segalanya kuluahkan kepada-Mu