Thursday, 22 December 2016

HILANG

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه"
"tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri" 


22 Januari 2017

1030 hrs

“Beb, kau kata nak amik aku kat KL Sentral, mana kau ni?”

Sepantas kilat Harith bangun dari baringnya. Mata yang tadi terpejam rapat terus terbeliak. “Aduh mak.. "

“Apa mak- mak. Ummi kat office en.” Keluhan dilepaskan perlahan. “Bang..jangan kata kau baru bangun.”

“Weh, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Kau tunggu kejap eh. Sat lagi aku sampai. Sabar tau. I’m sooo sorry my lil bro.”

“Baik kau cepat. Kalau jadi apa-apa kat aku, padan muka kau.” Mata Hakimi meliar di sekitar platform KTM. Pelbagai gelagat manusia berkejar menuju ke destinasi masing-masing. And me? Just sitting here alone waiting for my twin to come and get me. Huh! Abang, abang, sabar jelah.

“Weh, janganlah cakap macam tu. Kau adik yang paling aku sayang kot. Aku mana boleh hidup tanpa kau. Kau lah adik aku dunia akhirat, satu-satunya kembar…”

“Dah-dah! Takyah membebel boleh tak. Rilek ah.. Kimi qawiy kot. Pergilah siap cepat!”

“Hmm.. yelah. Jap eh.” Tuala mandi dicapai. Hanya dengan sekelip mata sahaja dia sudah siap untuk mengambil Hakimi. Wow! Hashtag penulis kagum. Cermin di bilik dijeling sekilas. ‘ok, cun. Dah hensem.’ 




1100 hrs

Hakimi berdiri memandang sekeliling. Tak nampak lagi kelibat abang.

Eishh.. abang ni. Sampai sekarang tak muncul-muncul. Pukul berapa dah ni? Kepala yang tidak gatal digaru-garu.

Ahah! Dia memetik jari. Ada idea. Nak naik kejaplah, jalan-jalan. Jalan-jalan cari... makan? Pasal? Zaujah? Lol, kay itu merepek. Takkanlah aku mampu menduakan hati aku dengan insan lain. Cukuplah hanya dikau yang bertahta di hatiku. Engkaulah cinta pertama dan terakhirku, wahai Rasulullah. Cewah! Amacam? Sweet en? Kau ada?

Hakimi membetulkan beg di bahu. Katanya KL Sentral ni dah ada pusat beli-belah. NU Sentral namanya. Tak rugi kan kalau nak gi usha kejap. Nanti pandai-pandailah abang nak cari aku kat mana.

Dia mengoyak senyum. Yeah! Akhirnya dah jejakkan kaki dekat tempat ni. Perghh.. besar gila. Kalau nak tawaf satu bangunan ni mahu tercabut kaki.

Brrrr… cepat-cepat dia pegang perut. Lapar lah pulak. Mana nak cari makanan,eh? Hmmm.. tadi rasanya dekat dengan tangga automatik ke KL Sentral ada kedai Big Apple. Pergi situ jelah.

Secara refleks, kepala Hakimi menoleh ke belakang. Bulu roma automatik menegak. Rasa macam.. ada orang panggil nama tadi. Tapi bila tengok, takdepun. Perasaan je kot. Langkah diteruskan. Rasa serba tak kena lah. Kenapa rasa macam tengah diperhatikan? Mata berlari menyapa sekeliling. 

Telefon bimbit di kocek dibawa keluar. Nombor Harith segera didail.

“Hello, assalamu’alaikum, bang. Kau kat mana? Cepat amik aku.”

“Ye, ye. Sabar lah sikit. Dah nak sampai ni.”

“Aku tak sedap hati ni. Cepat sik….”

“Hakimi? Hello, Mi?”

“Abang!!!” talian terputus.



1115 hrs

Usai Harith memarkirkan kereta, berlari-lari anak dia ke kawasan utama KL Sentral. Dari tingkat 1 bangunan KL Sentral itu sehinggalah ketingkat yang paling atas dia jelajahi.

"Hakimi! Hakimi!"

Malangnya jeritannya itu tidak bersahut.



1230 hrs

Harith melabuhkan duduk di kerusi yang terletak bersebelahan dengan restoran KFC. Peluh yang mengalir di pipi dikesat menggunakan tangan. Matanya masih lagi meliar mencari kelibat adiknya itu.

“Kimi, kau kat mana ni? Kenapa masin sangat mulut kau ni, ha?”

Telefon digenggam erat. Harith mendial lagi nombor Hakimi buat yang keberapa ratus kali entah. Dan ratusan kali itu jugalah dia hanya dapat mendengar suara operator, bukan suara ceria adiknya.

Harith meraup muka. Buntu. Dia sudah buntu ke mana lagi harus dicari adiknya. Harith memandang jam di tangan. Tidak lama lagi dah nak masuk waktu zohor. Dia menapak perlahan menuju ke surau. 



1330 hrs

Tubuh Harith terasa digoncang.

“Encik, bangun encik.”

Mata Harith dibuka perlahan.

“Encik, encik mimpi buruk ni. Bangun ye, solat zohor. Tenangkan diri.” Harith mengangguk perlahan.

Mimpi buruk?

“Abang.. abang..” suara Hakimi bergema di setiap penjuru.

“Kimi! Kau dekat mana?”

“Ada dalam hati kau. Cuba kau tengok.”

Harith melihat ke dada kirinya. Ya Allah!

“Kenapa, abang? Jumpa tak aku dalam hati kau? Oh ye, aku lupa yang hati kau dah takde. Yang kau nampak hanyalah lubang kosong je, kan. Yelah, sebab aku dah takde tempat dalam hati kau. Kau dah buang satu-satunya kembar yang kononnya kau sayang sangat.

Tapi disebabkan perempuan, kau buang aku. Kau buang aku dari hati kau! Kau layan perempuan tu sampai lewat malam. Sebab tu kau lewat ambil aku, kan? Kau tertidur lepas subuh sebab mengantuk sangat. Betul kan, abang?

Tapi kau jangan risau, kembar abang ni tak marah. Sikit pun aku tak marah dekat kau. Sebab aku sayang sangat dekat kau. Tapi, kau tanggunglah akibatnya. Sekarang ni aku dah takde dalam hidup kau. Aku dah pergi, tinggalkan abang.”

“Kimi!! Aku tahu tu salah aku. Aku abaikan kau. Kimi, jangan pergi! Jangan pergi tinggalkan aku.”

“Maaf, abang. Semuanya dah terlambat.”

Tiba-tiba terdapat sebuah beg baju di hadapan Harith. Serta merta dia membuka zip beg tersebut. Ya Allah! Mulut ditekup tanda tidak percaya. Air matanya meluncur laju. Dadanya berdegup kencang. 

Alangkah terkejutnya dia saat melihat sekujur tubuh telah dikerat-kerat dan dimasukkan ke dalam beg itu. Dan lebih menyayat hati apabila tubuh itu adalah milik kembarnya. “Hakimi!!!”

Pada ketika itu juga, dia berasa seperti dunianya sedang bergegar. Dia akhirnya terjaga.

“Astaghfirullah, astaghfirullah. Ya Allah, aku harap itu hanyalah mainan syaitan. Selamatkanlah Hakimi, Ya Allah.”

Dia bingkas bangun untuk mengambil wudhu’ dan menunaikan solat zohor. Doa dipanjatkan dengan penuh kesayuan memohon agar Allah memelihara Hakimi daripada sebarang kecelakaan dan musibah.

Lama dia duduk di atas sejadah. Kata-kata Hakimi dalam mimpinya begitu menusuk ke dalam hatinya. Sungguh, dia mengakui perbuatannya dan kini dia menyesal. Tapi, apakan daya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hakimi sudah tidak dapat dijumpai!



1830 hrs

“Hello, assalamu’alaikum Harith.” Suara Ummi kedengaran dari corong telefon.

“Walaikumussalam.”

“Abang kat mana? Dah nak malam ni. Bila nak balik?”

“Abang dekat KL Sentral lagi, ummi. Abang tak nak balik lagi. Nak tunggu Hakimi. Bye, ummi..”

“Abang…” Lembut suara ummi memujuk.

“Assalamu’alaikum.” butang off ditekan.



2300 hrs

Loceng bergema di segenap ruang rumah. Ummi segera menuju ke pintu.

“Abang..” Harith masih tidak berganjak dari muka pintu.

“Ummi.. abang minta maaf. Abang tak jumpa Hakimi.” Mata Harith bergenang dengan air mata. Kepalanya diletakkan di atas bahu ummi.

Ummi mengusap-usap lembut kepala Harith. “Takpe, abang. Sabar ye. Dah cukup 24 jam nanti kita buat laporan polis ye. Sekarang ni abang doa banyak-banyak untuk Hakimi supaya dia selamat.”

Harith diam tidak membalas kata-kata ibunya. Sukar dia ingin menerima kenyataan bahawa kembarnya telah hilang. Dan lebih menyakitkan, semuanya berlaku di atas kesilapannya sendiri.

“Dah lah tu, bang. Pergi mandi, tidur. Esok bangun pagi buat solat sunat tahajud, solat hajat untuk keselamatan Hakimi. Kalau Harith diam macam ni, dia takkan balik pun.”

Harith sekadar mengangguk dan mengatur langkah pergi.



23 Januari 2017

0000 hrs

Pintu bilik Harith diketuk. “Abang.. dah tidur ke?” suara ummi kedengaran.

“Belum lagi, ummi.”

“Mari keluar kejap." Ummi mengesat matanya. Macam baru lepas nangis.

Ummi dan Harith menyertai ayah di ruang tamu.

“Ayah nak beritahu pasal Hakimi. Tadi ayah terima panggilan.” Mata ayah mula bergenang. “Mereka kata….” Ayah memalingkan muka, menahan tangis barangkali.

Jantung Harith berdegup laju. Dadanya terasa sesak. “Apa yang mereka kata, ayah?”

Ayah masih diam, tidak menjawab. Mungkin kenyataan itu sangat perit untuk diluahkan.

“Ayah…” Harith menutup muka. Kalau tidak mengenangkan dia seorang lelaki, pasti dia sudah menangis teresak-esak. Cukuplah dengan diamnya ayah telah menjelaskan segalanya kepada Harith. Sungguh, dia menyesal akan kesilapannya.

Tiba-tiba pandangan Harith menjadi gelap. Eh, eh! Kenapa ni?

Dia meraba mukanya. “Siapa yang tutup mata Harith ni? Kenapa?”

“Sebab abang lambat.” Suara Hakimi menggetarkan gegendang telinga Harith. Harith tergamam.

Cahaya perlahan-lahan sudah mula memasuki retina mata Harith.

“Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan Harith Firdaus! Allah selamatkan kamu!” bergema suara Ummi, ayah dan Hakimi.

Harith mengesat mata. Betul ke apa yang dilihatnya? “Hakimi?”

Hakimi yang sedang memegang kek mengangguk. “Ye ni aku. Mentang-mentang aku takde kat rumah 2 bulan, kau dah tak ingat muka aku.”

“Tapi, bukan kau.."

“Asal? Kau ingat aku hilang? Kena culik?”

Harith memegang kepala. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. “Yelah. Time kau call aku pagi tadi, kau jerit macam kena apa je. Pastu aku cari kau satu KL Sentral kot, tak jumpa. Pastu tadi ayah..” Harith memandang pula ayah yang dari tadi tersengih. Ah, sudah! Harith menepuk kepala. “Cis! Aku kena tipu rupanya.”

“Hahahahaha…” ketawa meletus.

“Itulah kau, siapa suruh kau lambat ambil aku. Ha.. kan dah kena birthday prank.”

Ummi datang dari dapur membawa piring dan sudu. “Rugi Hakimi tak tengok muka abang masa dia balik tadi. Macam mayat hidup gayanya bila dia tak jumpa Kimi.”

“Ummi, shushh. Janganlah kantoikan abang." Dia menggosok belakang tengkuk. Malu! "Yelah, Hakimi kan dah macam separuh hidup abang. Maklumlah, kongsi rahim dari sebelum lahir lagi, kan.”

“Abang! Sini jap!” Jerit Hakimi dari biliknya. Bila dia masuk dalam bilik pun Harith tak perasan. Tau-tau dah hilang.

Pintu bilik ditolak perlahan. Hakimi pun menghulurkan sekotak hadiah kepada Harith. “Apa ni?”

“Bukak la.”

Pembalut hadiah dibuka dengan teliti. Mulut Harith ternganga apabila melihat isi kotak itu. Matanya bercahaya memandang Hakimi.

“Kau kan bagitahu aku yang kamera kesayangan kau tu dah rosak. So, aku belikanlah yang baru untuk kau.”

“Beb, tapi ni DSLR kot. Mana kau dapat duit?” Harith membelek-belek kamera barunya.

“Adalah..” Dia menumbuk bahu Harith. “Kau tu lah lambat sangat sampai. Aku pergi jalan-jalan kat NU Sentral pastu terjumpa kedai kamera. And suddenly teringat dekat kau.”

Kamera diletakkan di atas meja. Harith menyilangkan tangan. “Now, cerita kat aku macam mana kau kenakan aku?”

Serta-merta Hakimi ketawa. “Tak sangka pulak plan aku ni menjadi. Sayang betul kau kat aku eh.”

“Gila tak sayang. Pastu dah lah aku mimpi kau kena kerat bagai. Mau tak tercabut jantung aku.”

“Ye ke? Dahsyatlah. Well, time aku call kau tu, memang betul pun aku rasa tak sedap hati. Pastu tiba-tiba ada orang tutup mata aku. Time tu lah aku jerit kat kau dan putuskan talian. Sekali pusing belakang, tengok-tengok.. Ikram rupanya.”

“Ikram? Classmate kita dulu tu?”

“A’ah.. tiba-tiba terjumpa dekat situ. Lepastu aku pergilah lepak dengan dia, beli kamera kau. Dia jugak lah yang hantar aku balik.”

“Apasal aku call kau tak dapat-dapat?”

“Hehe.. aku saje matikan fon aku. Sebab nak pastikan plan ni berjalan.”

Harith menyekeh kepala Hakimi. “Ish! Kuang asam punya adik. Kau tau tak betapa susahnya hati aku tak jumpa kau.”

“Ish! Rosak rambut aku.” Hakimi merapikan rambutnya. “Takpelah.. at least aku tau yang kau betul-betul sayang aku.”

“Takpe, takpe. Kau tunggu esok. Aku kenakan kau pulak. Nasib baik birthday kita lain tarikh.” 

Walaupun kembar, tarikh lahir mereka berbeza sebab Harith lahir dahulu pada pukul 11.58 malam 23 Januari 1999 manakala Hakimi lahir pada pukul 12.03 pagi 24 Januari 1999. 

"Eleh, tak takut pun."

“Bukan main berlagak. Kau tunggulah nasib kau nanti.”

“Don’t worry. I’ll be waiting. And I’m sure that you cannot beat my ideas.” Kening sebelah Hakimi diangkat.

“Huh! Kalau bukan tahun ni pun tahun depan punya depan punya depan pun ada lagi. Btw, thanks a lot bro untuk kamera tu.” Badan Hakimi dipeluknya.

“No hal. Untuk kau, bintang kat langit pun aku akan capai.”

“Kau dengan ayat-ayat manis kau tu boleh buat orang kencing manis tau tak?”


“Haha.. well."Hakimi mendepangkan tangan. Bangga bukan main. "Weh.. Happy birthday. Semoga kau berjaya dunia dan akhirat, dapat jodoh yang baik, jadi orang yang berguna. Nanti kalau kau dah masuk syurga jangan lupa cari aku macam mana kau cari aku hari ni tau. Lastly, uhibukkafillah.”

"Ummi! Abang rasa abang dah terkena sakit kencing manis!"

"Haha.."

Wednesday, 8 June 2016

PELANGI

Ruang terbuka di atas bangunan itu sepi. Yang kedengaran cumalah bunyi geseran pagar-pagar di sekeliling ruang itu yang hampir sahaja tercabut ditampar oleh angin kencang. 
Di satu sudut terdapat kertas-kertas peperiksaan bersepah bertaburan di atas lantai. Tiupan angin tadi telah menyumbang kepada keserakan kertas-kertas itu. Aneh, bagaimana kertas ini boleh berada di sini? Jika hendak dikatakan tercicir dari dewan peperiksaan masalahnya jarak dua kawasan ini jauh.
Amalina mencapai satu set kertas peperiksaan. Dia membaca muka hadapan kertas tersebut, tertera matapelajaran 'Biologi'. Bahagian atas kertas itu pula menjadi perhatiannya. 'Eh, ini kertas peperiksaan Lia.' Dia segera mengutip kertas-kertas lain yang bertaburan di kawasan itu. Diperhatinya satu persatu. Ini semua milik Lia. Kenapa ada di sini?
Awan hitam sudah mula kelihatan di kaki langit. Rupanya pawana yang bertiup itu petanda bahawa hari nak hujan. Amalina memegang erat tudungnya daripada terus berkibar-kibar ditiup angin. Telapak tangan ditadah. Setitis. Setitis. Setitis. Hujan sudah mula membasahi bumi.
Amalina mencari-cari kelibat seseorang. "Lia! Lia! Kau ada kat sini ke, Lia?" Dirondanya satu kawasan lapang itu. 

"Astaghfirullahaladzim.. Lia! Kau buat apa ni Lia?!" Alangkah terkejutnya dia melihat Lia sedang duduk di atas tembok bangunan itu. Kaki dibiarkan terjuntai ke bawah sambil wajah dihadapkan ke kawasan berbukit bersebelahan sekolah mereka.
"Lia.. kau kenapa ni? Lia, nak hujan ni. Turunlah Lia, bahaya ni." Tangan Lia dicapai. Cuba untuk memujuknya turun.
"Aku.. aku.." Lia menangis. Titisan air matanya berderai membasahi pipi bersama-sama dengan titisan hujan yang semakin deras.
Amalina menggenggam erat tangan Lia. "Lia, kenapa ni? Ceritalah dekat aku."
"Masa depan aku dah musnah, Mal! Musnah! Cita-cita aku dah hancur! Hancur...tsk tsk"
"Aku nak jadi doktor." Kata-kata Lia dahulu menerjah keluar dari kotak memori Amalina. Dia melihat kertas yang dikutipnya tadi. Hujan yang menimpa kertas itu tidak diendahkan. Habis lencun dibuatnya. Biologi. 40%.
Lia merenung kosong rintihan hujan. "Macam mana aku nak jadi doktor kalau keputusan aku teruk, weh. Macam mana? Aku dah give up. Give up dengan life aku." Lia menutur perlahan.
Membulat mata Amalina mendengar apa yang Lia katakan. "Hei! Lia yang aku kenal tak macam ni tau. Lia yang aku tahu yang bercita-cita nak jadi doctor, yang nak bantu orang, bukan seorang yang lemah semangat macam ni. Sis, wake up! Ni baru sikit ujian Allah bagi dekat kau. Peperiksaan ni bukan segala-galanya, sayang. Life kau bukan terletak dekat markah peperiksaan, tapi dekat tangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau, Lia."
Dipusingkan badan Lia menghadap dirinya. "Lia, pandang muka aku." Mereka berpandangan.
"Kau suka pelangi, kan?" Lia mengangguk perlahan. "Pelangi tu tak datang dengan sendirinya. Kecantikan pelangi itu hanya akan hadir selepas hujan. Macam sekarang. Ada kau tengok tengah-tengah panas terik tetiba ada pelangi? Takde, kan?
Macam tu jugak kejayaan ni, Lia. Kau kena harungi dulu ujian ni. Allah nak uji sejauh mana nekad dan keazaman kau nak jadi seorang doktor untuk bantu orang. Kalau betul niat kau nak tolong orang, nak jadi doktor, kau takkan mudah putus asa. Ada banyak lagi peluang kau untuk berjaya, Lia. Now, janji dengan aku, janji dengan diri kau yang kau akan bangkit. Bangkit untuk kejar cita-cita kau. Okay?"
Lia tersenyum segaris. Air mata di pipinya dikesat dengan hujung baju. "Okay." 

"Ha.. macam ni lah kawan aku." Lia tergelak kecil.

Hujan sudah mula berhenti. Awan juga sudah berarak pergi. Mentari pun memunculkan diri.

"Amal, duduklah sini." Lia mengajak Amalina duduk di tempat kosong sebelahnya. Muka Amalina jadi berkerut. "Ala.. takde papelah. Selamat je. Serius!" Amalina pun menurut kehendak Lia. 
"Lia! Tengok tu." Jari telunjuk Amalina dihala ke arah langit.
"Pelangi!" 

Thursday, 14 April 2016

TEAM

"Weh, bro bawak siapa tu?" empat orang sekawan meninjau meja perpustakaan itu dari jauh.

"Macam kb je tu."

"Kb? Lawak apa. Jangan kata dia nak join kita. Habislah."

Mereka pun mengambil tempat di situ.

"Kenalkan ahli pasukan baru korang. Nama dia......." Dan ayat-ayat selepas itu berlalu macam itu sahaja.

"Ish! Dah lah nama sama. Menyampahnya.. huh!" 'Teammate' baru di sebelah dijeling sekilas.

Dan latihan pada hari itu berlalu tanpa senyuman dan perasaan yang tidak tahu macam mana nak ditafsirkan.

*****

Hari demi hari berlalu, masa kian pantas meninggalkan kita. Hampir setengah tahun juga kita bersama. Sebagai satu pasukan.

Susah senang.. nangis ketawa.. suka duka ibarat sudah dikongsi bersama.
Sungguh segala apa yang telah dilalui ini tidak semuanya indah tetapi meninggalkannya adalah suatu perkara yang amat menyakitkan

4 April 2016 
Tarikh penentu. Penentu berakhirnya segalanya. Berakhir dengan sebenar-benar pengakhiran.

Sakit. Tak tipu. Sakit sangat. Bukan sakitnya kekalahan tetapi sakitnya pengakhiran dan perpisahan.

Tapi, masa akan menyembuhkan. Dan hati ini sedang redha dengan segala ketentuan yang hakikatnya memang ada banyak sangat hikmahnya.

*****

To Hilyah,
thanks for everything
Ilmu, masa, makanan, kematangan
Thanks sebab sudi layan perangai kita yang sangat tak matang dan layan mood swing kita bagai.
Thanks dah anggap kita sebagai kawan. 
Hope dapat tarik kita sama-sama berjaya dalam SPM and tarik kita masuk syurga nanti, kay.

To admfarhan,
thanks for everything jugak
tak terkira banyaknya jasa awak dekat kita sampai tak terluah kat sini.
hanya Allah yang mampu membalasnya
Hope bond kita kekal sampai jannah
Stay sado eh, jaga hati
nanti dah fly jangan lupakan kita

To Izufa,
thanks coz always there
sematkan memori kita dalam ingatan eh
kenang kita dalam doa
may our friendship for 5 years will still counting and till jannah
sorry for everything
coz i admit that i am not a good friend for you
forgive me

To kembar,
thanks a lot dapat adapt dengan kitaorang
thanks sudi anggap aku as kembar kau
layan perangai yang entah pape dan sebagainya
jangan lupa kenangan ni
thanks untuk masa dan pengorbanan yang dilakukan
may Allah bless us


To all of you, 
I love you guys. kbai




p/s: senanya banyak lagi benda nak bebel tapi takpelah. Selebihnya ana simpan dalam hati je. sekian

MENTARI

"Yan! First time weh aku tak tidur time kelas."

"Peh.. bagus-bagus. Semoga istiqamah eh."

"Haha.. tapi memang rekod ah first time tak tidur. Macam mana boleh tetiba macam tu eh? Hmmm."

*****

Buku di tangan diselak perlahan. Getting prepared for this subject. Act acah-acah nak menyeru semangat Imam Syafie, tapi satgi tengoklah.. syahid jugak. Huh!

Pemandangan di luar kelas dipandang sekilas. Eh! Mata dilarikan kembali melihat buku. غض البصر! غض البصر! 

Dan cikgu pun melangkah masuk ke dalam kelas. Dengan semangat keazaman aku terus menuntut ilmu.

Masa demi masa berlalu. Mata masih lagi celik memandang cikgu di hadapan.

Eh, asal tak rasa mengantuk eh. Pastu tetiba rasa semangat nak belajar. Padahal rutin harian tak berbeza pun.

Ke sebab........? 

Wallahu'alam

*****

Aku nak hadir aku ibarat mentari
Yang hadirnya menyinari bumi
hadir aku menyinari hari kalian
membuatkan kalian tersenyum
membuatkan kalian gembira
membuatkan kalian semangat

Tapi aku hanyalah insan biasa
yang hadirku kadang tidak berguna
tidak mampu meninggalkan kesan kepada kalian

Akankah ada insan yang akan menganggap aku seperti mentarinya?

Walaupun begitu
aku masih lagi berharap dapat menjadi mentari kalian
kerana aku tak mampu untuk melihat kalian sirna
biarkan diri ini yang bersinar malap,
asalkan bukan kalian

Teruskan tersenyum ya, sahabat

.....

"Yang kau senyum tiba-tiba ni apahal?"

"Tak.. aku teringat kat sorang ni. Lawak betul. Orang lain semua duk kutuk-kutuk budak tu tapi dia suka."

"Kutuk siapa? Asyraf?"

"A'ah."

Aku angkat kening sebelah. "Ada ke orang suka dia? Yang aku dengar orang tak suka dia memang ramai."

"Ada. Itulah pasal. Pelik betul dengan budak tu."

"....."

"Kadang dia cerita jugak lah kat aku pasal Asyraf tu. Pastu dia kata lah yang dia cemburu dengan kau."

"La.. apasal pulak?"

"Yelah.. dulu kan kecoh gak lah kata yang dia suka kau."

"Ya Allah, mana ada lah. Dia tak suka aku pun. Jangan buat fitnah, kesian dia."

"Eleh, mana kau tau?"

"Alah.. aku tau lah. Aku kan kembar dia. Haha!"

"Hmm.. yelah tu."

"Cakap kat budak tu, kata yang aku dengan Asyraf takde pape pun. And dia tak suka pun aku. So, cakap kat dia jangan cemburu eh dengan aku."

"Yolah."

"....."


Wednesday, 16 March 2016

INDAHNYA IMAN 19

Pen ditangan dipusing-pusingkan. Soalan Matematik Tambahan di atas mejanya tidak berganjak sejak setengah jam yang lalu. Fikirannya tidak tenang. Aishh.. tak boleh jadi ni.

"Nabilah, aku keluar kejap tau." Setelah mendapat respon daripada sahabatnya terus Iffah bergerak menuju ke taman berdekatan kelasnya.

Kerusi batu yang menghiasi taman itu menjadi sasaran. Keluhan berat dilepaskan. Namun, tidak mampu meredakan kekusutan dalam fikirannya.

Dia menghalakan pula pandangan ke langit. Kosong. Gelap. Tapi indah. Akan jadi lebih indah kalau hadirnya sang bulan. Ketiadaan rembulan pada malam ini sedikit sebanyak menyuramkan suasana. Seperti suramnya perasaan Iffah pada ketika ini.

Lama dia merenung, mencari jawapan. Adakah dia jadi sebegini kerana Atif? Adakah kerana dia telah mengetahui musibah yang menimpa Atif? Mungkin. Mungkin itulah jawapannya.

Perbualannya bersama dengan Nabilah pada petang tadi diputar kembali di dalam memori.

"Fah, tahu tidak yang Atif masuk hospital?" Tersentak Iffah mendengar berita daripada Nabilah.

"Yeke? Patutlah dah lama dia tak datang sekolah. Kenapa?"

"Dengar cerita, katanya kepala dia terhentak batu. Tapi tak tahu pulak macam mana."

"Astaghfirullah." 


Hatinya menjadi sebak apabila teringatkan Atif. Kecederaan di kepala bukan sesuatu yang boleh diambil ringan. Berkemungkinan boleh meragut nyawa. Nauzubillah.

"Ya Allah, kau sembuhkanlah Atif. Engkau jualah yang memiliki segala kekuatan, kurniakanlah sebahagian kekuatanMu kepada Atif, Ya Allah..."

Bersungguh-sungguh Iffah melafazkan doanya dengan penuh pengharapan agar Atif kembali sihat seperti sediakala. Dengan titisan air mata dia bermohon.

Dia meraup muka sambil menyeka tangisan di pipi. "... amin Ya Rabbal'alamin."

*****

Muqri mengangkat gagang telefon awam di sekolah lalu mendail suatu nombor. Tett.. tett.. Sambil dia menunggu panggilannya bersambut, disapa matanya melihat persekitaran sekolah. 

Tiba-tiba dia terlihat kelibat seorang bidadari dunia sedang berjalan ke arahnya. Tapi kenapa wajah bidadari itu suram je malam ni? Tett.. Tet. "Hello, assalamu'alaikum makcik." Fokusnya kembali kepada tujuan asalnya dia di situ.




"Eh, Iffah." Tangan Iffah disiku perlahan. "Tu bukan kawan baik Atif ke?"

"Mana?" 

"Tu, yang dekat public phone tu."

"Hmm.. Ntah. Yelah kot." Kepala yang tadi diangkat kembali dihala ke bawah. Melayan jiwanya yang gundah.

"Ish kau ni. Diaorang kan sekelas dengan kau, takkan tak tau kot."

"Sori.." Sepatah kata itu je yang mampu dibalas kepada Nabilah.




"Makcik, Atif apa khabar?"

"..."

"Yeke makcik? Atif dah sedar?!" Kebetulan ketika itu Iffah dan Nabilah sedang berjalan di belakang Muqri.




Iffah yang terdengar akan perbualan Muqri dengan mak Atif serta-merta menoleh ke arah Nabilah. 

"Nabilah! Dia sebut nama Atif ke tadi?"

"Aku rasa aku pun dengar jugak."

"Kita tunggu kejap. Nak cakap something lah dekat Muqri." Mereka menunggu tak jauh dari kedudukan Muqri.




"..."

"Alhamdulillah, Ya Allah. Lega saya dengar. Makcik kalau saya nak melawat dia nanti, boleh?"

"..."

"Insya-Allah hujung minggu ni saya datang ye. Kirim salam saya dekat Atif, makcik. Assalamu'alaikum." Gagang telefon diletak setelah salamnya dibalas.

Baru sahaja hendak melangkah pulang ke asrama, dia dihalang oleh dua orang puteri.

"Ermm.. Muqri." Bidadari dunia itu mula bersuara.

"Ye saya."

"Nak tanya ni, urmmm... macam mana nak cakap eh urmm..." Nabilah di sebelah dipandangnya. 'Tolonglah aku'. Dia sekadar menjongkitkan bahu. 'Aku tak tahu pun kau nak cakap apa.' Berbahasa isyarat pula mereka ni.

"Sebenarnya nak tanya pasal Atif. Dia ok ke?"

Ohh.. tegur aku sebab nak tanya pasal Atif ke. Patutlah suram aje muka. Risau agaknya. "Alhamdulillah, dia dah sedar."

Bersinar-sinar mata Iffah mendengar jawapan Muqri. "Yeke?! Alhamdulillah." 

"Ha.. oklah. Nak tanya tu je. Terima kasih." Iffah dan Nabilah pun bergerak pulang meninggalkan Muqri. 

Tak lekang senyuman dari bibir Iffah. Lega benar rasa hatinya. Kekusutan yang dirasakan tadi seakan sudah hilang, terbang melarikan diri. 

"Amboi, Fah. Tadi kemain gaya macam mayat hidup. Ni sengih macam bulan jatuh ke riba ni apasal?" Tegur Nabilah.

"Hehe.. takda apa-apa. Tiba-tiba aja rasa seronok. Alhamdulillah."




Muqri juga melangkah pulang dengan senyuman segaris.

'Bidadari suram kini telah kembali bersinar setelah mendengar keadaanmu yang semakin pulih, Atif. Nampaknya engkau adalah pemegang semangat bidadari duniaku. Tahulah aku bahawa dalam hatinya ada dirimu. Tidak mengapalah, asalkan dia gembira, sudah cukup untuk membuatkan aku tersenyum. Cepat kembali ya, sahabat.'

Langkah kaki diteruskan dengan perasaan yang bercampur-baur. Sungguh dia tidak mampu mentafsir apa yang dirasakannya pada ketika ini.