Ruang terbuka di atas bangunan itu sepi. Yang kedengaran cumalah bunyi geseran pagar-pagar di sekeliling ruang itu yang hampir sahaja tercabut ditampar oleh angin kencang.
Di satu sudut terdapat kertas-kertas peperiksaan bersepah bertaburan di atas lantai. Tiupan angin tadi telah menyumbang kepada keserakan kertas-kertas itu. Aneh, bagaimana kertas ini boleh berada di sini? Jika hendak dikatakan tercicir dari dewan peperiksaan masalahnya jarak dua kawasan ini jauh.
Amalina mencapai satu set kertas peperiksaan. Dia membaca muka hadapan kertas tersebut, tertera matapelajaran 'Biologi'. Bahagian atas kertas itu pula menjadi perhatiannya. 'Eh, ini kertas peperiksaan Lia.' Dia segera mengutip kertas-kertas lain yang bertaburan di kawasan itu. Diperhatinya satu persatu. Ini semua milik Lia. Kenapa ada di sini?
Awan hitam sudah mula kelihatan di kaki langit. Rupanya pawana yang bertiup itu petanda bahawa hari nak hujan. Amalina memegang erat tudungnya daripada terus berkibar-kibar ditiup angin. Telapak tangan ditadah. Setitis. Setitis. Setitis. Hujan sudah mula membasahi bumi.
Amalina mencari-cari kelibat seseorang. "Lia! Lia! Kau ada kat sini ke, Lia?" Dirondanya satu kawasan lapang itu.
"Astaghfirullahaladzim.. Lia! Kau buat apa ni Lia?!" Alangkah terkejutnya dia melihat Lia sedang duduk di atas tembok bangunan itu. Kaki dibiarkan terjuntai ke bawah sambil wajah dihadapkan ke kawasan berbukit bersebelahan sekolah mereka.
"Astaghfirullahaladzim.. Lia! Kau buat apa ni Lia?!" Alangkah terkejutnya dia melihat Lia sedang duduk di atas tembok bangunan itu. Kaki dibiarkan terjuntai ke bawah sambil wajah dihadapkan ke kawasan berbukit bersebelahan sekolah mereka.
"Lia.. kau kenapa ni? Lia, nak hujan ni. Turunlah Lia, bahaya ni." Tangan Lia dicapai. Cuba untuk memujuknya turun.
"Aku.. aku.." Lia menangis. Titisan air matanya berderai membasahi pipi bersama-sama dengan titisan hujan yang semakin deras.
Amalina menggenggam erat tangan Lia. "Lia, kenapa ni? Ceritalah dekat aku."
"Masa depan aku dah musnah, Mal! Musnah! Cita-cita aku dah hancur! Hancur...tsk tsk"
"Aku nak jadi doktor." Kata-kata Lia dahulu menerjah keluar dari kotak memori Amalina. Dia melihat kertas yang dikutipnya tadi. Hujan yang menimpa kertas itu tidak diendahkan. Habis lencun dibuatnya. Biologi. 40%.
Lia merenung kosong rintihan hujan. "Macam mana aku nak jadi doktor kalau keputusan aku teruk, weh. Macam mana? Aku dah give up. Give up dengan life aku." Lia menutur perlahan.
Membulat mata Amalina mendengar apa yang Lia katakan. "Hei! Lia yang aku kenal tak macam ni tau. Lia yang aku tahu yang bercita-cita nak jadi doctor, yang nak bantu orang, bukan seorang yang lemah semangat macam ni. Sis, wake up! Ni baru sikit ujian Allah bagi dekat kau. Peperiksaan ni bukan segala-galanya, sayang. Life kau bukan terletak dekat markah peperiksaan, tapi dekat tangan Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk kau, Lia."
Dipusingkan badan Lia menghadap dirinya. "Lia, pandang muka aku." Mereka berpandangan.
"Kau suka pelangi, kan?" Lia mengangguk perlahan. "Pelangi tu tak datang dengan sendirinya. Kecantikan pelangi itu hanya akan hadir selepas hujan. Macam sekarang. Ada kau tengok tengah-tengah panas terik tetiba ada pelangi? Takde, kan?
Macam tu jugak kejayaan ni, Lia. Kau kena harungi dulu ujian ni. Allah nak uji sejauh mana nekad dan keazaman kau nak jadi seorang doktor untuk bantu orang. Kalau betul niat kau nak tolong orang, nak jadi doktor, kau takkan mudah putus asa. Ada banyak lagi peluang kau untuk berjaya, Lia. Now, janji dengan aku, janji dengan diri kau yang kau akan bangkit. Bangkit untuk kejar cita-cita kau. Okay?"
Lia tersenyum segaris. Air mata di pipinya dikesat dengan hujung baju. "Okay."
"Ha.. macam ni lah kawan aku." Lia tergelak kecil.
Hujan sudah mula berhenti. Awan juga sudah berarak pergi. Mentari pun memunculkan diri.
"Amal, duduklah sini." Lia mengajak Amalina duduk di tempat kosong sebelahnya. Muka Amalina jadi berkerut. "Ala.. takde papelah. Selamat je. Serius!" Amalina pun menurut kehendak Lia.
"Ha.. macam ni lah kawan aku." Lia tergelak kecil.
Hujan sudah mula berhenti. Awan juga sudah berarak pergi. Mentari pun memunculkan diri.
"Amal, duduklah sini." Lia mengajak Amalina duduk di tempat kosong sebelahnya. Muka Amalina jadi berkerut. "Ala.. takde papelah. Selamat je. Serius!" Amalina pun menurut kehendak Lia.
"Lia! Tengok tu." Jari telunjuk Amalina dihala ke arah langit.
"Pelangi!"