Thursday, 22 December 2016

HILANG

"لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يحب لنفسه"
"tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya seperti mana dia mencintai dirinya sendiri" 


22 Januari 2017

1030 hrs

“Beb, kau kata nak amik aku kat KL Sentral, mana kau ni?”

Sepantas kilat Harith bangun dari baringnya. Mata yang tadi terpejam rapat terus terbeliak. “Aduh mak.. "

“Apa mak- mak. Ummi kat office en.” Keluhan dilepaskan perlahan. “Bang..jangan kata kau baru bangun.”

“Weh, aku minta maaf. Minta maaf sangat-sangat. Kau tunggu kejap eh. Sat lagi aku sampai. Sabar tau. I’m sooo sorry my lil bro.”

“Baik kau cepat. Kalau jadi apa-apa kat aku, padan muka kau.” Mata Hakimi meliar di sekitar platform KTM. Pelbagai gelagat manusia berkejar menuju ke destinasi masing-masing. And me? Just sitting here alone waiting for my twin to come and get me. Huh! Abang, abang, sabar jelah.

“Weh, janganlah cakap macam tu. Kau adik yang paling aku sayang kot. Aku mana boleh hidup tanpa kau. Kau lah adik aku dunia akhirat, satu-satunya kembar…”

“Dah-dah! Takyah membebel boleh tak. Rilek ah.. Kimi qawiy kot. Pergilah siap cepat!”

“Hmm.. yelah. Jap eh.” Tuala mandi dicapai. Hanya dengan sekelip mata sahaja dia sudah siap untuk mengambil Hakimi. Wow! Hashtag penulis kagum. Cermin di bilik dijeling sekilas. ‘ok, cun. Dah hensem.’ 




1100 hrs

Hakimi berdiri memandang sekeliling. Tak nampak lagi kelibat abang.

Eishh.. abang ni. Sampai sekarang tak muncul-muncul. Pukul berapa dah ni? Kepala yang tidak gatal digaru-garu.

Ahah! Dia memetik jari. Ada idea. Nak naik kejaplah, jalan-jalan. Jalan-jalan cari... makan? Pasal? Zaujah? Lol, kay itu merepek. Takkanlah aku mampu menduakan hati aku dengan insan lain. Cukuplah hanya dikau yang bertahta di hatiku. Engkaulah cinta pertama dan terakhirku, wahai Rasulullah. Cewah! Amacam? Sweet en? Kau ada?

Hakimi membetulkan beg di bahu. Katanya KL Sentral ni dah ada pusat beli-belah. NU Sentral namanya. Tak rugi kan kalau nak gi usha kejap. Nanti pandai-pandailah abang nak cari aku kat mana.

Dia mengoyak senyum. Yeah! Akhirnya dah jejakkan kaki dekat tempat ni. Perghh.. besar gila. Kalau nak tawaf satu bangunan ni mahu tercabut kaki.

Brrrr… cepat-cepat dia pegang perut. Lapar lah pulak. Mana nak cari makanan,eh? Hmmm.. tadi rasanya dekat dengan tangga automatik ke KL Sentral ada kedai Big Apple. Pergi situ jelah.

Secara refleks, kepala Hakimi menoleh ke belakang. Bulu roma automatik menegak. Rasa macam.. ada orang panggil nama tadi. Tapi bila tengok, takdepun. Perasaan je kot. Langkah diteruskan. Rasa serba tak kena lah. Kenapa rasa macam tengah diperhatikan? Mata berlari menyapa sekeliling. 

Telefon bimbit di kocek dibawa keluar. Nombor Harith segera didail.

“Hello, assalamu’alaikum, bang. Kau kat mana? Cepat amik aku.”

“Ye, ye. Sabar lah sikit. Dah nak sampai ni.”

“Aku tak sedap hati ni. Cepat sik….”

“Hakimi? Hello, Mi?”

“Abang!!!” talian terputus.



1115 hrs

Usai Harith memarkirkan kereta, berlari-lari anak dia ke kawasan utama KL Sentral. Dari tingkat 1 bangunan KL Sentral itu sehinggalah ketingkat yang paling atas dia jelajahi.

"Hakimi! Hakimi!"

Malangnya jeritannya itu tidak bersahut.



1230 hrs

Harith melabuhkan duduk di kerusi yang terletak bersebelahan dengan restoran KFC. Peluh yang mengalir di pipi dikesat menggunakan tangan. Matanya masih lagi meliar mencari kelibat adiknya itu.

“Kimi, kau kat mana ni? Kenapa masin sangat mulut kau ni, ha?”

Telefon digenggam erat. Harith mendial lagi nombor Hakimi buat yang keberapa ratus kali entah. Dan ratusan kali itu jugalah dia hanya dapat mendengar suara operator, bukan suara ceria adiknya.

Harith meraup muka. Buntu. Dia sudah buntu ke mana lagi harus dicari adiknya. Harith memandang jam di tangan. Tidak lama lagi dah nak masuk waktu zohor. Dia menapak perlahan menuju ke surau. 



1330 hrs

Tubuh Harith terasa digoncang.

“Encik, bangun encik.”

Mata Harith dibuka perlahan.

“Encik, encik mimpi buruk ni. Bangun ye, solat zohor. Tenangkan diri.” Harith mengangguk perlahan.

Mimpi buruk?

“Abang.. abang..” suara Hakimi bergema di setiap penjuru.

“Kimi! Kau dekat mana?”

“Ada dalam hati kau. Cuba kau tengok.”

Harith melihat ke dada kirinya. Ya Allah!

“Kenapa, abang? Jumpa tak aku dalam hati kau? Oh ye, aku lupa yang hati kau dah takde. Yang kau nampak hanyalah lubang kosong je, kan. Yelah, sebab aku dah takde tempat dalam hati kau. Kau dah buang satu-satunya kembar yang kononnya kau sayang sangat.

Tapi disebabkan perempuan, kau buang aku. Kau buang aku dari hati kau! Kau layan perempuan tu sampai lewat malam. Sebab tu kau lewat ambil aku, kan? Kau tertidur lepas subuh sebab mengantuk sangat. Betul kan, abang?

Tapi kau jangan risau, kembar abang ni tak marah. Sikit pun aku tak marah dekat kau. Sebab aku sayang sangat dekat kau. Tapi, kau tanggunglah akibatnya. Sekarang ni aku dah takde dalam hidup kau. Aku dah pergi, tinggalkan abang.”

“Kimi!! Aku tahu tu salah aku. Aku abaikan kau. Kimi, jangan pergi! Jangan pergi tinggalkan aku.”

“Maaf, abang. Semuanya dah terlambat.”

Tiba-tiba terdapat sebuah beg baju di hadapan Harith. Serta merta dia membuka zip beg tersebut. Ya Allah! Mulut ditekup tanda tidak percaya. Air matanya meluncur laju. Dadanya berdegup kencang. 

Alangkah terkejutnya dia saat melihat sekujur tubuh telah dikerat-kerat dan dimasukkan ke dalam beg itu. Dan lebih menyayat hati apabila tubuh itu adalah milik kembarnya. “Hakimi!!!”

Pada ketika itu juga, dia berasa seperti dunianya sedang bergegar. Dia akhirnya terjaga.

“Astaghfirullah, astaghfirullah. Ya Allah, aku harap itu hanyalah mainan syaitan. Selamatkanlah Hakimi, Ya Allah.”

Dia bingkas bangun untuk mengambil wudhu’ dan menunaikan solat zohor. Doa dipanjatkan dengan penuh kesayuan memohon agar Allah memelihara Hakimi daripada sebarang kecelakaan dan musibah.

Lama dia duduk di atas sejadah. Kata-kata Hakimi dalam mimpinya begitu menusuk ke dalam hatinya. Sungguh, dia mengakui perbuatannya dan kini dia menyesal. Tapi, apakan daya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Hakimi sudah tidak dapat dijumpai!



1830 hrs

“Hello, assalamu’alaikum Harith.” Suara Ummi kedengaran dari corong telefon.

“Walaikumussalam.”

“Abang kat mana? Dah nak malam ni. Bila nak balik?”

“Abang dekat KL Sentral lagi, ummi. Abang tak nak balik lagi. Nak tunggu Hakimi. Bye, ummi..”

“Abang…” Lembut suara ummi memujuk.

“Assalamu’alaikum.” butang off ditekan.



2300 hrs

Loceng bergema di segenap ruang rumah. Ummi segera menuju ke pintu.

“Abang..” Harith masih tidak berganjak dari muka pintu.

“Ummi.. abang minta maaf. Abang tak jumpa Hakimi.” Mata Harith bergenang dengan air mata. Kepalanya diletakkan di atas bahu ummi.

Ummi mengusap-usap lembut kepala Harith. “Takpe, abang. Sabar ye. Dah cukup 24 jam nanti kita buat laporan polis ye. Sekarang ni abang doa banyak-banyak untuk Hakimi supaya dia selamat.”

Harith diam tidak membalas kata-kata ibunya. Sukar dia ingin menerima kenyataan bahawa kembarnya telah hilang. Dan lebih menyakitkan, semuanya berlaku di atas kesilapannya sendiri.

“Dah lah tu, bang. Pergi mandi, tidur. Esok bangun pagi buat solat sunat tahajud, solat hajat untuk keselamatan Hakimi. Kalau Harith diam macam ni, dia takkan balik pun.”

Harith sekadar mengangguk dan mengatur langkah pergi.



23 Januari 2017

0000 hrs

Pintu bilik Harith diketuk. “Abang.. dah tidur ke?” suara ummi kedengaran.

“Belum lagi, ummi.”

“Mari keluar kejap." Ummi mengesat matanya. Macam baru lepas nangis.

Ummi dan Harith menyertai ayah di ruang tamu.

“Ayah nak beritahu pasal Hakimi. Tadi ayah terima panggilan.” Mata ayah mula bergenang. “Mereka kata….” Ayah memalingkan muka, menahan tangis barangkali.

Jantung Harith berdegup laju. Dadanya terasa sesak. “Apa yang mereka kata, ayah?”

Ayah masih diam, tidak menjawab. Mungkin kenyataan itu sangat perit untuk diluahkan.

“Ayah…” Harith menutup muka. Kalau tidak mengenangkan dia seorang lelaki, pasti dia sudah menangis teresak-esak. Cukuplah dengan diamnya ayah telah menjelaskan segalanya kepada Harith. Sungguh, dia menyesal akan kesilapannya.

Tiba-tiba pandangan Harith menjadi gelap. Eh, eh! Kenapa ni?

Dia meraba mukanya. “Siapa yang tutup mata Harith ni? Kenapa?”

“Sebab abang lambat.” Suara Hakimi menggetarkan gegendang telinga Harith. Harith tergamam.

Cahaya perlahan-lahan sudah mula memasuki retina mata Harith.

“Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan kamu! Allah selamatkan Harith Firdaus! Allah selamatkan kamu!” bergema suara Ummi, ayah dan Hakimi.

Harith mengesat mata. Betul ke apa yang dilihatnya? “Hakimi?”

Hakimi yang sedang memegang kek mengangguk. “Ye ni aku. Mentang-mentang aku takde kat rumah 2 bulan, kau dah tak ingat muka aku.”

“Tapi, bukan kau.."

“Asal? Kau ingat aku hilang? Kena culik?”

Harith memegang kepala. Tidak percaya dengan apa yang berlaku. “Yelah. Time kau call aku pagi tadi, kau jerit macam kena apa je. Pastu aku cari kau satu KL Sentral kot, tak jumpa. Pastu tadi ayah..” Harith memandang pula ayah yang dari tadi tersengih. Ah, sudah! Harith menepuk kepala. “Cis! Aku kena tipu rupanya.”

“Hahahahaha…” ketawa meletus.

“Itulah kau, siapa suruh kau lambat ambil aku. Ha.. kan dah kena birthday prank.”

Ummi datang dari dapur membawa piring dan sudu. “Rugi Hakimi tak tengok muka abang masa dia balik tadi. Macam mayat hidup gayanya bila dia tak jumpa Kimi.”

“Ummi, shushh. Janganlah kantoikan abang." Dia menggosok belakang tengkuk. Malu! "Yelah, Hakimi kan dah macam separuh hidup abang. Maklumlah, kongsi rahim dari sebelum lahir lagi, kan.”

“Abang! Sini jap!” Jerit Hakimi dari biliknya. Bila dia masuk dalam bilik pun Harith tak perasan. Tau-tau dah hilang.

Pintu bilik ditolak perlahan. Hakimi pun menghulurkan sekotak hadiah kepada Harith. “Apa ni?”

“Bukak la.”

Pembalut hadiah dibuka dengan teliti. Mulut Harith ternganga apabila melihat isi kotak itu. Matanya bercahaya memandang Hakimi.

“Kau kan bagitahu aku yang kamera kesayangan kau tu dah rosak. So, aku belikanlah yang baru untuk kau.”

“Beb, tapi ni DSLR kot. Mana kau dapat duit?” Harith membelek-belek kamera barunya.

“Adalah..” Dia menumbuk bahu Harith. “Kau tu lah lambat sangat sampai. Aku pergi jalan-jalan kat NU Sentral pastu terjumpa kedai kamera. And suddenly teringat dekat kau.”

Kamera diletakkan di atas meja. Harith menyilangkan tangan. “Now, cerita kat aku macam mana kau kenakan aku?”

Serta-merta Hakimi ketawa. “Tak sangka pulak plan aku ni menjadi. Sayang betul kau kat aku eh.”

“Gila tak sayang. Pastu dah lah aku mimpi kau kena kerat bagai. Mau tak tercabut jantung aku.”

“Ye ke? Dahsyatlah. Well, time aku call kau tu, memang betul pun aku rasa tak sedap hati. Pastu tiba-tiba ada orang tutup mata aku. Time tu lah aku jerit kat kau dan putuskan talian. Sekali pusing belakang, tengok-tengok.. Ikram rupanya.”

“Ikram? Classmate kita dulu tu?”

“A’ah.. tiba-tiba terjumpa dekat situ. Lepastu aku pergilah lepak dengan dia, beli kamera kau. Dia jugak lah yang hantar aku balik.”

“Apasal aku call kau tak dapat-dapat?”

“Hehe.. aku saje matikan fon aku. Sebab nak pastikan plan ni berjalan.”

Harith menyekeh kepala Hakimi. “Ish! Kuang asam punya adik. Kau tau tak betapa susahnya hati aku tak jumpa kau.”

“Ish! Rosak rambut aku.” Hakimi merapikan rambutnya. “Takpelah.. at least aku tau yang kau betul-betul sayang aku.”

“Takpe, takpe. Kau tunggu esok. Aku kenakan kau pulak. Nasib baik birthday kita lain tarikh.” 

Walaupun kembar, tarikh lahir mereka berbeza sebab Harith lahir dahulu pada pukul 11.58 malam 23 Januari 1999 manakala Hakimi lahir pada pukul 12.03 pagi 24 Januari 1999. 

"Eleh, tak takut pun."

“Bukan main berlagak. Kau tunggulah nasib kau nanti.”

“Don’t worry. I’ll be waiting. And I’m sure that you cannot beat my ideas.” Kening sebelah Hakimi diangkat.

“Huh! Kalau bukan tahun ni pun tahun depan punya depan punya depan pun ada lagi. Btw, thanks a lot bro untuk kamera tu.” Badan Hakimi dipeluknya.

“No hal. Untuk kau, bintang kat langit pun aku akan capai.”

“Kau dengan ayat-ayat manis kau tu boleh buat orang kencing manis tau tak?”


“Haha.. well."Hakimi mendepangkan tangan. Bangga bukan main. "Weh.. Happy birthday. Semoga kau berjaya dunia dan akhirat, dapat jodoh yang baik, jadi orang yang berguna. Nanti kalau kau dah masuk syurga jangan lupa cari aku macam mana kau cari aku hari ni tau. Lastly, uhibukkafillah.”

"Ummi! Abang rasa abang dah terkena sakit kencing manis!"

"Haha.."