Tetapi Ramadan kali ini tentunya akan menjadi sangat berbeza buat Muqri. Atif tiada di sisi. Sebelum ini, dialah yang akan bersama-sama dengannya bertarawih, berqiamullail. Nampaknya.. dia bersendirian tahun ini.
Muqri melirik jam di tangan. Sudah hampir masuk waktu maghrib. Dia bergegas meninggalkan perkarangan asrama menuju ke surau.
Dia memandang sekilas ruang di sebelahnya seusai membaca Al-Quran. Keluhan lembut dilepaskan. Atif tiada. Al-Quran ditutup dan ditekapkannya di dada. Kesejukan surau menyebabkannya memeluk tubuh. Matanya ditekapkan dan fikiran mula berlari memainkan kenangan silam.
Dari kejauhan terlihat kelibat Atif sedang berjalan menuju ke kelas selepas selesai solat terawih. Berjubah putih, berserban. Fuhh.. sekali pandang, macam malaikat.
Beg diletakkan di kerusi bersebelahan Muqri yang sedang khusyuk menulis.
"Buat kerja apa tu?"
"Hmmm.. Bio. Kena siapkan nota, kan. Esok cikgu nak tengok."
"Ohh.. a'ah lah."
Di bahagian kiri kelas terdapat sebuah cermin panjang yang boleh memuatkan imej penuh seorang individu. Kedudukan Atif dan Muqri memang betul-betul bersebelahan dengan cermin itu menyebabkan Atif yang berada di kiri Muqri, imejnya dipantulkan cermin tersebut.
Atif memandang ke kiri melihat imejnya di cermin.
"Muq.."
"Hmmm."
"Aku hensemkan malam ni. Jubah putih, pakai serban. Tengoklah aku." kata Atif sambil tersengih-sengih.
Pen Muqri berhenti berlari di muka kertas. 'Dah mula dah mood perasan dia ni.' Pandangan sinis dan 'annoying' diberikan kepada Atif.
"Takdelah hensem mana pun."
Atif menuju ke arah cermin, melihat dirinya dengan lebih dekat. "Eh.. hensem tau."
"Ewww.. dah dah lah tu. Perasann! Btw, kau tak pakai rida'. Kalau pakai rida', pehh mantap. Complete. Baru hensem. Sebab takde rida', so tak hensem."
"Eleh.. aku tak payah ada rida' pun dah hensem lah."
"Takk.. tak hensemm. Kena pakai rida'."
Serban dicabut dari kepalanya, lalu diletakkan di kepala Muqri. "Dah.. diamlah kau. Takde rida' pun aku hensem jugak. Haha" Atif kembali mengambil tempat sambil ketawa kecil.
Muqri turut tersengih."Hmmm.. yelah." Serban Atif dibetulkan kedudukannya di atas kepala. Dia pula yang memandang cermin.
"Eh.. macam hensem lah pulak."
"Ah kau.. serban aku tu. Pulang balik! Aku je hensem pakai serban tu."
"Tak mauu.." Muqri menjelir lidah.
"Bak sini lah." Atif mencapai kepala Muqri, namun sempat dia melarikan diri. "Sinilahh.. hahahah"
Muqri tersenyum sendiri. Haih.. indahnya kenangan kita bersama. Indahnya menyambut Ramadan bersama sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Indahnya nikmat itu, Ya Allah.
Ramadan kali ini, Allah tarik sebentar nikmat itu. Mungkin Dia mahu mengajar aku erti berdikari. Juga erti menghargai.
Atif, aku rindu nak tengok kau berjubah putih.
*****
"Muq.."
"Atif ke tu?" Perlahan-lahan dia membuka mata. Dalam kabus, dia terlihat susuk tubuh Atif. Berjubah putih. "Atif.." perlahan-lahan dia mendekati.
"Muq.. aku nak pergi dah ni. Pergi jauh dari sini. Dengar tau nasihat aku ni."
"Kau cakap apa ni, Atif? Kau pergi kejap je, kan. Nanti kau balik sini, kan. Takpe.. aku tunggu kau balik." Mata Muqri mula bergenang air mata.
"Muq.. nanti bila aku dah takde, kau kena kuat tau. It's your time to be independent. Sebab, at the end nanti, it is ourselves that determine everything in our life. And only ourselves that can have our own back. Not anyone else. Not me.
I have faith in you, Muq. I know you can do this. Despite all the hardship that you have gone through, it will build you a stronger person. Believe me."
"Tak, Atif. Aku masih lagi perlukan kau. Aku merana bila kau takde, Atif."
"Aku minta maaf, Muq. Ni semua ketentuan Ilahi." Dia mengelap air mata yang mengalir di pipi. "Ingat tau pesan aku." Senyuman paling manis dilemparkan.
"Atiff.." Air mata Muqri mengalir deras.
"Selamat tinggal, Muhammad Muqri. Aku akan pergi buat selama-lamanya. Kita jumpa dekat syurga, eh insya-Allah. Uhibbukafillah, sahabat." Perlahan-lahan Atif bergerak meninggalkan Muqri sehingga hilang dari pandangan, tenggelam di dalam kabus.
"ATIFFFF!!!!" Muqri jatuh melulut dengan esakan tangis. "Atiff..."