Dia kejap memegang baju di tangannya. T-shirt berwarna biru tua berhias tulisan putih, 'Bestie'. Dicapai pula gambar di dalam kotak. Terpampang wajahnya bersama seorang lelaki yang dia tahu bergelar sebagai Muqri.
'Betul ke Muqri ni kawan baik aku?' Atif bertanya sendiri. 'Kalau bukan pun, aku ada hak ke untuk marah dia?'
Baju biru tua itu direnung lagi. Ada sesuatu yang terlintas di fikirannya. Kepalanya berdenyut-denyut. Suara orang bergaduh kedengaran... batu... darah... Atif memegang kepalanya. Makin sakit! Dia bernafas laju. Apa yang dah berlaku? "Arghhhhh!!!!" Baju dan kotak di atas katil tercampak ke bawah. Dia tidak tahan lagi, sakitnya bukan kepalang.
Jururawat datang menghampirinya. "Atif, awak kenapa ni?"
"Sakitt!! Sakitt!!!" Dia menjerit sambil memegang kepalanya.
Jururawat tersebut menyediakan jarum suntikan. "Sabar ye." Dia segera menyuntik Atif dengan analgesik, ubat tahan sakit.
Atif sudah bertenang, lalu terkulai merebah katil. Matanya terpejam.
*****
"Muq! Muq!" Asyraf berlari menuju ke pintu dorm tatkala melihat Muqri melintasi biliknya. "Nak kemana tu?"
Muqri menghentikan langkahannya. "Pergi hospital. Nak ikut?"
Asyraf menghela nafas perlahan. "Kau tak serik lagi ke, ha? Nak tunggu sampai Atif betul-betul takde baru kau nak serik?"
Muqri dan Asyraf kejap berdiri di sebelah katil Atif. Ibu Atif duduk di satu sisi lain, merenung ke arah mereka. Matanya sembab, mukanya berbekas kesan air mata.
"Makcik minta tolong boleh? Tolong jangan datang sini lagi." Tersentap Muqri mendengar permintaan itu.
"Kenapa makcik?"
Ibu Atif menunjukkan sehelai baju. "Ni, daripada kamu kan?" Air matanya mengalir laju. "Sebab baju ni lah anak makcik tak sedarkan diri. Sebab baju ni!"
"Makcik, saya takde niat pun nak apa-apakan Atif. Niat saya baik. Saya nak tolong Atif pulihkan ingatan dia je. Baju ni baju yang kami berdua sama-sama ada, tanda persahabatan kami." Tekak Muqri terasa berpasir. "Baju ni jugaklah baju yang dia pakai sewaktu dia dipukul haritu. Mungkin sebab tu Atif jadi macam ni." Mata Muqri berkaca-kaca. "Maafkan saya, makcik. Maafkan saya."
Riak bengis tadi beransur kendur setelah mendengar penjelasan Muqri. "Hmmm... tidak mengapalah, benda dah jadi. Cuma, makcik minta jasa baik kamu, tolong ye. Tolong jauhkan diri dari Atif. Dia perlukan masa."
Permintaan itu terlalu berat untuk Muqri. Dia tidak sanggup untuk menjauhkan diri daripada Atif. "Tak boleh, Asy. Dia kawan aku, kawan baik aku. Aku tak boleh nak tinggalkan dia. Aku rindu dia."
Bahu Muqri dipegang lembut. "Aku faham. Aku faham sejauh mana kau sayang dia. Aku faham dia tu ibarat nyawa kau. Tapi Muq, buat masa sekarang ni lebih baik kita tunjukkan sayang kita macam ni. Berjauhan bukan bermakna tak sayang, meninggalkan bukan bermakna melupakan, berdiam bukan bermakna mengabaikan. Kau nak dia cepat sembuh kan?"
Muqri mengangguk perlahan. "Kita doakan dia dari jauh je ye. Mungkin ini lebih baik untuk dia, untuk kita juga. Kita hormat permintaan ibu dia. Insya-Allah ada berkatnya."
Air mata di pinggir mata disapu kasar dengan hujung lengan. "Hmmm..." Kepala diangguk, bersetuju dengan kata-kata Asyraf. "Betul cakap kau. Lagipun, ada benda yang lagi penting yang aku kena settlekan demi Atif."
"Huh? Benda apa?"
Mata Muqri kembali bersinar, "Kau tunggu."
Sesunggunya HANYA Cinta Allah itu yang hakiki dan abadi.. Cinta yang tidak akan membuatkan kita kecewa selamanya.. Strive for His Love and Mardhatillah
Monday, 7 October 2019
Monday, 2 September 2019
Bestfriend for Life
“Qayyum, aku
ada benda nak bagitau.” Maysaa menghela nafas sebentar, mencari kekuatan.
“Aku rasa
aku nak give up. Aku rasa aku dah takde harapan dah. I don’t have enough time.
I think I couldn’t make it.” Perlahan air mata turun ke pipi. Butang ‘hantar’ ditekan.
“Aku dah tak
mampu.” Bisik Maysaa sendirian. Langkahan kakinya terasa berat, hatinya
berkecamuk. Air mata turun semakin deras.
*****
Pintu bilik
diketuk sekali, lalu dibuka sambil menyimpan kasut di atas rak. Kasut Nina dah
ada, dia dah balik bilik dululah ni.
“Assalamu’alaikum..”
Salamnya tidak bersahut. ‘Tidur rupanya Nina ni.’
Maysaa
melepaskan beg di bahu, lalu diletakkan di atas kerusi meja belajarnya. Terus
dia melabuhkan punggung di atas katil. Baru sahaja dia ingin membuka tudung,
telefonnya berbunyi menandakan ada notifikasi daripada aplikasi Whatsapp.
Qayyum:
Maysaa.. kau dekat kolej ke sekarang ni? Kenapa rasa macam ni? Kau boleh, sikit
je lagi.
Maysaa: Yup,
dekat kolej. Tak tahu, tiba-tiba je rasa macam tu.
Telefon
bimbit di tangan Maysaa bergetar lalu ringtonenya berbunyi. Maysaa terkejut
sebentar melihat nama pendail.
“Hello,
assalamu’alaikum.”
“Wa’alaikumussalam
warahmatullah. Maysaa… kau okay tak ni?”
Maysaa
ketawa kecil sambil tersenyum pahit. “Okay je… Cumaaa itulah, benda yang aku
bagitahu tadi.”
“Maysaa…
janganlah give up. Kita sikittt je lagi nak habis. Kau boleh buat, aku yakin
kau boleh.”
“Tapi aku
dah tak larat dah. Aku tak rasa aku mampu. Exam is just around a corner and I
still got tons of work to do. Aku tak yakin. Aku takuttt..” Menitis lagi
titisan jernih ke pipi gebu yang sudah semakin susut sejak kebelakangan ini.
Maysaa diam
sahaja mendengar balasan daripada Qayyum. Panjang lebar nasihat yang diberikan,
hanya untuk membuatkan sahabatnya tidak berputus asa. Setiap kata-kata Qayyum
diserap masuk dan menjadi nadi kekuatan Maysaa. Benar perkara yang dikatakan
Qayyum, dia punya banyak alasan untuk terus berusaha.
Air mata
diseka. Menghapuskan segala negativiti yang hadir dan diganti dengan semangat
dan positiviti. “Okay Qayyum, will do. Doakan aku tauu. Thanks a lot sbb
nasihatkan aku.”
“Insya-Allah…
takdehal lah. Apa-apa hal, bagi je tau aku kay. Bye, assalamu’alaikum.”
“Wa’alaikumussalam.”
*****
Maysaa dan
Qayyum telah berkawan rapat sudah hampir dua tahun. Walaupun mereka belajar di institusi
yang berbeza, mereka kerap berhubung dan sentiasa mengambil tahu akan hal
masing-masing. Dan yang paling penting sekali, Qayyum sentiasa ada di sisi
Maysaa ketika dia memerlukan seorang teman. And yup, they officially…….
bestfriends.
Maysaa
berjalan keseorangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)
sambil matanya meliar mencari seseorang.
“Maysaa!”
langkahnya terhenti dan dengan segera menoleh ke belakang.
Senyuman manis terukir, “Qayyum…”
jumpa pun.
“Lama dah
sampai?”
“Takdelah,
baru je. Family kau mana?”
“Ada dekat
cafĂ© tengah lepak-lepak.”
Maysaa
mengangguk tanda faham.
“Kau datang
sorang je ke?”
“Urmm…
Patutnya ada lagi yang nak datang, tak sampai lg rasanya.”
Maysaa
tiba-tiba terlihat sekumpulan manusia yang dikenalinya. “Hey, Faiz!”
“Ohhh… kau
dekat sini eh. Ajak gi sana taknak.” Balas Faiz, rakan sekolej Maysaa. Faiz
bersama rakan yang lain turut hadir untuk menghantar rakan sekelas mereka yang
turut berangkat ke luar negara pada malam ini.
“Hehe... Ha,
Faiz. Ni Qayyum, kawan sekolah aku dulu.”
“Ohh ni lah
Qayyum. Bestfriend Maysaa en haha.”
“Haha a’ah.” Qayyum menghulurkan tangan.
“Kau fly
mana?”
“Aku gi UK,
buat Medic kat sana.”
“Wahhh
bagus-bagus. Aku pun fly UK nanti, jumpalah aku dekat sana eh.”
“Untunglahhh
boleh jumpa. Aku ni jauh, siapa nak jumpa aku?” Maysaa mencelah. Sengaja dia
membuat muka seolah-olah merajuk.
Qayyum cuba
memujuk, “Takpe Maysaa, New Zealand dekat je dengan Malaysia. Nanti aku
datang.”
“Gedik-gedik
je dia ni nak merajuk bagai. Haha.” Faiz pula membalas.
Pecah ketawa mereka kedengaran di segenap ruang KLIA. Mereka pun
sambung berbual sementara menunggu masa untuk masuk ke balai perlepasan.
Qayyum sudah
disuruh masuk ke balai perlepasan. Masa yang singkat ini dihabiskan untuk
mengucapkan kata-kata terakhir buat keluarga dan rakan-rakan yang hadir.
Maysaa
mendekati Qayyum. “Qayyum…” Dia menoleh ke belakang. “Faiz nak jumpa kau kejap.”
Qayyum
berjalan ke arah Faiz.
“All the
best, bro dekat sana. Jaga diri elok-elok kay.”
“Insya-Allah..
kau pun sama.”
“Qayyum… aku
ada benda nak cakap sikit ni.”
“Apa dia?”
“Pasal
Maysaa. Kau jaga dia elok-elok eh. Walaupun kau jauh, aku tau kau boleh jaga
dia. Dia dah banyak sangat cerita pasal kau dekat aku. Aku tau yang dia
sebenarnya suka dekat kau. Walaupun dia tak cakap, tapi aku tau. You’re her
bestfriend, but she also wants you to be with her forever, and she needs more
than a bestfriend. Kau faham kan maksud aku?”
“Faham, tapi
jodoh tu kan rahsia Allah. We never know.”
“Ye, aku tau
tu. But just stay with her, okay. Aku percayakan kau.”
“Insya-Allah,
bro. Aku cuba.”
“Kay, have a
safe flight.”
“Amin...
thanks, Faiz.”
*****
“Qayyum, kau
tau tak dulu aku niat apa bila aku datang sini?”
“Niat nak
belajar kerana Allah?”
“Haha itu
semestinyaa, benda wajib tu. Ada benda lain yang aku terniat sekali.”
Qayyum di
sebelah talian sana tergelak kecil, “Haha… apa dia?”
“Aku ingat
nanti nak graduate dengan bakal suami aku lah.”
“Ohh so kau
nak kahwin dengan orang yang sama uni dengan kau lah.”
“Bukann…
maksud aku, time aku graduate nanti, aku nak bakal suami aku datang sini jugak
celebrate my graduation.”
“Ohh macam
tu. So, dah ada calon belum?”
“Hmmm
entahh. Dah setahun lebih dekat sini, macam takde yang berkenan dekat aku je.
Bukan macam kau, makwe ramai en”
“Ehh… mana
ada lah. Aku takde makwe kay. Kan kita dah janji dulu, kalau aku ada makwe, aku
bagitau kau.”
“Manalah tau
kau lupa janji tu ke. Or, kau saje nak senyap-senyap, taknak bagitau aku.”
Qayyum
ketawa mendengar suara Maysaa yang dah mula merajuk tu. “Ya Allah… takde. Aku
tak lupa janji aku and aku takkan rahsiakan daripada kau. Kitakan bestfriends.”
“Okaylah
kalau kau kata macam tu. Kalau aku dapat tau daripada orang lain, siap kau!”
Mereka
berdua ketawa memecah hening di pagi hari di NZ dan tengah malam di UK.
“Wehh… aku
gerak dulu eh. Nak gi kelas ni. Bye…”
“Orite. Bye…
assalamu’alaikum. Study rajin-rajin tauu.”
“Haha baik
boss! Wa’alaikumussalam.”
Maysaa mematikan talian. ‘Kitakan bestfriends’, bestfriends
je eh hmmmm. Can we become more than that? I’m not sure. My feelings are not
reliable. Since dia dah bestfriend-zoned kan aku, so bestfriend it is.
*****
“Arghhhh
stressnyaa!!!” Beg dicampak ke meja belajar. Badannya pula dihempas ke tilam.
“Tak
habis-habis kena reject, stressnya akuuu! Apa yang prof nak pun aku tak faham
lah. Orang dah buat elok-elok dah…Huh!” Maysaa menekap mukanya dengan bantal sambil
merungut.
Setelah
sedikit bertenang, dia mencapai telefon bimbitnya. Instagram dibuka untuk
melepaskan diri daripada tekanan kerja universiti yang dihadapinya.
Sambil Maysaa
sedang ralit melihat gambar-gambar rakannya, dia terhenti pada sebuah post.
Gambar seorang lelaki dan perempuan. Dia kenal benar dengan lelaki itu. Hatinya
mula terasa pedih. Pedih yang teramat sangat!
Dia segera
mendail nombor seseorang. Air mata sudah mengalir ke pipi. Dia sakit, sakit
hati! Panggilan sana bersambut.
“As..salamu’alai..kum.... Faiz... Huhu..huuuhu Faizzz...” Terkejut orang di talian seberang sana tatkala mendengar suara esakan.
*****
Notifikasi
telefon Maysaa berbunyi. Lebih 30 mesej tidak dibaca, semuanya dari seorang
insan, Qayyum.
“Maysaa, how
are you?”
“Maysaa, I
have a good news for you.”
“Maysaa,
watcha doin’ gurl?”
“Hello… Maysaa.”
“Mmaaayyyyyssaaaaaaaaaa”
“Maysaa, I
just wanna ask, are you alright?”
“You’ve been
acting so weird lately.”
“I’m sensing
something’s not right.”
“Please…
tell me.”
Maysaa
melihat mesej-mesej itu melalui ‘notification window’. Sudah hampir sebulan dia
tidak membaca dan membalas mesej daripada Qayyum. Semuanya disebabkan gambar
itu. Dan jujurnya, dia masih lagi sakit hati mengingatkan perkara tersebut.
Beberapa hari
kemudian, Maysaa mendapat panggilan daripada Qayyum.
‘Nak jawab
ke tak, nak jawab ke tak?’
Dia menarik
nafas dalam-dalam, lalu menekan butang.
“Hello,
assalamu’alaikum.”
“Maysaaaa…
wa’alaikumussalam. Finally I got to reach you. Kau okay ke?”
“Okay. Busy sikit.
Sorry.” Sepatah saja jawapan Maysaa.
“Betul ke
ni? Perempuan kalau kata dia okay, maksudnya dia tak okay.”
“Hmmmm…”
“Haaa… tak
okay lah tu. Now, tell me.”
"No, i'm fine."
"No, you're not."
“Okay, fine. Nak jujur
ke tipu?”
“Ofkoslah
jujur.”
“I’m fine.”
“TIPUUUUU…
tell me lahhh. Kita kan bestfriend.”
“Bestfriend,
bestfriend. Tak habis-habis dengan benda tu. You can’t even keep your promise,
then you still anggap me as your bestfriend. Like, what?! Dah lah tu, Qayyum. I
think we should just forget about it. Forget about me. Forget about us. Forget about being my
bestfriend!” Maysaa terus mematikan talian.
*****
“Assalamu’alaikum,
Faiz.”
Kening
sebelahnya terangkat, “Eh, Qayyum… wa’alaikumussalam. Ada apa kau call aku
tiba-tiba ni?”
“Pasal
Maysaa. Dia ada contact kau tak?”
“Ada. Kenapa?”
“Dia okay ke
tak? Kitaorang gaduh weh, gaduh teruk. Aku tak tahu apa salah aku.Tolong aku, weh.”
“Hmmm esok
kau ada kelas?”
“Takde.
Asal?”
“Esok kita
lepak, aku cerita.”
*****
“She found
your photo in Instagram.” Ujar Faiz sambil menghirup kopi.
“Which
photo?”
“Yang dengan
sorang perempuan tu.”
“O… kay,
then? Dia nampak, so?”
“Qayyuummm…
dia cemburu lah.”
“Why? That
girl is not even my girlfriend.”
“Well, that’s
not what Maysaa said. She said that all the comments show that you and that girl have
something special.”
“Oh my god,
they were just kidding. Oh mannn” Qayyum meraup muka. “No wonder dia kata aku
tak keep my promise. We promised that if we seeing someone, we must tell each
other." Qayyum mengeluh panjang. "Tapi, kenapa sampai macam tu sekali dia nak marah aku. Aku still tak fahamlah.”
“Qayyum,
Qayyum… kau memang anggap dia macam bestfriend biasa je ke?”
“Yelahhh”
“Well, apparently she’s
not. Kan aku cakap dulu yang dia sebenarnya sukakan kau. Dia anggap kau special tau dalam hidup dia. Kau orang yang dia selalu cari,
yang dia selalu harapkan, yang sentiasa ada dalam doa dia. It’s you.”
“But she
never said things like that.”
“Kau kena
faham Maysaa ni. Dia ni memang jenis yang takkan cakap kalau dia suka dekat
someone tu, tapi dia akan tunjuk through her actions. Kalau dia sayang dekat
someone tu, dia akan sayang gila-gila and rela buat apa je untuk dia. Also, dia
akan jadi extremely jealous bila orang yang dia sayang, rapat dengan orang
lain. Sebab tu dia cemburu sangat tengok gambar korang.
Another thing is, dia takkan mengaku yang dia suka kau ada sebab-sebabnya. First, mungkin sebab dia takut kau tak
rasa benda yang sama. Dia takut kau akan reject dia and akan effect korg punya
friendship. Also, dia selalu kata yang kau memang anggap dia as bestfriend je,
nothing more. So dia tak berani nak make a move sebab dia takut dia akan kecewa.
Tapi, dalam dia taknak mengaku tu, dia tak boleh kawal rasa cemburu dia tu. Dia sebenarnya cemburu gila bila kau buat macam tu. Dia call aku menangis-nangis weh bila dia nampak
gambar tu. Dari situ aku tau yang dia sebenarnya betul-betul sayang dekat kau.
She loves you, bro.”
“Sumpah aku
tak perasan tu semua, duh.”
“Dia selalu
cakap, kaulah orang yang paling faham dia, selain aku ofkos haha. Tapi bila
bab macam ni, asal kau tak boleh faham, huh?”
“Man, I don’t
know. Sumpah aku tak tau. What can I do now? Dia tak balas dah text-text aku, dia dah marah aku
gila-gila haritu. Aku rasa mesti dia dah benci gila dekat aku.”
“Tak, bro. Aku kenal
Maysaa. Semarah manapun dia dekat orang, dia mesti boleh maafkan. Lagi-lagi
dengan orang yang dia sayang. Walaupun orang yang dia sayang sakitkan hati dia
berkali-kali pun, dia mesti boleh maafkan. Sebab sekali dia sayang, dia sanggup
dera perasaan dia.
Sebabtu dia takut, dia takut kalau dia sayang orang yang
salah. Dia takut kalau kau bukan orang yang boleh sayang dia macam mana dia
sayang kau, sebabtu dia tak bagitau perasaan dia dekat kau.
So, jangan
risau. You got this. You just need to win her heart back. Itupun kalau kau
rasa dia jodoh yang terbaik untuk kau.”
“Okay, bro. Thanks for the advice.”
“All the
best, bro. Tapi kalau aku dapat tau kau sakitkan hati dia lagi, kau yang kena dengan aku
nanti.” Penumbuk dikepal di hadapan muka Qayyum.
“Hahahahah. Sure.”
*****
Maysaa
membetulkan topi graduasi di atas kepalanya. “Mana ibu dengan ayah ni?”
Hujung baju
kurung diselak untuk melihat jam, ‘tak lama lagi majlis nak mula dah, haih kata
nak tangkap gambar dulu.’ Matanya kembali melilau mencari kelibat ibu dan ayah.
“Haa…
Itupunn.” Ibu dan ayah berada dalam kelompok manusia yang sibuk melihat-lihat
bunga. “Kenapa ibu ayah macam tengah borak dengan someone je. Borak dengan mat
saleh ke tu?” Dia terus melangkah ke arah mereka.
Langkah Maysaa
terhenti. Matanya seperti tidak dapat menerima susuk tubuh yang berada kurang 2
meter di hadapannya. Tanpa disedari, setitis air matanya menitis.
“A… apa… kau
bu… buat dekat sini?” Maysaa bertanya.
“Aku nak tunaikan niat kau.”
“Niat aku?”
“Graduate
dengan bakal suami?”
Maysaa tergelak
kecil, “Tak payah merepek lah. Kita kan bestfriend. Eh sorry, ex-bestfriend.”
“So? Bestfriend
tak boleh kahwin ke?”
“Haha... kau nak kita kahwin ke? Tak, kan?” Maysaa berjenaka. Masih lagi ingat lelaki itu bergurau.
“Well,
kinda.” Dia menghulurkan sejambak bunga, “Nah.”
“6 kuntum
bunga, maksudnyaaa…” Maysaa terkedu.
“Yup,
maksudnya I want to be yours.”
Maysaa tidak
mampu menahan sebak. Laju air matanya mengalir ke pipi.
“Hey, apa nangis-nangis ni. Rosak make up tu nanti. Nak ambil hadiah macam mana nanti ni.” Tegur ayah.
Maysaa segera menyeka air matanya. “Qayyum lah
ni ayah. Buat orang menangis.” Bahunya dirangkul ayah sambil dia memeluk
pinggang ayah.
“Eh, salahkan
kita pulak.” Qayyum mencebik sambil ketawa. "By the way, Happy Graduation Day, bestfriend."
…
“Ibu ayah
awak dah tahu by the way, pasal kita.” Matanya merenung Maysaa yang sedang
khusyuk mengunyah spaghetti.
Maysaa
sekadar membalas renungan sambil mengangkat kening.
“Masa saya
balik Malaysia haritu, saya dah jumpa ibu ayah awak. Dah minta izin nak keluar
dengan puteri bongsu sorang ni.”
“What? Sumpahlah. Kenapa awak tak bagitau pun nak datang rumah?"
"Nak bagitau macam mana. Kita kan gaduh. Saya pun suruh ibu ayah rahsiakan hal ni."
"A'ahlah. Semalam baru kita baik senanya."
"Kena jadi bakal suami baru nak berbaik, ye. Sebelum ni tak nak layan langsung."
"Yelah, orang tu kan dah ada makwe dulu." Mata Maysaa dijulingkan ke atas.
"Bukanlah... tu bukan makwe saya pun tau. Itulahhh, cemburu tanpa usul periksa. Patutnya awak tanyalah saya dulu."
"Taknak, merajuk!"
"Haha.. bagus jugaklah awak merajuk, marah sangat sampai macam ni. Dapatlah saya datang graduation awak harini, hehe. Btw, saya datang sini pun dengan ibu ayah awak tau."
"Laaa.. yeke. I thought ibu ayah datang berdua je. Bertuah betul. Ibu ayah tak bagitau pun yang awak
ikut sekali.”
“Hehe… saje
nak buat surprise dekat awak.” Dia berhenti sebentar. “Macam mana, seronok tak
dapat graduate dengan bakal suami? Jauh tau saya datang.” Kening sebelah diangkat.
“Tbh, saya tak
boleh brain lagi tau. Kalau awak datang as bestfriend saya, saya boleh
terimalah lagi. Ni as bakal suami saya, betul ke ni?”
“Yeee
betullah. Saya dah dengar semua benda daripada Faiz and saya percaya yang awak sayang sangat dekat saya. And saya pun yakin yang
awak jodoh saya.
Btw, awak cakap dekat faiz yang saya friendzone awak eh, padahal senanya awak yang friendzone saya dlu tau.”
“Mana adaaa!
Awak selalu friendzone saya.”
“Tu sebab
awak start friendzone saya.”
“Tapi
lepas-lepas tu awak friendzone saya.”
“Yelah sebab
awak mula dulu.”
“Salah
awakkk.”
“Awakkk!”
“Nope! Awak!”
“Haihhh
yelah, salah saya. Sorry. Semuanya salah saya kan.”
“Alololooo..
janganlah merajuk." Maysaa menghulur tiga kuntum bunga. "Nah, untuk awak.”
Qayyum
tersenyum lebar. “Awww.. mana awak dapat ni?" Segera dia menyambut bunga ros itu. "Thank you, I love you too.”
“Ada lerr. Bestfriend
for life?”
“Nope.
Bestfriend till jannah.”
Wednesday, 12 June 2019
My Broken Heart
To fall in love with someone is easy.
But is it easy to accept the fact he would never like you back?
Well, my short answer would be, you deserve someone better.
It's hard but it's not impossible.
Why giving hope when you're already close your heart for her.
No, he's not giving hope. He's just being kind to her. As a friend. He does that a lot to other people too.
But why she fell for it.
Because she was to dump to realize and thought that she would have a chance, which never exists.
She's also an idiot for falling onto him as she knows that he already liked someone else. Why she become so idiot?!
Btw, he apparently knew that she has a crush on him.
Yet, what can he do? He just like the other girl, not she.
He might feel proud and boast about himself as he got a crush.
Seeing her in pain trying to accept the fact, might only be his entertainment.
Does he even care? No! Because he liked that girl not her.
It's not even his fault that makes her fall for him.
She keeps regretting herself like why she even had that feeling. She knew it would hurt her someday, yet still. She lost with herself.
She wishes if she could turn back time, she wants to undo her feelings.
The pain isn't curing. It's just getting worse. She wonders when all this pain would end.
She tired of handling this pain.
Thanks a lot for cherishing her and hurt her.
Thanks a lot!
Just hoping that she'll recover sooner and come back stronger.
Disclaimer: this post is not related to the writer. It's just a random writing
But is it easy to accept the fact he would never like you back?
Well, my short answer would be, you deserve someone better.
It's hard but it's not impossible.
Why giving hope when you're already close your heart for her.
No, he's not giving hope. He's just being kind to her. As a friend. He does that a lot to other people too.
But why she fell for it.
Because she was to dump to realize and thought that she would have a chance, which never exists.
She's also an idiot for falling onto him as she knows that he already liked someone else. Why she become so idiot?!
Btw, he apparently knew that she has a crush on him.
Yet, what can he do? He just like the other girl, not she.
He might feel proud and boast about himself as he got a crush.
Seeing her in pain trying to accept the fact, might only be his entertainment.
Does he even care? No! Because he liked that girl not her.
It's not even his fault that makes her fall for him.
She keeps regretting herself like why she even had that feeling. She knew it would hurt her someday, yet still. She lost with herself.
She wishes if she could turn back time, she wants to undo her feelings.
The pain isn't curing. It's just getting worse. She wonders when all this pain would end.
She tired of handling this pain.
Thanks a lot for cherishing her and hurt her.
Thanks a lot!
Just hoping that she'll recover sooner and come back stronger.
Disclaimer: this post is not related to the writer. It's just a random writing
Subscribe to:
Posts (Atom)