Sunday, 23 November 2014

INDAHNYA IMAN 7

 Santun pekertimu dan lembut tutur katamu~ Menarik minatku untukku mendekatimu~ La la la~ Sepucuk suratku tulis menyatakan harapan~ Walaupunku kebimbangan kau berbeza pandangan~ namunku.. pap!

"Assalamu'alaikum, Muqri."
Sape pulak yang kacau aku 'feeling-feeling' ni.. haishh. Kepala dipaling sambil melemparkan senyuman "Ye, wa'alaikumussalam. Ada apa kacau aku ni, Azfar?"

"Marah ke? Maaf, tapi aku ada penting nak bagitahu ni. Hari tu kau ada buat brosure sempena Hari Terbuka Asrama tu kan? Yang kau bagi kat Cikgu Fatin tu."

"Ha'ah. Nape?"

Azfar menghulur sehelai kertas. "Cikgu suruh kau buat balik. Tak cantik katanya. Tapi bagi aku ok je."

Kertas itu disambut Muqri. "Yeke? Tak cantik ke?" Dia mengerutkan kening. "Hmm..takpe lah. Terima kasih, Azfar." Dia beredar dari kaki lima bangunan tingkatan 4 itu.

Kakinya melangkah tanpa haluan menuruni tangga sambil menatap kertas itu. Otaknya ligat mencari punca hasil kerjanya ditolak. Penat aku cari gmbr, maklumat sampai lewat malam, kena reject? Dah cantik kot benda ni. Cikgu nak apa lagi? Nak gambar die ke kat brosure tu? Gedebuk!

"Aduh!" Tangannya mengusap lulut yang terhentak bucu tangga. Muqri lantas bangun apabila terdengar derapan kaki menaiki tangga. Malu! Dia cuba berlagak biasa menuruni tangga. Itulah balasannya. Mengutuk lagi cikgu. Kan Allah dah balas cash. Astaghfirullah.

Dia duduk di bangku bersebelahan dengan kolam ikan. Termenung jauh. Memikirkan apa lagi elemen yang boleh dimasukkan dalam brosure tu. Mungkin warnanya boleh diperbaiki lagi. Menggunakan warna yang lebih ceria, mungkin. Atau, isinya biar lebih mantap. Tambahkan dengan sejarah asrama sekolah ini. Mungkin juga boleh diselitkan dengan sedikit tazkirah. 

Sedang Muqri mengelamun, Cikgu Fatin melintas di hadapannya. Nak pergi jumpa cikgu ke tak, eh? Nak pergi ke tak, nak pergi ke tak? Hmmm... jumpa jelah. Baru tahu apa yg cikgu x puas hatinya. Nanti takdelah aku kena buat lagi sekali. Muqri bangun dan memanggil Cikgu Fatin. Cikgu berpaling.

"Assalamu'alaikum, cikgu. Saya nak tanya pasal brosure tu."

"Ohh. Azfar dah bagi dekat awak ye? Baguslah awak jumpa saya sebab saya pun ada nak cakap dengan awak pasal benda tu. Macam ni, brosure awak tu cantik dah senanya. Cuma, saya nak awak tmbh skit lg."

"Tambah apa cikgu?"

"Kamu rasa apa yang kurang?" Cikgu ni memang saje suruh aku fikir la. Tapi bagus jugak. At least die dengar pendapat anak murid die.

"Hmm.. saya fikir td elok saya betulkan warna die. Letak 'colour' yang lg ceria. Lepas tu, tambah pasal sejarah asrama dan sikit tazkirah yang berkaitan."

"Haa.. oklah tu. Memang itu pun yang cikgu nak kamu tambah. Cantik je apa yang kamu bagi dekat cikgu mula2 tu cuma kalau boleh diperbaiki, kita baiki. Islamkan mementingkan kesempurnaan, jadi kita mesti buat buat yang terbaik. Betul tak?"

Muqri mengangguk. "Betul tu, cikgu. Nnt saya edit blk brosure tu. Terima kasih, cikgu"

"Sama-sama." Cikgu Fatin melangkah ke destinasi yang dituju.

Muqri pun menghala ke tempat tadi. Kan senang macam ni. Kalau tak puas hati, jumpa depan2. Kalau nak tahu cite sebenar, tanya empunya badan tu sendiri. Daripada cakap belakang. Daripada salah sangka. Daripada sakit hati terlebih-lebih. Baik tanya direct je. Senang, cepat dan kurang dosa.

Lagi satu, kita buat 'something' tu biar niat kita kerana Allah. Jangan sebab nak harapkan penghargaan manusia. Penghargaan tu tak bawa ke mana pun. Kalau kita buat sesuatu tu kerana manusia, kemungkinan untuk kita kecewa adalah tinggi. Berbanding kalau kita buat sesuatu tu kerana Allah. Insya-Allah Allah akan sentiasa pandang usaha kita kerana-Nya.

Kalau Atif ada mesti senang sikit keje aku. Dia kan kreatif. Mesti ada banyak idea. Bilalah kau nak balik ni Atif?




"Barang dah habis kemas?" 

"Sikit lagi, bu. Sebelum zohor nanti siaplah."

"Hmm.. jgn lupa bawak sekali ubat-ubat abang ke sekolah. Nanti kalau sakit, makan je ubat tu. Tak payah balik. Bila teruk sangat baru balik rumah, ye" 

"Baiklah, ibu. Abang pun dah rindu nak balik sklh. Rindu nak jumpa Muqri. Insya-Allah abang boleh jaga diri kat sana. Tak nak dah susahkan ibu dengan ayah. Ibu jangan risau pasal kesihatan abang. Abang dah ok dah ni." senyuman paling manis dilemparkan Atif.

"Yelah. Ibu turun dulu. Nak masak untuk makan tengah hari." Atif sekadar mengangguk sambil memandang kelibat ibunya yang menghilang di sebalik pintu.

Kalender dicapai dari meja solek. Lagi beberapa minggu je sebelum peperiksaan pertengahan tahun. Balik sekolah ni, aku kena study betul-betul. Tak boleh nak main-main dah. Cukuplah aku bercuti hampir 2 minggu setengah. 

Tertinggal pelajaran. Tertinggal isu-isu semasa kat sekolah. Dan yang paling penting tinggalkan Muqri. Apalah yang berlaku kat die tanpa aku. Eceh, cakap macam aku ni penting sangat je. Aku yakin die ok je sebab Allah ada untuk jaga die.  

Nanti nak buat surprise kat die. Biar die terkejut tengok aku balik petang ni. Gambar mereka berdua diambil dan ditatapnya lama. 

"Kau tunggu aku balik tau, Muqri. Sabar, sekejap je lagi."