"Oit! Tengah buat apa tu?" Asyraf menjenguk di katil Atif. Buku nota yang terbuka segera ditutup Atif.
"Ah.. saje tulis-tulis."
"Kau memang suka tulis, eh? Selalu gak nampak kau bukak buku tu."
"Aku memang suka tulis apa yang aku rasa. Tapi bukan macam diari la.. aku pny version ni special skit. Lagi, aku suka buat cerita. Macam cerpen ke, novel ke.
And aku harap, satu hari nanti aku dapat publishkan satu buku. Aku nak share dengan semua orang cerita yang aku buat. Aku suka nak tengok orang gembira baca karya aku. Dalam masa yang sama dorg dapat ambil ibrah daripada apa yang aku cuba sampaikan."
"Nak baca sikit boleh tak?"
"Nak baca ke? Ala... tak best lah. Macam kanak-kanak. Tak yah lah."
"Kata nak buat buku. Bagi lah aku baca dulu. Kalau kau tak bagi orang baca macam mana kau nak tau apa yang perlu kau perbaiki."
"Yelah, yelah." Atif memberikan sedikit ruang untuk Asyraf duduk di atas katil. "Nah. Cuba baca yang ni."
" 'Me, Myself' " Tajuk karya itu ditutur perlahan.
Atif memerhati sahaja riak muka Asyraf. Ingin mentafsir apa yang dia fikirkan. Best ke tak best? Kalau tak best malu je..huhu.
Asyraf memandang Atif. "Hahahaha...."
"Asal kau gelak? Lawak ke cite tu?" Tapi setahu aku, aku takde lah buat lawak pun dalam cite tu.
"Muka kau tu yang lawak, weh. Tenung aku macam nak makan je. Haha.." Asyraf menggeleng perlahan dengan gelaknya yang masih bersisa.
Atif mengoyak sengih. "So, how?"
"Tak habis lagi. Lek ah." Matanya memfokus pada buku Atif.
Rela aku pendamkan impian yang tersimpan~ engganku keasyikkan~ gusar keindahannya merampas rasa cinta~ pada Dia yang tebih sempurna~
Siap bergendang-gendang lagi sambil nyanyi lagu ni. Maklumlah, feberet. Tu yang syok terlebih tu. Lamanya Asyraf baca. Sambung nyanyi...
Biar sendiri hingga hujung nyawa~ asal tak sepi dari kasih-Nya~ kerna sesungguhnya hakikat cinta~ hanya Dia yang Esa~ ohhhhhhhhh~
"Dah." Buku dihulur.
Perghh. Habis dah penantian. "So????"
Muka Asyraf tak senyum langsung. Cuak seh. "Hmmm.. bosan tahap tak ingat weh. Kalau jual ni konpem tak laku. Serious talk."
"Ye ke? Hmmm." Direnung buku itu dalam-dalam. Berkecai seh hati. Mungkin ni bukan bakat aku kot. Tak semangat dah aku nak tulis lagi. Hancur sudah impian aku. "Thanks Asy, baca karya bosan aku."
"Ok. No prob. Lain kali buat lah lagi. Aku nak baca."
"Buat apa lah nak baca karya bosan. Aku dah tak buat lagi kot. Malas dah."
"La... macam mana impian kau nak buat buku tu?"
"Tak jadi lah. Dah kau kata karya aku bosan, buat apa aku masih lagi nak bermimpi nak jadi penulis."
"Ni lah manusia. Cepat sangat putus asa. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya lah, weh. Mungkin kali ni karya kau bosan tapi mana tau satu hari nanti gempak kebaboom ke. Sapa tau? Yang penting kau kena terus berusaha dan improvekan kau pny skill. Baru gertak skit dah putus asa. Apa lah kau ni."
"Mungkin aku memang takde bakat nak tulis benda best-best."
"Dah, dah. Aku tak nak dengar kau cakap macam ni. Aku nak tengok kau punya karya akan datang. Lagipun bukannya teruk sangat pun karya kau tu. Aku acah je. Best syadid, ah."
"Kau ni betul-betul lah. Jujur je boleh tak?"
"Aku jujur lah ni. Cite kau tu best. Aku saje je gebang kau tadi. Tak sangka lak kau ni boleh patah semangat."
"Aku manusia je, weh. Bukannya boleh sentiasa sado. Ada masanya datang gak emo tu."
"Yelah. Salah aku. Aku mintak maaf. Aku doakan kau terus maju dengan karya-karya kau ni. Harapnya tercapailah impian kau tu. Niat pun jaga tau. Buat tu niat semata kerana Allah. Insya-Allah, Allah akan tolong kau selagi mana niat kau tu untuk kebaikan Islam.
"Thanks, bro."
"Takde hal lah. And, seriously, nice story. Dah ah. Aku chiao lu. Nak mandi." Asyraf bergerak ke lokernya yang jaraknya hanya beberapa meter sahaja.
"Alright. Patutlah mcm bau semacam je tadi. Dah pukul 6 baru nak mandi."
"Eleh. Biarlah. Orang yang mandi awal ni cepat busuk. Nanti malam aku lagi wangi daripada kau."
"Haha.. yelah. Dah, shuh gi mandi sana."
"Nak gi lah ni." Matanya sempat menangkap Atif yang sudah berbaring di atas katil sebelum melangkah keluar daripada dorm.
Rambutnya yang basah dilap dengan kain tuala sambil berjalan. Haa.. kan dah segar lepas mandi. Baru saja pintu dibuka terdengar bunyi erangan seseorang. Atif ketika itu sudah memegang kepalanya sambil mengerang kesakitan. Segera Asyraf menuju ke arahnya.
"Hei, Atif. Kau kenapa ni? Kau ok tak ni?"