Monday, 16 March 2015

LUAHAN JIWA

Dia kata aku gatal
Mungkin ada benarnya
Tapi sebahagian besar dalam diri aku menafikannya
Aku bukannya gatal
Cuma hati ini mudah tersentuh

Disebalik kelemahan aku ini,

aku jumpa hikmahnya

Disebabkan hati ini, 

aku jadi lebih dekat dengan-Nya

Disebabkan hati ini,

aku kembali sedar Dialah segala Cinta

Disebabkan hati ini,

aku sedar aku hanyalah hamba

Disebabkan hati ini,

aku menjadi lebih kuat

Disebabkan hati ini,

hanya sebenar-benar cinta akan kudakap

Jangan biarkan dirimu jatuh

Jangan biarkan dirimu tersungkur
Biarpun dirimu telah terlajak jatuh dan tersungkur
Bangkitlah semula
Kerana Cinta Allah itu amat besar untuk hamba-hambaNya





Sunday, 15 March 2015

INDAHNYA IMAN 12

Mata meliar ke serata dewan. Galak nampaknya kumpulan lain berbincang untuk tugasan orientasi kali ni. Kumpulan aku? Ahli-ahli kumpulan dipandang sekilas. Tengah bincang... tanpa aku. Honestly, rasa terpinggir tu ada. Yelah aku bukannya siapa-siapa pun. Masalahnya bukannya tak cuba nak bagi idea tapi diaorang yang buat-buat tak dengar.

Huh! Kepala ditongkat dengan tangan. Malas nak masuk campur. Dah kena palau, macam ni lah gayanya. Pen di tangan diputar-putar memecah sunyi di dalam diri. Kepala pula hanya menunduk merenung tile dewan yang tak berapa nak cantik tu.


"Ok! Dah siap." Suara ketua menjengah gegendang telinga. Kertas berisi logo kumpulan disua ke tengah bulatan kumpulan. Aku sekadar menjeling lukisan itu. Cantik!


"Muqri. Ok tak logo tu?" Huh? Aku memandang si ketua yang menanya tadi. 


"Ok. Cantik." Senyuman paling manis dilemparkan sambil menunjukkan ibu jari tanda 'thumbs up'. Dia turut menunjukkan isyarat yang sama.


Hati ku tersentuh. Tak sangka pulak dia akan tanya pendapat aku. Macam tau-tau je aku tengah tawar hati dengan kumpulan ni. Wajah ketua kutatap lembut. Ketenangan meresap ke dalam jiwa. Dia ni memang ada aura lah. Kagumnya!





"For the last activity, kita akan adakan malam kebudayaan. Jadi semua kumpulan perlu berbincang untuk persembahan malam ini. Masa sebanyak 30 minit diberikan dan selepas itu kamu semua diminta untuk berkumpul kembali di hadapan dewan. Fahimtum?"


"Fahimnaaa!" Bergema dewan dengan balasan daripada adik-adik tingkatan 1.


Kumpulan kami berbincang di bahagian paling belakang dewan. Setelah semua orang duduk, ketua mula bersuara.


"Kita nak buat apa?"


"Nyanyi." Aku melontarkan idea.


"Taknak lah nyanyi. Suara dah lah tak sedap. Sketsa jom." Balas salah seorang ahli kumpulanku.


"Sketsa macam ok." Ramai yang menyokong cadangan untuk berlakon sketsa. Cadangan aku pun dengan officialnya ditolak.


Oklah. Aku follow je. Malas ah nak pertahankan cadagan aku tu. Ikut majoriti lah en. Tapi memang aku tak amik peduli lah dalam discussion dorang tu. Bagi aku sketsa is to cliche la. And susah pulak tu. Nak bahagi-bahagi watak pulak. So, i just leave it to them to decide. 


Masa dah habis. Faci pun dah panggil suruh ke depan dewan. Tapi malangnya berbincangan kami tak habis lagi. Macam mana ni?!


"Tak pe. Malam nanti kita bincang lagi eh. Pikir-pikirkanlah idea." Ketua dengan tenangnya menutup perbincangan kumpulan.





"Sketsa macam susah en nak buat, apa kata kita nyanyi lagu setiap negeri?" 


Alahai ketua ni, awatlah idea boring sangat ni. Hmmmm... idea lain Muq, idea lain please. 


Hah! Dah dapat. "Apa kata daripada kita nyanyi lagu negeri, kita tukar lagu tema orientasi ikut loghat negeri-negeri yang ada dekat Malaysia ni."


Tekun ketua mendengar cadangan aku. "Ha... oklah tu." Dia menunjukkan ibu jari (thumbs up) dengan semangat. "Yang lain ok kan?"


"Ok je." Wah, semua orang setuju lah. Maklumlah masa dah singkat, nak gaduh pun x sempat dah. 


Buat pertama kalinya aku rasa sangat berguna dekat group ni. Alhamdulillah idea aku diorang terima. 


At last, sayang pulak dekat ahli group. Malangnya, ni aktiviti yang terakhir dengan diaorang. Takpelah, at least orientasi berakhir dengan kegembiraan dan kepuasan buat diri aku. Terima kasih semua.




Tersentak tatkala ada yang memegang bahu. "Oi! Tengah menung apa, ha?"


Senyuman dihulur buat si penanya. "Saja throwback sikit. Rindu pulak time orientasi. Dah 4 tahun rupanya aku dekat sini. Rasa macam baru semalam je kenal dengan semua orang."


"Yup, cepat je en masa berlalu."


"True. And daripada orientasi aku dapat belajar banyak benda yang aku ingat sampai sekarang. Antaranya, jangan terlalu membenci, nanti akan jadi sayang. Dakwah dengan perbuatan lebih berkesan daripada dakwah dengan perkataan. Aku sangat berterima kasih dekat ketua kumpulan aku sebab dialah punca perasaan aku berubah 360 darjah daripada benci kepada sayang."


"Baguslah kau dapat ibrah daripada semua tu. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Even perasaan benci tu pun ada sebabnya Allah turunkan dekat hati kau, supaya kau dapat lebih menghargai benda tu bila datangnya rasa sayang. Betul tak?"


"Betul tu, ketua. Dari dulu tak habis-habis meng'inspire'kan aku."


"Haha.. Tak ada lah. Hidayah itu milik Allah, Muq."