Monday, 16 March 2015

LUAHAN JIWA

Dia kata aku gatal
Mungkin ada benarnya
Tapi sebahagian besar dalam diri aku menafikannya
Aku bukannya gatal
Cuma hati ini mudah tersentuh

Disebalik kelemahan aku ini,

aku jumpa hikmahnya

Disebabkan hati ini, 

aku jadi lebih dekat dengan-Nya

Disebabkan hati ini,

aku kembali sedar Dialah segala Cinta

Disebabkan hati ini,

aku sedar aku hanyalah hamba

Disebabkan hati ini,

aku menjadi lebih kuat

Disebabkan hati ini,

hanya sebenar-benar cinta akan kudakap

Jangan biarkan dirimu jatuh

Jangan biarkan dirimu tersungkur
Biarpun dirimu telah terlajak jatuh dan tersungkur
Bangkitlah semula
Kerana Cinta Allah itu amat besar untuk hamba-hambaNya