"Mas'ulah mana ma'ulah?!" Jeritan lelaki itu membuatkan mereka semua kecut perut. Takut!
Salah seorang daripada pelajar muslimat mengangkat tangan.
"Muslimat dah cukup ke?!" Dia berjalan mundar-mandir dihadapan muslimat yang sudah tegak berbaris secara bertiga-tiga.
"Dah."
Tanpa senyuman dia mengangguk. Langkah diatur pula pada muslimin yang berbaris sama seperti muslimat.
"Mas'ul! Dah cukup?!"
"Dah!" Dari belakang kedengaran jeritan membalas pertanyaan itu.
Lelaki itu merangkap kem komander dalam kem perkhemahan tarbiyah ini. Dah namanya pun kem komander (singkatan: kemkom) memang lagaknya garang yang teramatlah. Peserta-peserta semua gerun dengan dia. Sampaikan kalau ternampak dia, secara automatik akan senyap. Tak perlu nak tunggu lalu depan mata, nampak pakai ekor mata pun dah cukup mengerikan.. Huh!
Kini kemkom berdiri di tengah-tengah antara barisan muslimin dan muslimat.
"Dalam masa 1 minit daripada sekarang, ana nak antum semua dah ada dekat tepi sungai. Gerak sekarang!"
Semua terkocoh-kocoh lari menuju ke sungai yang jaraknya 10 meter dari kawasan itu. Kalau kena tangkap terlewat adalah nanti denda yang akan diberikan. And it's not a good one.
"Kita akan buat satu aktiviti... dalam sungai." Kedengaran suara-suara halus mengeluh. Ada juga di antara mereka yang bersorak gembira.
"Antum semua akan berlari dalam air sungai ni dari hujung sana..." Kemkom menunjukkan pada suatu kawasan yang terletak di sebelah kirinya. "... sampai hujung sana." Sekitar jaraknya 5 meter dari tempat permulaan.
Muslimin memulakan dahulu larian mereka. Air sungai yang tenang mula berkocak-kocak akibat larian mereka. Dengan penuh kepayahan mereka cuba melaksanakan aktiviti ini.
Hakikatnya, aktiviti ini bukan mudah. Mereka perlu berlari melawan arus sungai itu sejauh 5 meter. Aliran airnya bukan biasa-biasa, bahkan deras disebabkan kawasan tersebut yang berbukit.
*****
"Kehidupan kita sentiasa ada dua pilihan.. dan dalam konteks ini, pilihan untuk kita terus mengikut arus kehidupan ataupun melawan arus itu..." Ceramah kemkom pada pagi nan indah ini.
"...Setiap pilihan yang kita lakukan mesti bertepatan dengan situasi dan keperluan sesuatu itu. Sebab.. tak semua yang mengikut arus itu baik, dan tak semua yang melawan arus itu pun baik. Ia bergantung kepada apa yang kita ikut dan apa yang kita lawan."
*****
Dan ceramahnya membawa kepada aktiviti ini. Selesai peserta muslimin melakukan larian, muslimat pula mengambil alih tempat mereka.
*****
"Jika antum lihat sekarang, negara kita pada masa kini sedang melalui fasa pemodenan. Fasa ini membawa kita kepada nilai-nilai moden yang secara tidak langsung sedikit sebanyak telah menghilangkan nilai keagamaan dalam diri masyarakat.
Bertambah pula dengan ideologi-ideologi seperti sekularisme, kapitalisme, nationalisme, feminisme dan macam-macam lagilah. Perkara-perkara sebeginilah yang menjadi virus kepada pemikiran masyarakat sekarang.
Jadi, arus negatif seperti inilah yang perlu kita lawan. Inilah situasi di mana kita perlu untuk bergerak melawan arus. Kita perlu pertahankan pegangan kita, kepercayaan kita.
Biarpun masyarakat memandang kita pelik, kita kena kuat sebab kita perlu untuk menegakkan kebenaran. Maka beruntunglah mereka-mereka yang asing atau gelarannya ghuraba'.
Tak salah untuk jadi pelik di mata masyarakat, asalkan apa yang kita buat tu sebenarnya betul. Expectation manusia tu tak penting, expectation Allah itu yang utama."
*****
"Ustaz! Ustaz!" Kedengaran cemas jeritan daripada mas'ulah. "Ustaz! Ada orang hanyut, ustaz!"
Dari kejauhan terlihat seorang muslimat terkapai-kapai meminta bantuan. Dia semakin hanyut mengikut arus sungai yang deras itu. Tanpa sepatah kata, kemkom terus terjun ke dalam sungai dan berenang mendekati peserta itu.
*****
"Tak salah juga untuk kita mengikut arus. Tetapi arus yang bagaimana? Arus positif, arus yang baik yang boleh membawa kita ke jalan yang benar, ke jalan yang lurus menuju mardhatillah.
Analoginya seperti dedaun yang gugur di hulu sungai. Daun mesti turut bergerak mengikut aliran air sungai, kan? Jadi, pada penghujung sungai ini akan bertemu pula dengan laut. Laut ini luas dan rahmatnya juga luas.
Macam tu juga kita. Kalau kita terus mengikut jalan yang membawa kita kepada-Nya, ia akan membawa kita kepada rahmat Allah yang teramat luas seperti laut itu tadi. Bila kita dah dipertemukan dengan jalan ini, jangan berpatah balik. Tsabatlah.. pasti Allah akan memberi balasannya."
*****
Dapat! Tangan muslimat itu berjaya digapainya. Tatkala darurat sebegini dibenarkan untuk lelaki dan perempuan bersentuhan. Takkan nak suruh perempuan juga yang terjun sungai selamatkan muslimat tu kan? Sebab secara fitrahnya lelaki itu lagi kuat daripada wanita.
Tangan itu terus dibawa ke belakang tengkuknya. Muslimat itu mengikut sahaja apa yang dilakukan kemkom. Dia sudah tidak bermaya. Wajahnya juga sudah pucat. Perlahan-lahan mereka bergerak ke tepi sungai.
Sesampainya di tepi sungai, muslimat itu dibaringkan. Namanya diseru beberapa kali disebabkan keadaannya yang sudah tidak sedarkan diri, namun tiada jawapan.
Mereka didatangi pula oleh para fasilitator kem tersebut. Kejadian tersebut mungkin telah mas'ul maklumkan kepada mereka. Peserta semua sudah diarahkan untuk kembali ke bilik masing-masing dan yang tinggal di situ hanyalah mas'ul dan mas'ulah sahaja.
Kemkom menyuruh seorang fasilitator perempuan untuk melakukan CPR kepada muslimat itu. CPR dilakukan, tapi masih juga tiada respon. Semua yang ada di situ sudah mula cemas.
Kemkom yang lazimnya berwajah tegas dan garang juga menunjukkan riak cemas. Dalam hatinya tidak putus-putus meminta agar Allah memberikan bantuan kepada mereka.
CPR dilakukan untuk beberapa kali lagi. Hinggalah kali yang keempat barulah dia sedarkan diri. Alhamdulillah.. benarlah bantuan Allah akan tiba buat mereka yang sabar dan yang tidak berputus asa.
Itulah antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Pengalaman yang melibatkan nyawa manusia bukan sesuatu yang kecil. Tahap keyakinan kita dan kebergantungan kepada Allah benar-benar teruji. Syukur sekali lagi tiada kehilangan yang berlaku. Terima kasih, Ya Allah. Sujud syukur dilakukan.
4 comments:
Ghuraba' :)
Ya , kita kena thabat !
Thabat dlm prjuangan ini. Huhu. Kipidap sis.
Mabruk alaik ukhti . Moga dengan pengalaman2 ni semua jadikan kita kuat utk menongkah arus akhir zaman ni . -Pelajar Harian
Post a Comment