"Hey, girl. You deserve this. Seriously."
*****
"Macam ni ke perangai Biro Kerohanian?"
"Behave sikit boleh tak? Kau tu dah lah BK muslimat."
"Apa function kau? Macam tak nampak pun."
Aira merenung kosong pokok-pokok di hadapan. Kata-kata itu berlegar di dalam fikirannya. Sudah hampir 2 bulan dia memegang jawatan Biro Kerohanian (BK) dalam organisasi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP), tidak dia menyangka begitu sekali kritikan yang diterimanya.
Bersendirian ditemani alam merupakan solusi sementaranya. Sekurang-kurangnya dia dapat berfikir dan menenangkan dirinya. Sungguh, dia tak kuat setiap kali kata-kata itu dihamburkan kepadanya.
Hakikat kata-kata itu hanyalah gurauan. Pada awalnya Aira tidak ambil peduli dengan kata-kata sahabatnya itu kerana dia tau mereka sekadar mengusiknya disebabkan perangainya yang kadang-kala tidak.. matang (?). Namun, lama-kelamaan dia mula berfikir, bagaimana sekiranya gurauan itu adalah sebenar-benar teguran buat dirinya?
Pahit. Cukup untuk menjelaskan betapa sukarnya untuk menerima teguran itu. Acap kali dia berkata kepada diri sendiri,
"Kenapa aku dapat biro ni?"
"Teruk sangat ke perangai aku ni?"
"Aku nak letak jawatan. Aku tak layak."
Dan setiap kali itu jugalah fikirannya tidak pernah berakhir tanpa tangisan. Pada ketika ini, she's in her deepest feeling. Felt like she can't hold on to it anymore. She wanted to let it go. To who? She also don't have the answer.
Muncul kelibat manusia daripada sisi tepinya. Mengambil tempat di kerusi bersebelahan Aira. Aira segera mengesat kesan air matanya di pipi. Telefon yang memainkan lagu sejak tadi menerbangkan fikirannya, diperlahankan 'volume'. Senyuman terukir segaris. Dia cuba kelihatan tenang.
"Kau okay?" kata si dia.
Aira memandang ke sebelah. "Ha? Okay.. okay." Senyuman dilemparkan. Namun, boleh dilihat kurangnya manis pada lirikan itu.
Tersengih dia sambil menggeleng. "Aku tau apa kau rasa. I heard what he said to you. And you told me about this too before, right?"
"Hmmm.." Ukiran senyuman makin kendur. "What if he's right about me?"
"Sape cakap dia betul? We have 15 people in the organisation and he's the only one yang cakap kau macam tu. And you know it's a joke, right? Dia kan memang suka cari pasal dengan kau."
"Tauu.. I'm just considering what he said."
"Consider sampai jadi koyak macam ni? Tak payah lah. Even kalau dia betul pun, what you should do is to prove that you're capable of it. Bukannya lari."
"Tapi aku ada banyak flaws, ganti jelah dengan orang lain yang layak for my position. Ramai je yang lagi baik daripada aku."
"Sape kata? Pernah terfikir tak kenapa kau yang dapat jawatan paling mencabar ni? Sebab Allah yang pilih kau tau. Bukan kitaorang. Even literally we chose you, but the fact is Allah yang gerakkan hati kami untuk pilih kau and I believe it's already written by Him. You should know this better, Aira."
"Ha.. sebab tu aku kata aku tak layak. I'm not a good role model."
"Apa yang tak layaknya?"
"Aku tak jaga ikhtilat sangat, aku suka bergurau, aku kawan dengan semua orang tak kisah lelaki ke perempuan, aku suka melagha... Ada ke patut BK macamni? Tengok BK muslimin, dia baik je, aku jahat."
"Ini semua baru sikit, Aira. Kau belum jumpa benda yang lagi jahat daripada apa yang kau buat ni. For me, it's not wrong to have that personality. You're just being open and it's good for your dakwah. Tak semua orang boleh terima teguran dengan cara yang tegas, direct. Maybe dengan approach kau ni, orang akan lebih senang nak terima nasihat kau."
"Hmmmm.." Aira sudah kehilangan kata. Setiap butir tadi dihadamnya buat merawat luka di hati.
"Okay, Aira? You can do this. You deserve this. We all knew that. Stop feeling insecure about yourself and just believe. We all have faith on you. Don't you ever dare to say that you want to drop your position. As a president, I'm not going to allow you to do so. Do not even think of it! Or else, siaplah kau nanti." matanya dikecikkan memandang aku dengan riak muka memberi amaran. Tak sedar diri yang mata tu dah sedia kecik.
"Haha.. baik abam pres. Ampunn. Patik janji tak buat lagi huhu insya-Allah." Ketawa ikhlas sudah mula kedengaran.
"Feeling better now?"
"Yes, much much much better. Thanks pres."
"No prob. Papehal, bagitau je aku eh." Dia sudah mula bangkit dari duduk.
"Okay." Dia tersenyum sambil membuat simbol 'ok' dengan tangannya. Senyuman yang lebih manis, kesan daripada kemanisan kata-kata si dia tadi.
Nafas ditarik dengan dalam dan perlahan-lahan dilepaskan. Fuhh.. Selepas ini, I'm going to move forward. Ignore all the bad words from other people, and start enhancing myself to be a better person.
Words kill.
3 comments:
Xde pasal aufa ke. Haha^^
Ceh.. sibuk je :p
Oh, sombong 🤔
Post a Comment