"Ibu, bila abang boleh balik?" Atif mengajukan soalan.
Ibu mengelus lembut rambut Atif. "Abang, abang baru je sedar. Sabar lah ye."
"Abang sakit biasa-biasa je kan, ibu. Buat apa nak lama-lama dekat hospital?"
Ibu tersentak. Sakit biasa-biasa? Andai saja dia tau perkara sebenar.
Senyum diberikan kepada Atif. "Ye.. nanti ibu tanya doktor ye bila abang boleh keluar." Ibu bingkas bangun dari duduk.
"Ibu nak pergi mana tu?"
"Nak pergi jalan-jalan kejap, cari makanan. Kesian abang kena makan makanan hospital."
"Okay, bu." Dia mengekori langkah ibu dengan pandangan sehingga hilang di balik pintu.
Atif mengangkat kepala, mencuba untuk bangun. "Aduh!" Cepat-cepat dia memegang kepala. "Aduh.. sakitnya!" Rasa macam baru lepas kena hempap dengan batu.
Dia meraba-raba pula kepalanya. Eh! Berbalut? Sejak bila kepala aku berbalut? Tak perasan pula sebelum ni.
Sebenarnya kenapa aku ada dekat hospital eh? Ligat otaknya berfikir mencari jawapan.
"Aduh.. sakit!" Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Ah... tak boleh nak fikir. Ingatan sebelum dikejarkan ke hospital seakan hilang daripada kotak memori.
"Kenapa... aku sakit?"
*****
Ibu duduk bersandar pada kerusi dalam kawasan menunggu di lobi hospital. Air mata yang sejak tadi ditahan, dilimpahkan keluar dari empangan mata.
Andai saja dia tahu keadaan sebenar dirinya..
"Alhamdulillah anak encik dah sedar. Keadaan dia pun dah semakin stabil. Apa yang boleh saya katakan adalah anak encik sememangnya seorang pejuang. Sepanjang saya menguruskan pesakit macam ni, jarang yang mempunyai peluang untuk kembali sedar.
Keadaan Atif yang mempunyai barah otak seharusnya mengurangkan lagi peluang dia untuk hidup. But, what can I say is he's magical. Allah memang panjangkan umur dia. Encik patut bersyukur kerana Allah masih beri peluang untuk bersama dengan anak encik.
However, there's still bad effect on him. Dia mungkin akan mengalami kehilangan memori akibat hentakan di otak. Tapi saya tak pasti sama ada dia akan lupa tentang kejadian baru-baru ini atau memori ketika zaman kanak-kanak, ataupun boleh jadi dia hilang keseluruhan memorinya. Encik kena bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Hurm... lagi satu perkara.." Doktor Faris menghela nafas panjang.
"Kenapa doktor? Beritahulah kami." Ayah Atif bersuara.
"Saya minta encik dan puan bersabar ye... Sebenarnya, umur Atif sudah tidak panjang. Kecederaan otak akibat hentakan tempoh hari telah mengakibatkan barahnya semakin merebak. Menurut pemerhatian saya, dia hanya boleh bertahan selama 2 tahun sahaja, atau mungkin paling lama pun 10 tahun."
Ibu Atif mula menangis. "Tapi doktor, haritu doktor beritahu kami bahawa barah otaknya boleh dipulihkan. Kami tak sanggup kehilangan dia, doktor."
"Maafkan saya, puan. Kecederaan yang dia alami telah menjejaskan lagi kemampuan otaknya. Kami tidak mampu berbuat apa-apa melainkan ada pertolongan dari Yang Maha Kuasa."
Ayah memeluk bahu ibu, "Sabarlah sayang, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Mungkin Allah lebih menyayangi Atif. Kita kena reda dengan ketentuan Ilahi."
"Ya Allah, engkau panjangkanlah umur anakku Ya Allah." Doa ibu di dalam hati.
"Sayang." Bahu ibu ditepuk dari belakang.
Ibu segera mengelap air matanya. Kemudian menoleh ke belakang. "Abang."
"Kenapa duduk dekat sini?"
"Nak belikan makanan untuk Atif. Sebelum tu duduk sekejap dekat sini."
"Awak sedih lagi ye? Janganlah macam ni, kalau Atif nampak awak sedih mesti dia risau."
"Saya okay. Cuma saya kesian dekat dia. Dia sendiri tak tau dia ada barah otak. Kejadian sebelum ni pun dia tak ingat, bang. Saya pulak tak sampai hati nak bagitau dia."
"Tak payah. Jangan bagitau dia dulu. Nanti bila dia dah sembuh sikit, kita bagitau dia ye."
Ibu sekadar mengangguk.
"Dah, jom naik. Abang dah belikan makanan dalam perjalanan ke sini tadi."
*****
"Cap! Kau nak ikut aku tak pergi melawat Atif hari ni?" Asyraf yang sedang khusyuk menyiapkan kerja memandang Muqri di sebelahnya.
"Yeke?! Bila? Pukul berapa? Nak! Nak! Nak ikut!" Teruja dia mendengar pelawaan Muqri.
"Petang nanti kita keluarlah gi tengok dia. Hari ni kan boleh outing."
"Ha.. okay-okay. Aku pun risau weh pasal dia. Sunyi dorm aku bila dia takde."
"Okay, set. Lepas zohor kita jumpa dekat musolla."
"Orite."
*****
"Weh, ni kan bilik Atif?" Asyraf bersuara.
"Ha.. betul lah ni." Muqri mengetuk pintu bilik lalu memulas tombol pintu bilik itu. "Assalamu'alaikum.."
Mereka melangkah masuk ke dalam bilik. Terlihat kelibat ibu Atif di sisi katilnya.
"Wa'alaikumussalam. Kawan Atif, ye?"
"Ye, makcik. Saya Muqri. Sayalah yang telefon makcik tanya pasal Atif haritu."
"Ohh.. inilah Muqri."
Ibu memandang pula ke arah Asyraf. "Ni sape nama?"
"Nama saya Asyraf. Saya sama dorm dengan Atif."
"Ohh.. Atif tengah tidur tu. Tapi takpe, kejutlah dia. Dah lama sangat dia tidur tu."
Muqri mendekati katil Atif. Digoncangnya tangan Atif perlahan-lahan. "Atif.. bangunlah. Atif..."
Atif perlahan-lahan membuka mata.
"Atif, aku datang ni dengan Asyraf nak tengok kau. Kau dah sihat?"
Atif memandang Muqri dan Asyraf silih berganti. Dia berasa hairan.
"Korang ni.. siapa?"
Muqri dan Asyraf tersentap.
No comments:
Post a Comment